CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4830|Reply: 39

13 Fakta Tentang Pramugari Yang Mungkin Korang Tidak Pernah Tahu

[Copy link]
Post time 12-10-2016 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Ikuti luahan daripada mereka yang bekerja sebagai pramugari di awan biru. Luahan tentang apa yang mereka harapkan daripada penumpang/pelanggan, yang sememangnya kita tak pernah tahu tentang mereka.


Anda tidak pernah tahu:
1. Mereka dilatih masuk hutan & berenang di laut semata-mata untuk membantu anda jika berlaku keadaan terburuk.

2. Mereka membahagikan makanan untuk anda, setelah itu barulah makanan untuk diri mereka.

3. Ketika pesawat panas kerana sistem penghawa dingin akibat tidak berfungsi, mereka juga turut kepanasan termasuk juruterbang juga turut kepanasan. Jadi berhentilah merungut pada mereka yang sentiasa tersenyum itu.

4. Mereka sekurang-kurangnya telah mengalami 6 kali penerbangan yang tertunda dengan penumpang yang sentiasa merungut dan mereka tetap tersenyum. Senyuman yang manis adalah senjata mereka.

5. Pelbagai jenis penumpang yang menaiki pesawat, dari ahli politik sehingglah tukang sapu, dari yang pendiam, bengis, dan garang malah yang banyak cakap atau banyak kerenah, mereka wajib menegur anda dengan penuh senyuman dan sopan-santun.

6. Beberapa kali mereka digoda penumpang setiap hari, dari yang muda hinggalah penumpang yang berumur, dan yang pasti mereka tetap ramah, menolak dengan nada yang mesra walaupun di dalam hati, mahu sahaja di tempeleng dengan kasut tumit tinggi mereka.

7. Setiap kali penerbangan, mereka juga turut berdoa supaya penerbangan tersebut lancar dan mereka juga dapat pulang dengan selamat sama seperti anda.

8. Mereka dilatih mengubati dan mengatasi penaykit jantung, asma dan lain-lain, turut membantu ibu mangandung, mereka diajar menggunakan peralatan kecemasan, dilatih bagaimana mengatasi atau berhadapan dengan pengganas, dilatih serba-sedikit untuk mematikan fius jika terdapat bom di dalam pesawat oleh kerana di dalam pesawat hanya mereka yang dapat anda harapkan.

9. Kadang-kadang anda melihat mereka asyik tersenyum sejak dari ‘take-off’ sampailah ‘landing’# Dan anda tidak tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka menangis merindukan keluarga.

10. Kadang-kadang anda melihat mereka dengan barang berjenama.# Padahal mereka berbelanja kerana berusaha melupakan rasa rindu untuk pulang ke rumah kerana terhalang dengan tugas di awan biru.

11. Kadang-kadang anda melihat mereka duduk di ‘jump seat’ ketika selesai servis penumpang, tetapi mereka tidak pernah memejamkan mata. Anda tidak tahu, mereka sebenarnya sangat mengantuk, sehinggakan mereka boleh tertidur tanpa perlu memejamkan mata. haha!

12. Kadang-kadang anda memprotes kerana menu tidak sedap. Anda tidak pernah tahu sebenarnya mereka pun berharap dapat memenuhi keingingan anda, tapi apakan daya mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana tidak semua apa yang anda inginkan ada di dalam pesawat, ini pesawat buknnya hotel atau kedai mamak yang boleh oder ikut suka hati anda. Mereka adalah ‘front-liner’ yang sering kali menerima leteran dari penumpang/pelanggan.


13. Mereka sangat berharap sangat-sangat jika anda berada di posisi mereka, bayangkan perasaan apabila berjauhan dari keluarga tersayang, amat-amat menyedihkan.Ditambah pula jika terpaksa bertugas di hari lebaran atau salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia tetapi mereka tidak boleh pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa tugasan.

Hampir 70% mereka menghabiskan kehidupan hanya di dalam ‘burung besi’ walaupun ramai yang menganggap kerjaya sebagai pramugari/pramugara adalah menyeronokkan kerana dapat mengembara keseluruh dunia.

by - OMM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2016 10:47 AM | Show all posts

mohon jugak buat 13 fakta tentang abang bomba i love you pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:04 AM | Show all posts
so, kena bersimpati lah dengan mereka?

mcm ni lah, setiap tugas ade cbranny atersendiri. nurse ke, doc ke, cikgu ke, pensyarah je..

murse pun kije shift penat jgk, layan pesakit2 mcmw kerenah setiap hari. doc pun tpksa kije lebih masa dan ade kecemasan tpksa tgalkan keluarga.. polis, askr etc yg tugas jaga negara tpksa gak lupakan keluarga kalau kena jaga negara bila  keadaan memerlukan.


jadi, ape yg hebatnya nk uar2kan sgt psl pramugari pramugara ni? sb diorg pakai cecantik dan lawa/hensem??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 12-10-2016 10:47 AM
mohon jugak buat 13 fakta tentang abang bomba i love you pulak

Hahaha koser sangattttt  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:28 AM | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2016 11:04 AM
so, kena bersimpati lah dengan mereka?

mcm ni lah, setiap tugas ade cbranny atersendiri. nurse ke ...

aku setuju dgn ko...ada org lain keja lg teruk dr diorg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Noted.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2016 11:51 AM | Show all posts
Tapi bab senyum sejak kebelakangan ni ramai nampak senyum terpaksa je jarang dapat jumpa yang senyum dengan ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:07 PM | Show all posts
Fakta no 10. tu sangatlah AUTA...

