Sumber foto: Berita Harian
Melihat rakan sebaya sudah berumah tangga dan menimang cahaya mata, Ainul Aishah, 30, mengaku diri tertekan kerana masih solo tanpa teman hidup, memetik.
"Sejak menginjak usia 30 tahun, hati tersentuh setiap kali melihat teman sebaya bertemu jodoh dan dikurniakan cahaya mata dan terfikir betapa bertuahnya mereka dapat melalui pengalaman itu sedangkan saya masih belum pasti dengan apa yang menanti,” aku dirinya kepada Berita Harian.
Walaubagaimanapun, dia terima dengan ujian itu dan yakin Allah adalah sebaik-baik perancang.
"Mungkin belum masanya untuk saya lalui semua itu dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Saya serahkan semua urusan itu kepada Allah tanpa terlalu membebankan diri memikirkan soal jodoh," katanya.
Faktor usia juga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal jodoh. Biasalah, bila dah cantik, pasti ramai yang terpikat. Apabila sering dipikat suami orang, Ainul mengaku dia pening dan rimas.
Sumber foto: IG Ainul Aishah
Sebagai wanita, Ainul juga dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang tidak materialistik dan mampu membimbingnya ke arah kebaikan.
"Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana memikirkan usia sudah meningkat. Pastinya, saya mengharapkan yang terbaik kerana mahu perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Saya juga berharap lelaki tidak salah anggap atau takut untuk mendekati kerana saya juga sama seperti wanita lain, walaupun aktif dengan kerjaya seni dan membina perniagaan sendiri," katanya. - CARI |