Siapa sangka banyak juga kegunaan pohon mangga, selain memiliki buah yang enak dan berkhasiat rupanya daunnya juga sangat memiliki kuasa 'ajaib'.
Ada kajian seperti yang dipetik menerusi Boldsky.com mendapati kebaikan daun mangga tidak dapat dinafikan lagi. Pastinya anda teruja dengan berita yang satu ini, terutama jika anda gemarkan sesuatu yang alami.
1. Mengubati sakit telinga
Rasa tak selesa dan juga kesakitan pada telinga boleh dipulihkan dengan air rebusan daun mangga. Hanya titiskan beberapa titik air rebusan tersebut, ia mampu melegakan sakit telinga anda.
2. Masalah pernafasan
Daun mangga juga sangat membantu melancarkan masalah pernafasan seperti batuk, asma dan juga bronkitis.
Caranya, minumlah air rebusan daun mangga yang dicampurkan dengan madu.
3. Atasi gelisah
Bagi anda yang sering berasa gelisah dan bimbang, biasakan mandi dengan air mandian yang dicampurkan dengan daun mangga.
Ia mampu mengubati kegelisahan dan menyegarkan badan anda.
4. Diabetes
Teh daun mangga sangat baik untuk mengubati diabetes awal. Dikatakan teh daun mangga telah digunakan oleh doktor di Eropah untuk membantu mengubati masalah diabetes.
5. Darah tinggi
Begitu juga dengan masalah darah tinggi, disyorkan untuk mengambil satu cawan teh daun mangga setiap hari untuk menurunkan tekanan darah dan menjaga agar pembuluh darah tetap sihat. - CARI