View: 2019|Reply: 1
|
Dilema Bawa Bayi Semasa 'Winter'? Sekarang Tidak Lagi
[Copy link]
|
|
Sumber Foto: Popsugar.com
Seronoknya bercuti ke luar negara lagi-lagi bersama keluarga yang tersayang. Pergi ke luar negara pada musim sejuk memang menjadi impian ramai orang untuk merasakan sendiri pengalaman bermain salji.
Sudah jemu dengan cuaca panas di Malaysia, sesekali mahu menikmati pemandangan sejuk di luar tapi bagaimana pula sekiranya ada anak yang masih bayi? Kesian melihat si kecil menahan kesejukan, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang menikmati salji turun.Dilema.
Jangan khuatir lagi sebab tips yang dikongsi oleh Dzulhaidy Abdul Rahim ini memang berguna dan boleh diikuti oleh ibu bapa.
1. Hadkan waktu di luar dan bawa bayi semasa cuaca cerah dan tidak berangin. Jangan terlalu seronok kerana suhu boleh turun dengan mendadak kerana cuaca buruk yang tidak menentu.
2.Biasakan bayi anda dengan cuaca sejuk perlahan-lahan. Badan orang dewasa pun boleh menjadi terkejut dan demam, ini pula kanak-kanak kecil.
3.Pastikan anak kecil anda sentiasa minum air walaupun tak dahaga untuk memastikan badannya sentiasa dihidrasi kerana cuaca sejuk akan mengeringkan tubuh badan.
4. Sapukan vaseline dan 'sunblock' pada seluruh badan bayi untuk mengelakkan kulit kering. Takut sekiranya bayi mendapat 'frostbite' pada bahagian yang terdedah seperti muka. Sangat perit.
5.Pakaikan 'mask' pada bayi untuk mengelakkan mereka dijangkiti dari selsema.
Lepas ni tak perlu risau lagi jika mahu membawa bayi kecil anda untuk melancong ke luar negara pada musim sejuk. Tips yang sangat mudah untuk diikuti dan pastinya menjamin kebahagiaan keluarga anda. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tips dah bagus..
cumanya lebih sesuai kat board pelancongan kot.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|