View: 5955|Reply: 44
|
Selepas Bunuh Kawannya, Budak 11 Tahun Ini Berkelakuan Seperti Biasa!
[Copy link]
|
|
Selepas mencekik seorang budak perempuan 7 tahun hingga mati, pembunuh yang merupakan budak lelaki yang hanya berumur 11 tahun seperti biasa pergi ke sekolah dan bermain.
Menurut laporan Sina, kejadian tersebut berlaku di Changde, Wilayah Hunan.
Pada 15hb September lalu ketika perayaan kuih bulan, budak lelaki tersebut pergi ke rumah budak perempuan bernama Bei Bei untuk bermain bersama. Selepas itu, mereka berdua keluar dari rumah dan kemudian budak perempuan tersebut menghilangkan diri.
Difahamkan, budak lelaki terbabit memaklumkan kepada keluarga Bei Bei, bahawa dia berpisah dengan Bei Bei di tengah perjalanan kerana ingin mencari kawan yang lain untuk bermain.
Keluarga budak lelaki itu turut memberitahu, budak lelaki itu membuat latihan dan menjamu selera setelah sampai di rumah.
Jiran-jiran turut membantu mencari Bei Bei di merata tempat, namun gagal ditemui. Justeru itu, laporan polis telah dibuat termasuk menyebarkan maklumat kehilangan Bei Bei di kalangan rakan WeChat dan Weibo.
sumber foto: Sina
Sehinggalah pada tarikh 23hb September ini, pihak polis terjumpa mayat seorang budak perempuan di salah satu tempat di kawasan berkenaan. Difahamkan, ketika itu mayat budak perempuan itu sudah reput, tidak berseluar dan kaki tangan telah menjadi hitam. Hasil bedah siasat mayat terbabit mendapati Bei Bei dicekik sampai mati.
Siasatan polis juga mendapati pada hari kejadian, Bei Bei pergi rumah budak lelaki itu untuk menonton televisyen. Ketika itu Bei Bei telah memukul budak lelaki itu sebanyak dua kali, menyebabkan budak itu marah dan menolak Bei Bei ke lantai sambil mencekiknya sampai mati.
Kemudian budak lelaki itu mengheret mayat Bei Bei ke atas rumah dan mencampak mayat ke balkoni jirannya di tingkat dua. Selepas itu, budak lelaki tersebut hanya berkelakuan seperti biasa seperti pergi ke kelas, bermain dan kelihatan amat tenang sekali.
Walau bagaimanapun, keluarga mangsa curiga terhadap siasatan pihak polis kerana berpendapat seorang budak lelaki 11 tahun tidak mampu melakukan semua perkara itu seorang diri serta mengesyaki ada orang dewasa membantunya.
Akan tetapi, menurut pihak polis, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan terdapat penjenayah lain ketika kejadian.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Rest in peace bei bei,..yg buat ni ade mental disorder |
|
|
|
|
|
|
|
campak kat balkoni rumah jiran tapi bila jumpa dah tak berseluar sesuatu betul |
|
|
|
|
|
|
|
Huyooooo
Boleh wat horror/thriller movie kompom opiskotak |
|
|
|
|
|
|
|
suspect bukan dia la.. ada org lain ni.. budak tak mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
dh x bseluar bagai?? mcm dh ade yg lain plk buat sesuatu kat mayat budak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Larat ke budak tuh nak humban mayat dari balkoni? |
|
|
|
|
|
|
|
aah kan, larat ke budak 11 tahun angkut budak 7 thn??
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes budak2 laki membunuh tu..
Mental diorg mmg ada problem.. |
|
|
|
|
|
|
|
mohon buat movie based on true story |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran tu x bau busuk ke..smpai seminggu mayat tu dicampak kt balkoni dia baru jmpa. x jenguk langsung ke balkoni tu |
|
|
|
|
|
|
|
Uolss mana la thu budak ni psychopath.. spesis xde empati langsung.. skeri hokkay.. |
|
|
|
|
|
|
|
leluhur jinjang ker? NEXT! |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti budak ni mendapat kekuatan dari syaitan..
Tunggu komen dari acong.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah marah..xboleh jadi boleh..tp rileks je lepas tu..mental @ ada org lain yg buat keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bleh masuk channel ci ni, killer kids. |
|
|
|
|
|
|
| |
|