Negara tembok besar, China membina teleskop Radio Apertur Sfera 500M (FAST) dibina dengan kos 140 juta pound (RM560 juta), terletak di antara kawasan pergunungan di wilayah Guizhou.
Menurut Pengarah Pusat Pemantauan Astonomi Kebangsaan (NAO), Yan Jun, teleskop itu menunjukkan tahap keupayaan bidang astronomi China yang bertaraf dunia.
Tambahnya lagi, saintis China sebelum ini menghabiskan masa selama enam dekad untuk memburu makhluk asing dan harapan tersebut diletakkan pada teleskop FAST.
Berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum pelancaran, pihaknya mengesan gelombang elektromagnetik yang tercetus oleh pulsar dengan jarak lebih 1,300 tahun cahaya.
Difahamkan, kerajaan China akan menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari tanda-tanda hidupan di luar bumi atau makhluk asing selain memantau pulsar jarak jauh iaitu neutron bintang yang dipercayai ada kaitan dengan letupan supernova.
Pembinaan FAST bermula sejak 2011 dan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan kawasan lima kilometer dari teleskop itu dipindahkan bagi mewujudkan persekitaran yang senyap untuk pemantauan.
Malah alat telekomunikasi termasuk telefon perlu dipadamkan apabila memasuki kawasan tersebut.- CARI