View: 1683|Reply: 2
|
Jamal Yunos Disiasat Dibawah Akta Hasutan 1948- Ketua Polis KL
[Copy link]
|
|
sumber foto: FMT
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, ketua Kumpulan Berbaju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan dubawah akta hasutan.
Akhbar Oriental Daily News melaporkan, pihak polis menjalankan penahanan ke atas Jamal berhubung kenyataan berkait dengannya di Facebook mengenai ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969, jika perhimpunan Bersih 5 tetap diadakan pada 19 November.
Walaupun Jamal mengatakan akaun facebooknya telah digodam oleh pihak tertentu dan memuat naik status yang berunsur hasutan untuk mencemari namanya, namun pihak polis tetap menahannya mengikut akta hasutan tahun 1948 untuk siasatan lanjut.
sumber foto: akaun twitter Tan Sri Khalid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah menulis dalam akaun twitternya pada 9hb Oktober, menegaskan pihak polis tidak akan membenarkan sesiapa pun mengeluarkan kenyataan seumpama itu, sekira didapati ada polis akan segera mengambil tindakan sewajarnya.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kutip kacang beterabor |
|
|
|
|
|
|
| |
|