View: 2009|Reply: 6
|
Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sabtu Ini - Menteri MOSTI
[Copy link]
|
|
Bermula esok iaitu 15 Oktober hingga Rabu, 19 Oktober di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka mengalami angin kencang barat laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau hari ini sebagai peringatan buat penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran pantai di seluruh negara.
Tambahnya fenomena tersebut dijangka turut berlaku di kawasan pesisiran pantai Sabah dan Sarawak berikutan angin daripada barat daya.
Orang ramai juga boleh mendapat maklumat terkini melalui aplikasi telefon myCuaca, laman sosial Facebook dan Twitter atau mengubungi MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sama2 solat hajat jauhkan dr segala bala bencana |
|
|
|
|
|
|
|
Dah hujan seminggu dah pun, angin hari-hari kuat
|
|
|
|
|
|
|
|
Cash ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Perak:
UNTUK TINDAKAN SEMUA SU JK BENCANA DAERAH
Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh JUPEM dan Unit Hidrologi TLDM meramalkan Air Pasang Besar dijangaka berlaku pada 15 - 19 Oktober 2016 dengan Paras Air tertinggi mencapai 2.8M sehingga 3.4M. Pihak Sekretariat JKPBN Perak telah mengarahkan Sekretariat JKPB Daerah seperti Daerah Bagan Datoh, Hilir Perak, Manjung, Larut Matang Selama dan Kerian supaya menggambil langkah - langkah awal dengan memaklumkan ramalan ini kepada Ketua-ketua jabatan yang berada dlm kawasan tepi pantai yang berisko kepada fenomena ini untuk memaklumkan kepada penduduk setempat supaya mengambil langkah-langkah awal spt berikut :
i. Menyimpan dan menempatkan dokumen-dokumen penting yang mudah dicapai untuk dibawa ke tempat yang selamat.
ii. Memaklumkan kepada ketua isi rumah supaya berpindah ke pusat pemindahan yang tetap apabila diarah.
iii. Memaklumkan kepada ketua-ketua jabatan peringkat daerah supaya sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya keadaan memerlukan.
iv. Ketua komuniti diminta memaklumkan sekretariat daerah bagi tindakan evakuasi.
v. Sekretariat dengan kerjasama PDRM untuk mengarahkan supaya penduduk yang berisiko berpindah ke pusat pemindahan pada peringkat awal bermula pada 15 Oktober 2016.
vi. Agensi penyelamat diminta untuk membuat rondaan pemantau di kawasan-kawasan berisiko.
vii. Memaklumkan JKM Daerah berkenaan supaya sentiasa bersedia untuk membuka pusat - pusat pemindahan bermula pada 15 Oktober 2016.
Ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Bencana Peringkat Pusat yang dipengerusikan oleh Menteri JPM Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kasim pada 27 Sep 2016.
Senarai kampung di setiap mukim yang berisiko banjir DAERAH MANJUNG
Mukim: Beruas
1. Kg. Paya Ara
2. Kg. Changkat
3. Kg. Pintu Gerbang
4. Kg.gadoh
5. Kg paya takung
6. Kg pulau meranti
Mukim: Lekir
1. Kg. Batu 10
2. Kg. Pasir Pandak
3. Kg. Batu 8
4. Kg. Sungai Tiram
5. Kg. Kayan
6. Kg. Tanjung Kepah
7. Kg. Batu 14
8. Kg. Batu 15
9. Kg. Desa Pemarak
Mukim: Lumut
1. Kg. Batu 3 Segari
2. Kg. Tersusun Pundut / Lumut
3. Kg. Bharu (L) Ayer TAwar
4. Kg. Padang Tembak / Teluk Muruh
5. Kg. Telaga Nenas (L) Ayer Tawar
6. Kg. Teluk (L) Ayer Tawar
7.kg batu 2,lumut
8. Kg. Teluk Gedong, Pulau Pangkor
9. Kg. Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor
10. Kg. Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor
11. Kg. Teluk Dalam, Pulau Pangkor
12. Kg. Telok Kecil
Mukim: Pengkalan Bharu
1. Kg. Pengkalan Bharu
2. Kg. Matang Acheh
3. Kg nelayan(pantai tin)
4. Kg. Matang Kerian
5. Kg. Indah
6. Kg. Sungai Batu
7. Kg. Tebuk Yan
8. Kg. 40 Rantai
9. Kg. Beting Luas
10. Kg. Segari
11. Kg. Panchor
12. Kg. Pantai Remis
Mukim Sitiawan
1. Kg. Sitiawan
2. Kg. Pasir Panjang laut
3. Kg teluk pencalang
4. Kg. Ayer Tawar
5. Kg. Paya Nibong
SEKTERIAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH APM MANJUNG
Tlg panjangkan info ni pd sanak saudara yg berisiko dgn air psg besar.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Patut la pokok mangga aku asik patah dahan je |
|
|
|
|
|
|
| |
|