CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 5

Kadar Denda Akan Dinaikkan Utk MyKad Yg Tidak Dituntut- KP JPN

[Copy link]
Post time 29-9-2016 10:39 AM | Show all posts |Read mode




sumber foto: https://pbs.twimg.com/



“Bila ada usaha untuk menaikkan denda, mungkin mereka akan beri lebih perhatian untuk tuntut kad pengenalan tersebut.”


Kenyataan itu disuarakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Yazid Ramli ketika dalam satu temuramah bersama mStar Online.


Oleh sebab itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merancang untuk menaikkan kadar fi terhadap rakyat negara ini yang yang gagal menuntut kad pengenalan atau MyKad yang telah siap.


Pada masa ini, bayaran fi kerana tidak menuntut kad pengenalan sehingga ia terpaksa dilupuskan adalah RM20, dan ia dikenakan semasa permohonan gantian baharu MyKad, dengan tambahan RM10 iaitu bagi fi permohonan dan RM10 lagi bagi fi proses gantian.


Tambah Mohd Yazid Ramli, pada masa ini kadar berkenaan masih di tahap rendah, menyebabkan pemohon tidak menganggap kad pengenalan itu dokumen diri yang penting dan perlu segera dituntut.


Sehingga kini, sebanyak 24,458 kad pengenalan atau MyKad yang tidak dituntut di seluruh negara bagi tempoh 2013 hingga 2015.


Daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan jumlah tertingi ialah Selangor (5,757), Kuala Lumpur (2,844) dan Johor (2,355). - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2016 01:15 PM | Show all posts
smua nak denda...semua nak naikan
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla denda. Membazir masa, tenaga n wang je kluarkan mykad, pastu x tuntut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 05:19 AM | Show all posts
bagus lahhhh......sesetengah porener lagi mahai bayaq mykad....tetapi kekdang dapat free jah.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 07:41 AM | Show all posts
elok jugak denda..nak cepat nak cepat..last2 dtg ambik lmbt jgk..ni mesti kes lupa letak kt mana2 pastu g buat baru..dah jumpe buat tak tau je..jd pekasam ic kt jab pendaftaran..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak buat kt utc je, lps 3 jam siap. G ar tido ke jln2 ke.pastu amek. Btw ni weekdays la.sabtu xtaw la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061518 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list