Disebabkan banyak kali terselamat daripada ancaman kematian, seekor ayam jantan di Osaka Jepun telah dilantik menjadi sebagai 'ketua polis trafik sehari' pada Isnin lalu, sebagai usaha propaganda dalam penganjuran kempen keselamatan trafik seluruh negara yang bermula pada Rabu.
Menurut laporan Asahi Shimbun, di bandar Osaka terdapat seekor 'ayam jantan yang bertuah' iaitu Masahiro, pada asalnya ia akan dibawa Zoo Tennoji untuk dijadikan umpan karnivor.
Atau ketika zaman anak ayam, ianya telah dipilih sebagai watak yang menjadi model untuk mengajar anak ayam liar makan makanan khusus ayam, kemudian pula menjadi umpan untuk menangkap Weasel, namun kesemua pengalamannya itu, ia tidak pernah menemui musuhnya sebaliknya berjaya menyelamatkan diri dari terbunuh.
Bagi merealisasikan sasaran "sifar kematian", pihak polis Osaka berharap dengan bantuan 'Nasib Ajaib' Masahiro yang cukup bertuah itu dan bunyinya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang usaha memberi perhatian kepada keselamatan.
Ini kerana "kejadian trafik sudah cukup banyak" dan sebutan "sudah cukup banyak" dalam bahasa Jepun adalah sangat mirip dengan bunyi ayam jantan berkokok.- CARI