Tak relevan langsung hoccay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 12:30 PM | Show all posts
mamapea replied at 12-10-2016 11:28 AM
aku setuju dgn ko...ada org lain keja lg teruk dr diorg ni...

cth kije doctor..., tpksa berhadapan dgn pesakit di dewan bedah.. tetiba pernafasan terhenti, nk bhdpn dgn ahli keluarga pesakit..kena strong xleh tunjuk dia sedih. so, kije doktor pun mcabar if nk compare dgn pramugari. ak bg cth doc la sb kije dia mmg sukar. xleh la nk rse pramugari pramugara je berendam air mata bjauhan ngn family. habis tu yg doctor on call tu ape? polis, askar?

so, bg aku, xde maknanya nk ckp satu2 kerja tu, kerja dia la yg palinggggg bermakna, kije dia la yg paling nk up, kije dia la yg stress.


ape2 kije pun stress dan byk cabaran.


xde sape nk review kije tukang angkut sampah? tpksa bhdpn ngn perangai masyarakat yg x reti buang sampah dlm tong, sampah sarap yg x ikat kemas, sampah sarap x letak asing (mana yg suh asing tu la), etc etc..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:59 PM | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2016 12:30 PM
cth kije doctor..., tpksa berhadapan dgn pesakit di dewan bedah.. tetiba pernafasan terhenti, nk b ...

setuju semua keje ade cabarannya.

kalau angkut sampah,jadi clener tp pun saya rasa kesian.takde benda yg mudah dalam hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 02:17 PM | Show all posts
senyuman diorg yg bahaya tu
boleh mengganggu tidur mlm anda


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 02:22 PM | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2016 12:30 PM
cth kije doctor..., tpksa berhadapan dgn pesakit di dewan bedah.. tetiba pernafasan terhenti, nk b ...

mana2 keja semua mencabar...keja kt ofis pun mencabar...masa otw nak pi ofis dr rumah contohnya
naik motor...50/50 nyawa serah atas jln...xcident atas jlnraya lg bnyk dr kes kemalangan kapalterbang...
kena fikir bnyk faktor...kalau kena bos yg suka maki...hari2 kena tadah telinga tahan maki...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:08 PM | Show all posts
mamapea replied at 12-10-2016 02:22 PM
mana2 keja semua mencabar...keja kt ofis pun mencabar...masa otw nak pi ofis dr rumah contohnya
...

btl tu. iols bg cth je kije as doc pun bz dan berisiko.

apa2 kije pun ada cabarannya tersendiri. kurang suka kalau up satu2 kije je mcm la kije tu je yg plggg susah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:51 PM | Show all posts
lepas tu? point nya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 05:03 PM | Show all posts

pekerjaan pramugari adalah sgt mulia
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 05:19 PM | Show all posts
alesandra replied at 12-10-2016 05:03 PM
pekerjaan pramugari adalah sgt mulia

Hahaha.. Yelah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 06:13 PM | Show all posts
i penah naik satu flight ni,dpt seat second row from front. depan i ada sorang pakcik ni dok mengamuk2 sbb dia booked tiket business class.tetiba bila check in,business class overbooked. jadi diorang bagi la dua seat utk dia.

dpn seat dia, ade jump seat utk stewardess. bila nak take off, maka dtg la cik pramugari yg comel berlipstik merah duduk depan dia. pakcik tu pon apa lagi, meluahankan kemarahan dia kt cik pramugari tu. cik pramugari tu dgr,angguk dan tetap senyum je. lama sungguh cik pramugari tu mendengar luahan pakcik tu.tetap senyum. dlm hati i,bagus akak neh.tetap bertabah dan senyum je dengar luahan org.hahahaah!!

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 12-10-2016 11:04 AM
so, kena bersimpati lah dengan mereka?

mcm ni lah, setiap tugas ade cbranny atersendiri. nurse ke ...

Yang  ni een setuju. Mana2 kerja ada cabarannya. Kerja sapu sampah tepi jalan pun ada cabarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 06:51 PM | Show all posts
no 12 tu x yah nk protest sgt lah.bukan dieorg yg masak pun..kalau passenger x nak makan, sendiri lapar..berpada2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
so ada orang letak parang kat leher suruh ko jadi pramugari?
Takde kan?
Diam dan bersyukurlah ko masih ada kerja.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.787777 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list