View: 17899|Reply: 31
|
"Saya Memeluk Agama Islam Bukan Masuk Melayu" - Bro Lim Jooi Soon
[Copy link]
|
|
Ramai yang mungkin masih keliru dan beranggapan bahawa apabila seseorang bukan Muslim memeluk Islam, dia wajib menukar namanya kepada nama Islam.
Walaupun undang undang telah digubal dan dikukuhkan lagi dengan nas yang sahih dari Quran dan Sunnah, tetapi masih ada segolongan di dalam masyarakat Islam enggan menerima.
Untuk pengetahuan, nama Islam adalah nama yang membawa makna yang baik dan tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya.
Ia tidak semestinya di dalam bahasa Arab kerana di zaman Rasulullah s.a.w ada beberapa sahabat yang memeluk Islam kemudian Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menukar nama seperti Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan. Andai nama Islam adalah di dalam bahasa Arab, mengapa Rasulullah s.a.w memerintahkan sahabat yang memiliki nama dalam bahasa Arab menukar nama mereka?
Mengupas mengenai isu nama Islam, pakar perbandingan agama, Bro Lim Jooi Soon tampil memberi penjelasan dan hujah dalam satu ceramah yang diadakan di Masjid Sharifah Fatimah Jitra minggu lalu. Difahamkan, Lim Jooi Soon merupakan mualaf pertama di Malaysia yang mengekalkan nama Cina selepas memeluk Islam.
Antara isu kandungan ceramahnya, Bro Lim Jooi Soon memberitahu tentang dakwah kepada orang bukan Islam serta sebab-sebab mengapa beliau masih mengekalkan nama Cina. Tonton video dibawah ini.
Ini pula antara komen-komen dari netizen yang menonton video ceramah beliau.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 23 ribu perkongsian dan ditonton sebanyak 300 ribu kali. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh.. nama cina mungkin the first la di malaysia yg kekalkan nama cina.. tp sebelum ni nicholas syvister masuk islam x tuka nama pun |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong!! ... tak kisah nama dalam bahasa apa janji maksud baik2 cukup la. Kenapa la orang melayu ramai yang tak faham dan suka paksa tukar nama bila masuk islam. Like he said, dia masuk islam bukan masuk melayu.
Satu lagi masalah, bila masuk Islam terus kondem macam2 perkataan seperti yang Adam Corrie share dekat FB... sy ambik sebahagian kata-kata dia :
Apabila seseorang itu kembali kepada fitrah (memeluk Islam) , mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan dari saudara muslim nya.
Memang masyarakat teruja dgn syahadah mereka. Dari kajian dan pengalaman sendiri , kita janganlah ungkapkan ayat-ayat seperti
“Haa bila dah masuk Islam ni, jangan nak sibuk dapatkan hak bumiputra”
“Bila dah peluk Islam ni, jangan esok lusa Murtad plak ye”
“Kan dah peluk Islam, janganlah makan pakai chopstick lagi”
“Sabarlah.. sabarlah” (sakit jiwa dengar perkataan ni , lagi down)
https://www.facebook.com/adamcorrieofficalpage/
Harap dengan perkongsian video ini dapat membuka minda dan fikiran orang ramai tentang hal ni. Islam itu kan mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai chopstick tux menahan, awat kalau pakai chpostick tu murtad ke
Skg belambak org melayu gian nk guna chopstick...murtad jgk ke |
|
|
|
|
|
|
|
mujer_in_espejo replied at 14-10-2016 01:25 PM
Oh.. nama cina mungkin the first la di malaysia yg kekalkan nama cina.. tp sebelum ni nicholas syvis ...
Ni dekat sabah ni ramai je dh masuk islam tp menten nama lama..nothing new pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Bani melayu gitu lah fikiran, terus kena tinggal budaya mereka la eh kena ikut melayu punya style.. apooo laaa.
Budaya arab di agung-agungkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat malaysia terbiasa macam ni. dekat Europe china pun ramai muslim tapi nama kekal je |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 ridzuan tee tengok video ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mokcikKSKB replied at 14-10-2016 02:01 PM
Ni dekat sabah ni ramai je dh masuk islam tp menten nama lama..nothing new pon.
Tu la sis.. menten nama dia.. siap letak title ustaz nicholas sylvester. Nasib stacy la kawin melayu, kena tuka jgk jd ummu shaikah. Klu nk menten nama stacy angie anam pn x salah. Btw, ade ke jpn paksa tuka nama islam? X kot..
Sedangkan sahabat nabi saidina umar, abu bakar, etc... lepas masuk islam tak tukar nama pn.. sebiji tu je la nama dorg.. kat malaysia je trend tuka2 nama jd islam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku ckp aku murtad sebab makan pakai chopstick, makan burger, ckp omputeh.
habis tu cina islam kat Negara cina tu murtad la
omputih islam tu pun murtad la |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bertukar agamanya aja bangsa tetap sama hanya kat Malaysia je ada segolongan mereka ni rasa pelik di tempat lain benda biasa je |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman sendiri masa pegi JPN nk tuka nama... akak kt kaunter tu ckp "adik tak payah tukar namapun takpe, nanti susah kena tuka semua ...bank, lesen.."
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik aku pun tak tukar nama.. tapi anak2 nama Melayu
Cuma bila dah besar2 ni dah tak fully guna nama Melayu dah
Letak surname ayahnye lagi glamer kot... |
|
|
|
|
|
|
|
bani melayu dgn adat berpisah tiada... patut refer la hadis/sunnah/quran.. sekian |
|
|
|
|
|
|
|
biar mati anak jangan mati adat.. konsepnya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh. Guna nama Arab dia kata masuk melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetgh typical melayu sila hadamkan |
|
|
|
|
|
|
|
Tu blum lg kna suruh pakai kain batik segala |
|
|
|
|
|
|
| |
|