CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4186|Reply: 48

Satu Kad Untuk Semua Pengangkutan Awam Bakal Dilaksanakan 2018

[Copy link]
Post time 18-10-2016 12:08 PM | Show all posts |Read mode


Malaysia bakal melaksanakan penggunaan 'satu kad untuk semua pengangkutan awam'!


Menurut Datuk Seri Najib Razak ketika majlis pelancaran laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, pada tahun ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperkenalkan aplikasi telefon bimbit untuk pengguna pengangkutan awam merancang perjalanannya, kemudian pada tahun 2018 sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) akan diperkenalkan.


ICPS merupakan sistem tiket bersepadu yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertujuan untuk membolehkan perjalanan membabitkan kesemua rangkaian bas, rel, metro dan monorel dengan menggunakan satu kad pintar.


Menurut maklumat di laman web SPAD, pengguna yang menggunakan ICPS dapat menjimatkan wang, terutama diskaun istimewa yang akan diberikan kepada produk tertentu, yang bersesuaian dengan kumpulan pengguna pengangkutan masing-masing.


Suruhanjaya itu menjangkakan anggaran sejuta penumpang menggunakan ICPS setiap hari pada tahun pertama ia beroperasi.


Selain itu, aplikasi merancang perjalanan yang tersebut juga dikatakan dapat membantu penggunanya mengelakkan diri daripada kesesakan jalanraya supaya perjalanan yang dilalui lebih lancar dan selamat.- CARI

sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/

sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad apa pulak ni? Ganti tng ke? Aku prefer tng sebab boleh juga dipakai utk bayar tol
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:42 PM | Show all posts
Aikk, TouchNGo x cukup bagus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:45 PM | Show all posts
Mcm kat London, Paris - satu kad utk semua pengankutan awam. Boleh pilih utk hari, minggu, bulan, group, etc. Yg ni aku sokong PokJib.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:51 PM | Show all posts
it's about time

cuma kita dah ada touch n go

improve the system je untuk suited to all transportation. why create another one? kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 12:56 PM | Show all posts
Betul2 utilize kan Tounch & Go tu sudah.
Dah kenapa nak ada sistem tiket lain pulak lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2016 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bagi duit kt kroni latu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 01:05 PM | Show all posts
suka la bangla dan indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 01:07 PM | Show all posts
yeah
monopoli lagi
nepotisme lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 01:09 PM | Show all posts
bg duit berkepuk2 utk kroni la.. buat2 x paham lak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:47 PM | Show all posts
kroni diutamakan, rakyat diharamjadah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:47 PM | Show all posts
newy korg smua xtau makroekonomi..

yang benar,
macai kimakrok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:50 PM | Show all posts
touch n go ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 02:54 PM | Show all posts
tak payah nk guna touch n go sangaaaattttt....maybe kalau semua guna touchngo, lain plak jadinya...mulalah owner touch n'go kenakan 'fee' yg x munasabah...lainlah kalau tng tu dipegang oleh konsortium pelbagai syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:20 PM | Show all posts
aku suka kaedah top up kat korea..
x guna notes semata2 or fixed amount...
boleh juga masukkan coins yang ada ...
so coins tak perlu menyemak dlm beg...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:21 PM | Show all posts
tng is fine...
foreigner lain card please and charge extra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 03:37 PM | Show all posts
buatlah kad untuk topup minyak petrol sekali... senang nk isi minyak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:40 PM | Show all posts
jiran sepet selatan dah berzaman buat..kalo ko tourist ada tourist pass




ok laa better late than never
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 03:45 PM | Show all posts
eizarz replied at 18-10-2016 01:03 PM
nak bagi duit kt kroni latu

aku kan hr tu kol la nk tnya psal program rehiring PATI.. yg lawaknya ..dlm proses tu nnt pati2 akan dibenarkan keje dgn kita. drg dibekalkan dgn simkad celcom. yg mana klu kena tahan polis drg blh hntar code utk pengesahan bhwa drg dlm proses rehiring.

mcm kleakar jek. perlu ke sampai bg simkad celcom. xblh ke keluarkan sekeping surat pengesahan jek utk pati2 tu usung sepanjng proses tu. mcm nk bg bisnes kat kroni jek. celcom tu kroni gomen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 04:17 PM | Show all posts
hrmm...kalau kad tu guna utk naik bas selain bas rapid KL boleh tak ??

rapid pass pun cuma pakai kat bas,lrt,monorel je. takleh pakai kat ktm.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.168696 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list