CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 1

Spekulasi Pilihanraya Mengejut Seawal Mac Depan Tidak Benar- Najib

[Copy link]
Post time 28-9-2016 10:30 AM | Show all posts |Read mode


"Spekulasi yang mengatakan saya akan mengadakan pilihan raya mengejut seawal Mac tahun depan sebelum tamat tempoh pada 2018 adalah tidak benar."


Memetik laporan Bernama, kenyataan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada badan berita antarabangsa, Reuters di Berlin, Jerman.


Jelas beliau tidak akan berbuat demikian dan buat masa ini tidak ada sebarang sebab untuk berbuat demikian.


"Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, dan akan terus meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah yang terbaik."


Khabar angin yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seawal Mac tahun depan adalah tidak berasas, ujar beliau.


Beberapa laporan yang memetik sumber dari dalam kerajaan bagaimanapun menyebut kemungkinan diadakan pilihanraya mengejut berasaskan keadaan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang dikatakan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah.


Beberapa parti komponen BN turut mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 10:44 AM | Show all posts
belum tukar tmpt mengundi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057378 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list