View: 1442|Reply: 5
|
Agihan Pendapatan Amanah Saham 1Malaysia Tahun Ini Sebanyak 6.10 Sen
[Copy link]
|
|
Agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia) adalah sebanyak 6.10 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2016 berbanding 6.40 sen seunit tahun lepas.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar kelmarin.
Memetik laporan Bernama, Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan agihan pendapatan melibatkan bayaran keseluruhan RM700.63 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 393,000 pemegang dengan langganan 11.49 bilion unit AS1Malaysia.
“Kesemua transaksi AS1Malaysia telah digantung mulai 23 Sept hingga 3 Okt untuk melancarkan pengiraan agihan pendapatan.”
ASNB merupakan syarikat milik penuh PNB yang menguruskan unit dana amanah.
Sehingga 23 Sept, AS1Malaysia mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM777.63 juta.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Koperasi Bank rakyat bakal beri 15% kan? Tahun lepas pun 15%. So moh la sape yg belum join koop bank rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
ASBN camner plak. Ada sama ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Woww di saat keadaan ekonomi global yang gawat nih, kerajaan pimpinan ds najib masih mampu bagi dividen yang tinggi..
Terima kasih najib.. terima kasih kak mah |
|
|
|
|
|
|
| |
|