CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17389|Reply: 166

Fazura ckp org melayu suka jaga tepi kain org

[Copy link]
Post time 11-10-2016 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mogey at 11-10-2016 09:08 AM

"Orang Melayu Gemar Cerita Hal Orang" - Fazura
KUALA LUMPUR: Pelakon Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar untuk bercerita dan memberi komen terhadap seseorang apabila timbul sesuatu isu.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.



“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.

“Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” katanya kepada mStar Online.

Fazura diminta komen selepas video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu menjadi viral apabila nyanyiannya dikatakan sumbang sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Menurut penyanyi yang juga ahli perniagaan itu, kritikan negatif yang diterimanya tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang nyanyiannya.

Pemenang  trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM27) ini bagaimanapun mengakui lagu yang dibawanya iaitu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar bagi penyanyi yang baharu menceburi bidang nyanyian.

"Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya. Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya,” katanya.



Sorry gais, lagu sayangi dirimu ni mmg susah nak bawak okayyyy




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 09:16 AM | Show all posts
Tak tau pulak I yang lagu Sayangi Dirimu tu susah nak nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangi dirimu Fazura...
takyah buat menda yg ko mmg takleh buat .
contoh terjelas..menyanyiiiii.

Kbai.
Aku Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:24 AM | Show all posts
ok la tu dia ngaku kan... lagu tu 'susah untuk penyanyi baru macam saya' so lepas ni jgn over confident sangat la
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:26 AM | Show all posts
Menyibuk apa, hang nyanyi bukan dalam jamban kot?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:26 AM | Show all posts
nyanyilah fazura buat apa yang kau suka aiman tak kisahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 09:27 AM | Show all posts
Kan dia kata, dia minat menyanyi je, tak de lah sampai nak jadikan kerjaya utama, dia pernah kata dulu, so die mennyanyi je la .. tu je la pun hahaha

tetap sayang Fazura ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:29 AM | Show all posts
adele jura nyanyi le lg...hancus aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yela. Suara awak sedap sangat.

Kosser.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Go go go mek fakejura. Yg penting konfiden. Pedulikan cercaan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:30 AM | Show all posts
bukan soal penyanyi baru atau lama. tapi penyanyi berbakat atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok i x mampu nk tgu korus
Hauk sgt suara
Sorry
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn org melayu aja ya.. suma bangsa pun sama je dah nama manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:33 AM | Show all posts
lagu tu boleh je bagi Raja ema nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:37 AM | Show all posts
hest replied at 11-10-2016 09:24 AM
ok la tu dia ngaku kan... lagu tu 'susah untuk penyanyi baru macam saya' so lepas ni jgn over confid ...

apa alasan nyanyi lagu sendiri ala-ala pop kiddies tu hauk to the max juga? First verse dah pitchy ok?
Sebelum konsert berlagak: "bakat saya diperhatikan"

Lepas konsert: "bukan senang untuk penyanyi baru macam saya blablabla..


Kesimpulan: Fazura=bimbo syoksendiri yang ego.

Hengat muka lawa semua kau buat OK ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:39 AM | Show all posts
Mcm ok jer suara faz..
Ok laa tu nak nyanyi dpn reramai bkn senang..
Dgn cuaca yg panas lagi..
Nanti faz tgk shakira live concert yg bbyk tukar muzik lirik lagu bagai unt sesuaikan dgn konsert..
Mana mungkin suara dlm radio sama dgn suara live..
Kite yg kaki karaoke merdu suara pun blm tentu verani nyanyi dpn reramai mcm neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 09:40 AM | Show all posts
pajurah bukan orang melayu ke?

baidewei, pajurah suka jaga cendawan orang je.

muka chuolls cantik jurah tapi suara chuolls kelautan dalam pacific okeh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh. Ko kata je ko sentap org ngata ko. Senaaanngg
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:43 AM | Show all posts
sudah2 la mencover diri tue mekjura..ckp je la tq n saya akan improve setaraf adele gittewwwww

fullstop
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi mcm period x kuar..ampesss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.385295 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list