View: 2130|Reply: 6
|
Fungsi R&R Dipertikai, Tak Boleh Berehat Terlalu Lama Atau Anda Bakal Didend
[Copy link]
|
|
Seorang netizen meluahkan rasa kecewa dan juga marah kerana mendakwa dikenakan cas tambahan ketika menggunakan lebuh raya PLUS.
Ini gara-gara dia duduk lebih lama di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) yang melebihi 1 jam setengah. Lelaki yang dikenali dengan nama Damar Wulan itu menunjukkan resit tol melalui laman Facebook sebagai bukti hal sebenarnya berlaku.
"Aku didenda 9.40 sen dan bayaran tol 3.00 sahaja tapi dicas RM9.40 adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.
"Alasan pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya," itu antara yang ditulis oleh lelaki ini.
Katanya lagi, mengapa hal ini tidak diuar-uarkan seperti meletakkan papan tanda di RNR Gurun (seperti: Tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam) agar pengguna lebih peka dan juga tidak lalai.
Sudah tentu hal ini menyebabkan ramai pengguna berasa bimbang bakal dikenakan denda yang sama jika mengambil masa terlalu lama berhenti di kawasan RNR. Bagaimana pula dengan mereka yang benar-benar keletihan, memerlukan masa yang lebih panjang untuk berehat, tidur dan sebagainya?
Fungsi RNR itu sendiri adalah bagi memberi ruang kepada pengguna untuk mengembalikan kecergasan dan tubuh yang segar selepas memandu jauh tanpa henti.
Isu tol sebenarnya sangat memberi kesan kepada pengguna dan ternyata hal ini sekali lagi memberikan impak negatif. Daripada komen netizen lain yang diberikan melalui laman sosial, terdapat juga banyak kekeliruan yang dilemparkan tentang hal ini.
Namun, masih ada yang bersikap positif dan mahu menantikan jawapan rasmi daripada pihak PLUS berhubung kes yang sudah viral ini.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah bersetuju dengan undang-undang mendenda mereka yang berlengah-lengah di kawasan RNR atau seharusnya ia dilonggarkan. Bukankah bak kata pepatah, biar lambat asal selamat itu lebih baik? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Blur aku.. jadi dah ada penjelasan plus? |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul rata coz takut de unsur penipuan gitew |
|
|
|
|
|
|
|
macam menipu je...selama ni pak lori rilek je tidoq...bos ak pon cmtuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa fungsi dan matlamat RNR. Rehat and rawat khennn, so tkan rehat pon kena ada time frame. Klu beetul baik tak payah ada RNR, biar semua mati eksiden sb mandu dlm keadan penat. Bodos sgh klu betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade2 je idea nak cari duit lebih... dah la tol tak pernah turun harga naik lagi ade... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tiket valid utk 20 jam then suka hati org tu lah nak nak ambil masa 3,4 jam sekalipun utk lalu tol tu
suka hati nak kira ikut timeframe dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|