Pelakon Bollywood, Priyanka Chopra, 34, memohon maaf kepada orang ramai menerusi Stesen Television New Delhi mengenai tulisan T-Shirt berbau hinaan terhadap pelarian seluruh dunia.
“Saya benar-benar memohon maaf disebabkan tulisan T-shirt itu telah mengguris perasaan ramai pihak.
“Perkara ini benar-benar menjejaskan karier saya dan saya berasa sangat bersalah walaupun tulisan itu cuma disalah ertikan. Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya kepada Quartz India.
T-Shirt yang dikenakan Priyanka ketika menjadi penghias muka depan majalah Conde Nast di India itu tertera empat perkataan iaitu Refugee (pelarian), Immigrant (pedatang asing), Outsider (orang luar) dan Traveler (pengambara).
Sumber foto: Quartz India
Ia menjadi isu apabila kesemua perkataan tersebut di letak garisan merah kecuali perkataan Traveler, seolah-olah menghina pelarian di seluruh dunia dan tidak menyokong aktivti-aktiviti kemanusiaan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan majalah Conde Nast turut meminta maaf dan menjelaskan terdapat salah faham mengenai kulit majalah itu.
Mereka juga akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan idea baru supaya tidak mendapat reaksi negatif dari seluruh dunia. - CARI |