CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 2

Jangan Panik, Ancaman Keganasan Terkawal- PM Thailand

[Copy link]
Post time 12-10-2016 06:39 PM | Show all posts |Read mode

sumber foto: http://www.gdnonline.com/



“Pegawai sedang melaksanakan tugas dan kita semua harus yakin dengan mereka serta tidak perlu panik”


Demikian nasihat Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha kepada rakyatnya agar bertenang dan teruskan rutin harian seperti biasa.


Ini berikutan baru-baru ini unit perisikan Thailand mendapat maklumat bahawa pihak tertentu mungkin sekali lagi mengadakan serangan yang menyasarkan destinasi utama pelancongan di negara terbabit.


Selain meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tarikan utama di ibu negara termasuk lapangan terbang, pihak polis Thailand bekerjasama rapat dengan negara seratau dan interpol dalam penerimaan maklumat terkini.




“Saya telah mengerahkan anggota polis di kawasan sekitar Bangkok untuk memantau perkembangan, menyiasat dan mengumpul maklumat risikan terhadap kumpulan-kumpulan yang berpotensi mencetuskan masalah."




Namun kerajaan Thailand enggan mendedahkan kumpulan yang terlibat dan menolak cadangan serangan itu menyasarkan golongan pelancong.




Pengarah Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Thawip Netniyom mengesahkan, sebuah kumpulan bersenjata merancang serangan bom menggunakan kereta di sebuah wilayah berhampiran Bangkok.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya juga,mestilah pelancong risau
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 11:10 AM | Show all posts
Nasihat sebegitu mungkin kurang nak berkesan yang pasti mesti pelancong akan fikir dua tiga kali kalau masih nak kesana atau avoid dulu buat masa terdekat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.725936 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list