CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16883|Reply: 82

Elizabeth Tan Cemburukan Ayda Jebat?

[Copy link]
Post time 17-10-2016 12:41 PM | Show all posts |Read mode




Kontroversi tercetus gara-gara Elizabeth Tan yang dikatakan bermasam muka dengan Ayda Jebat ketika sama-sama menjayakan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura yang lalu.


Dia dikatakan dilayan macam 'anak tiri' oleh syarikat pengurusan artis yang dinaunginya dan seolah-olah cemburu dengan populariti yang dikecapi Aya Jebat selaku pemenang Anugerah Artis Paling Popular di APM pada malam tersebut.


Namun penyanyi yang popular dengan lagu Knock Knock itu menafikan dengan sekeras-kerasnya tentang dakwaan ini. “Kalau nak cakap kami bergaduh sebab siapa lagi popular. Tolonglah, semua orang tahu dia [Ayda] lebih popular daripada saya. Tentulah saya sendiri sedar siapa diri saya," jelasnya kepada Mingguan Malaysia.


Bagi Elizabeth kemenangan Ayda adalah hasil usaha keras dia sendiri dan memang layak kerana bakatnya. “Bagi saya dalam segala hal, saya sangat menghormati Ayda. Malah, saya sendiri lihat cara dia bekerja. Memang gila. Dia seorang yang sangat dedikasi, bekerja keras dan tahu apa yang dia lakukan."


Walau diasak dengan soalan yang sama berulang kali, Elizabeth atau mesra disapa sebagai Lizzy tetap menegaskan yang dia langsung tiada masalah dengan Ayda kerana masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri.


Sumber Foto: IG Elizabeth Tan


Lizzy menganggap bahawa isu ini adalah tidak munasabah dan berharap tiada pihak yang salah faham dengannya. “Kalau orang yang benar-benar mengenali saya, dia akan tahu saya bukan jenis kaki gaduh atau suka cari pasal. Maksud saya, hey, dia sudah sangat berjaya dan saya tahu di mana kedudukan saya. Ayda sukar disaingi kerana dia benar-benar berbakat dan hebat.


Mengulas lebih lanjut, Lizzy juga tidak menolak kemungkinan adanya pihak yang sengaja cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ayda Jebat namun dia tidak akan membiarkan isu ini memberi kesan pada dirinya.


Apa-apa pun, masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
AJ berbakat ke tak ke iolls tetap hater AJ walaupun selalu terngiang ngiang lagu pencuri hati dia tu!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Beria wartawan asak dengan soklan, lizzy tetap dengan jawapan. I tetap suka both of them.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lizzy ni dalam Yeke nampak macam amoi yang jenis budak baik kat sekolah je. Takdenye nak dengki mendengki
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:26 PM | Show all posts
ayda dalam ig dia cantik bukan main,
dalam ig orang lain...biasa-biasa sangat mukanya...
sama pe'el dengan kilafairy... hot di ig sendiri saja... realitinya, hauk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih x hadam y la so glmer si jebat ni..
Mgkin sebb nama dia jebat kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2016 01:31 PM | Show all posts
I rembes dengan lizzy sebab sheouls jinjangg wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:38 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 17-10-2016 01:18 PM
Beria wartawan asak dengan soklan, lizzy tetap dengan jawapan. I tetap suka both of them.

me too!
*virtual high 5!*

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 01:42 PM | Show all posts
lizzy dan aj...iols minat lizzy lg walaupun dia nyanyi pelat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs lizzy nyanyi lg best dr aj.. muka lizzy ni bukan ada ke promote iklan cimb yg utk traveller currency? Lagu dia pun aku rs lg banyak dr aj.

Mayb gusip ni satu usaha utk menaikkan nama aj kot... tahpape lizzy nk jeles ngan aj.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal nampak tua nau aj bila pose sebelah Lizzy

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 01:56 PM | Show all posts
AJ kurus sangat..hilang seri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:10 PM | Show all posts
Gigih wartawan laga2 kan theyols. Tapi kalau suruh pilih antara A j dengan Lizzy , iols pilih Lizzy
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:16 PM | Show all posts
aku pun x minat aj...suara mmg x sedap...berlakon blh la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:18 PM | Show all posts
rain lagi suka Lizzy... AJ tak best....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:21 PM | Show all posts
LIZZY WANGIII
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2016 02:39 PM | Show all posts
peliknya muka aj yg duduk sebelah lizzy tu. lain bebenor dengan gbr dkt ig sndr
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:41 PM | Show all posts
Hilang seri AJ bila bergambo sebelah dengan Lizzy
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:41 PM | Show all posts
walau diasak dgn pertanyaan.. ?



mmg wartawan nak suruh bgaduh ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la ayda lg popular dr lizzy
Lagu2 lizzy tu bbnu xberapa suka kot
Tp sebab aku bkn bbnu, aku suka ja si lizzy ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070875 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list