View: 1519|Reply: 4
|
Pelajar Singapura Terpilih Beri Ucapan Pembukaan Di Debat Ke-2 Calon Presiden US
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://www.straitstimes.com/
The Straits Times Singapura melaporkan Kenneth Sng, pelajar Singapura telah dipilih menyampaikan ucapan pembukaan untuk debat ke-2 calon presiden Amerika Syarikat, pagi tadi.
Kenneth yang juga presiden majlis perwakilan pelajar Universiti Washington yang menganjurkan debat berkenaan, mengalu-alukan kedatangan penonton ke institusi pengajian tinggi di St Louis itu.
Terpilih mewakili pelajar antarabangsa dan universiti itu dalam debat kali ini sememangnya agak mengejutkan buat Kenneth kerana berpendapat pelajar asing tidak akan dibenarkan berucap pada debat pilihan raya AS
Kenneth adalah pelajar antarabangsa pertama yang dipilih sebagai presiden majlis perwakilan pelajar Universiti Washington.
Ucapannya dimulakan tentang sejarah penubuhan AS dan matlamat pengasasnya, Abraham Lincoln membentuk sebuah kerajaan demokrasi untuk rakyat.
Dalam ucapan Kenneth turut berharap menjelang pemilihan presiden pada 8 November ini, rakyat AS akan mengundi dan menunjukkan kepada dunia demokrasi mampu menyinari kegelapan.
Kenneth mengakhiri ucapannya dengan menyuarakan kebanggaan majlis perwakilan pelajar terhadap universitinya yang dipilih menganjurkan debat itu dan “memberi suara untuk idea-idea berlainan dalam teras demokrasi”.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejap Kenneth, kejap Sng.
Wartawan Cari pun konfius walau pun ko cina
|
|
|
|
|
|
|
|
camne nak sebut "Sng" tu?
same dgn "eng"? |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 10-10-2016 01:24 PM
camne nak sebut "Sng" tu?
same dgn "eng"?
Sebut 'seng' kot.macam Ng sebut 'eng' |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pilipin sebut ng jd nang.. Sng jd sang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|