Sumber foto: http://www.idolator.com
Sudah menjadi kebiasaan bintang popular barat memiliki patung lilin diri sendiri. Begitu juga dengan bintang meletup, Justin Bieber yang turut mempunyai patung lilin dirinya yang ditayangkan di Madame Tussauds, London.
Baru-baru ini, Justin Bieber sekali lagi diberi penghargaan dengan sebuah patung lilin dirinya yang tidak berbaju di Madame Tussauds.
Patung lilin Justin Bieber yang pertama dicipta sempena menyambut ulang tahun kelahirannya ke-22.
Sumber foto: Billboard
Patung lilin itu tidak hanya menayangkan separuh bahagian atas badannya, malahan patung itu dicipta lengkap dengan efek basah seperti kesan curahan hujan pada patung itu. Di samping itu, turut disertakan muzik Sony hasil nyanyiannya sebagai muzik latar sekali gus menghiburkan pengunjung dan peminat tegar Justin.
Sumber foto: http://www.idolator.com
Patung itu kelihatan sangat menyerupai diri dia yang sebenar di mana ia digambarkan seolah-olah Justin sedang ingin mempersembahkan karya tersohornya.
Dalam pada menjamu mata, peminat yang terlepas konsert jelajah penyanyi itu sekurang-kurangnya dapat mengalami suasana persembahan itu.
Obses betul peminat artis di sebelah barat sehingga manusia pun mahu diabadikan jadi patung lilin. - CARI |