CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2246|Reply: 8

Muhyiddin Yassin Bertemu Anwar Ibrahim Selama 30 Minit

[Copy link]
Post time 5-10-2016 06:42 PM | Show all posts |Read mode
sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/



Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu bekas ketua pembangkang, Anwar Ibrahim buat kali pertama di mahkamah selepas 18 tahun pada awal bulan lalu.


FMT melaporkan, hari ini pula Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin selama setengah jam di mahkamah juga.


Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari penjara untuk ke mahkamah hari ini bagi perbicaraan samannya terhadap Utusan Malaysia.


Kehadiran Muhyiddin di mahkamah untuk memberi sokongan moral kepada Anwar dalam perbicaraan yang sedang dihadapinya.


Mereka sempat mengadakan perbincangan dalam bilik saksi selama 30 minit.


Biarpun Muhyiddin enggan memaklumkan apa yang telah dibincangkan, namun beliau hanya memaklumkan harapan PPBM dapat menjainkan kerjasama yang lebih erat supaya wujud pakatan kukuh untuk berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.


Sementara itu, Anwar ketika ditemui wartawan berkata Pakatan Harapan sedang berbincang dengan PPBM untuk mewujudkan pakatan pembangkang lebih kukuh.


Apabila ditanya mengenai kerjasama dengan PAS, Anwar hanya beritahu, "erkara tersebut akan dibincang kelak." - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
rase cm terharu plak melihat dua insan bersatu *eh tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 5-10-2016 10:52 PM
CARI-LTS replied at 5-10-2016 06:42 PM
sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/



bukaklah jugak tered keputusan saman dsai vs paper utusan fitnah yg disebut dlm article tu

Saman selesai, Utusan bayar Anwar RM50,000
October 5, 2016

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd bersetuju membayar ganti rugi RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan laporan mendakwa bekas ketua pembangkang itu mendalangi pencerobohan Lahad Datu, pada 2013.

Peguam syarikat itu, Wan Azmir Wan Majid berkata, Utusan akan menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu dalam tempoh 2 minggu dan tidak akan menerbitkan laporan sama.

“Utusan menerusi laporan bertarikh 2 Mac 2013 mendakwa Anwar ialah dalang dalam (pencerobohan) Lahad Datu, kami faham laporan yang memetik Manila Times serta Inquirer News itu tidak berasas dan berlaku tidak adil terhadapnya.


“Kami kini menyuarakan kekesalan kami kepadanya kerana laporan itu sudah memalukan dan menyebabkan beliau tertekan,” katanya ketika membacakan penghakiman persetujuan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman, hari ini.

Noraini berkata, menyelesaikan tuntutan mahkamah itu lebih baik daripada meneruskannya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan yang berjaya mencari penyelesaian secara baik,” katanya.

Sementara itu, peguam Anwar, S Ambiga berkata, saman terhadap TV3 dan pengarangnya akan diteruskan, memandangkan tiada penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.

Anwar memfailkan saman terhadap Utusan dan TV3, pada Mac 2013, kerana mendakwanya terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau turut menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif serta Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dalam saman itu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga AI cepat la kuar penjara #ameen
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 07:39 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 5-10-2016 10:48 PM
bukaklah jugak tered keputusan saman dsai vs paper utusan fitnah yg disebut dlm article tu

Sa ...

so kalau bukan anwar bukan tian chua bukan nurul izzah
siapakah tokoh politik yg menjadi dalang ? takkan Mat sabun pulak atau Lim Tokong? jengg jenggg jengggg

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 08:18 AM | Show all posts
..kita bertemu kali ini untuk apa?...mcm lagu pula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 5-10-2016 10:48 PM
bukaklah jugak tered keputusan saman dsai vs paper utusan fitnah yg disebut dlm article tu

Sa ...

Senang2 je dapat rm50k.selayaknyalah utusang. mohon bankrap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 09:54 AM | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 5-10-2016 06:46 PM
rase cm terharu plak melihat dua insan bersatu *eh tetibe

khenn?
...kita bila lg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 10:00 AM | Show all posts
Anwar dan Muhyidin sedang bincang siapa nak jadi PM bila umgok kalah nanti.....tak pun depa saling bertanya pengalaman....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070357 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list