Sinki boleh tersumbat disebabkan oleh sisa makanan dan lemak yang melekat dalam saluran paip bawah sinki.
Jika terlampau banyak, sisa makanan dan lemak yang terkumpul itu akan menyebabkan laluan air semakin kecil dan sinki tidak dapat lagi digunakan seperti biasa.
Sekiranya anda telah mengepam berkali-kali tetapi hasilnya masih sama, boleh cuba cara dibawah ini terlebih dahulu.
Kredit foto - tellingstory11.blogspot.com
Bahan-Bahan:
1- Cuka
2- Baking Soda
3- Dan semestinya sinki! Heee
Cara-cara
1.Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
2.Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
3.Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
4.Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
Selepas beberapa minit, lihat hasilnya. Jika masih tidak berkesan cuba periksa dan bersihkan perangkap sisa sinki seperti dibawah.
1- Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor.
2- Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi.
3- Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
4- Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
5- Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
6- Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!
Masih juga tersumbat? maknanya saluran paip sinki anda sudah kritikal dan perlu dapatkan bantuan tukang paip. Mungkin ada objek keras didalam saluran paip yang tidak boleh dihilangkan dengan cara-cara diatas. - CARI
Post time 4-10-2016 09:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fishcracker replied at 4-10-2016 11:49 AM
me buh clorox n curah air panas,pastu curah air paip banyak2
tak jahanam ke sis salur paip tu? kalau bocor air akan masuk bawah tanah. lantai boleh mendap nanti sis.kebanyakan salur dapur semua ditanam bawah lantai.
kul 1 pagi.. asalnya nak basuh botol air je..
ntah jilake mana guna sinki, tersumbat, air bertakung biar mcm tu je..
satu keje kena korek segala tok nenek sisa dlm sinki tu...
keringkan air sinki..
masalahnya tersumbat pulak..
amik pam sinki tu... jilake tu pulak guna pam sinki tu sampai pecah getah pam tu...
terpaksa aku tekup guna tangan, ala2 tangan aku ni pam la kiranya...
bila air dh kering, aku try buka paip, bertakung semula...
jadi aku guna cara ni la...
air dh kering.. aku taburla baking soda dlm lubang sinki tu..
pastu amik cuka setengah cawan.. aku tuang kt dlm sinki tu..
pastu dia akan berbuih kt dlm lubang sinki tu...
tindakbalas dia la tu agaknya...
aku amik air panas, aku tuang...
segala sisa tu semua naik ke atas... bau dia mcm muntah pun ada
ye la segala sisa yg tersumbat tu naik ke atas...
aku nak pam, pam pecah kt getah tu..
nak guna tangan, air pulak panas dlm sinki tu + busuk...
sudahnya aku amik plaster salotape tu.. aku tampal kat getah pam yang pecah tu...
pastu aku try pam..
dua tiga kali jugak la...
sampai tetiba ko akan dgr bunyi mcm krokk krokk kt dlm saluran air tu.. pastu ko akan dgr air tu meluncur keluar ikut saluran ke longkang tu..
pastu baru clear...
yang bagusnya sinki clean la.. berkilat sebab aku sental...
yang tak bagusnya semuanya setel kul 2.30pagi..
buat keje sambil menyumpah..
esok tu aku tanya jilake mana buat sinki tersumbat dgn pam pecah, sekor pun x ngaku...
itu lah kisah tragis aku...
skang kt umah dh ada 3 pam... buat bekap.. ahhaha
time aku menyewa ramai2 dulu pun mmg sakit hati bab2 gini. Tersumbat buat bodoh je. Dah pergi buang sisa makanan dlm tu tak reti nak kutip buang dlm bakul sampah. Stress asyik berulang je. Nasib skrg aku dah pindah menyewa 2 org je. Takla sakit hati nak masuk dapur haha.
kalau sisa makanan tu tesumbatnya kejap je, guna plunger je settle
yang sakit jiwa bila secawan dua minyak masak dibuang direct kat singki..
minyak dah mengeras dalam lubang tu
mana air nak turun? ko jolok la cemana pun
Post time 10-10-2016 02:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau jamban cemana ek? Jamban duduk. Bila flush air dia bertakung.. Lambat nk turun.. Nk kata tersumbat benda ke xpe juga sbb uma iols tggal berdua je.. Letih ngepam x settle.. Air dia mengalir tp lambat.. Tangki x mgkin penuh sbb awal thn aritu indahwater dh sedut..benci r.. Nasib uma ada 2 jamban..