CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3053|Reply: 15

Hajat Kunjungi Legoland Tidak Kesampaian, Netizen Bawa Legoland Ke Rumah Budak S

[Copy link]
Post time 27-9-2016 11:14 AM | Show all posts |Read mode


sumber foto: www.virtualmalaysia.com



Sekiranya dalam rumah terdapat banyak bongkah Lego, anda mungkin dapat membantu merealisasikan impian seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang sedang menanti waktu ketibaan ajalnya akibat penyakit barah atau kanser.


Muhammad Danish, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menghidap penyakit kanser Osteosarcoma.


Doktor telah mengumumkan sebelum ini, sel-sel kanser yang ada pada Danish telah merebak ke bahagian badannya yang berlainan, dan rawatan kemoterapi sudah tidak memberi apa-apa kesan lagi.


Segala jadual pembedahan yang telah diaturkan turut terpaksa dibatalkan, ini bermakna Danish hanya mampu menanti ketibaan ajalnya untuk hari yang seterusnya.


Kini, Danish amat lemah, tiada selera makan, doktor turut membenarkan rehat di dalam rumah.




sumber foto: Facebook Wan Shahriza



Danish sangat gemarkan Lego, dan dia amat berharap dirinya dapat mengunjungi ke Legoland di Johor, tetapi berdasarkan tahap kesihatannya sekarang, ianya adalah perkara yang mustahil.


Dalam tempoh menghadapi penyakit kanser ini, salah satu kaki Danish telah pun dipotong, sebelah paru-paru nya telah juga dialihkan, manakala paru-paru yang satu belah lagi pun sudah semakin hari semakin hilang fungsinya.


Tetapi, bagi membolehkan Danish mencapai impian Legolandnya, maka lahirlah projek "Legoland For Danish".




sumber foto:  Facebook Wan Shahriza




Salah seorang yang mengendalikan projek ini adalah Wan Shahriza, Ahad lalu dia menulis satu status di facebook, dengan harapan netizen dapat sebarkan berita tersebut kepada semua orang supaya pada hari Khamis akan datang ini, semua orang dapat menderma bongkah Lego masing-masing kepada Danish dan menghasilkan satu Legoland kepadanya.


Menurutnya lagi, perancangan asal adalah membawa Danish ke Legoland apabila keadaan sakit pulih sedikit, tetapi kini kunjungan yang dirancang itu terpaksa dibatalkan.

" Kalau kami tidak dapat membawa dia pergi ke Legoland, maka bawa saja Legoland kepadanya."




sumber foto:  Facebook Wan Shahriza








Menurut seorang lagi penggerak projek iaitu Mary Anne Ethan, biarpun Danish sedang berjuang dengan penyakit kanser tulang, tetapi wajahnya sering kelihatan ceria dan bersenyuman ikhlas.


" Kalau anda beranggapan kehidupan sekarang amat memeritkan, fikirkanlah Danish yang telah hilang satu kaki dan paru-paru, doktor turut umumkan tidak berkemampuan lagi, hanya perlu hantar dia balik rumah rehat."

" Biarlah bata Lego yang paling digemarinya itu mengelilinginya"

"Sekiranya anda ada sebarang bata Lego, sila berkongsi dengannya, cubalah menggembirakan dia."



sumber foto: www.Lego.com



Anda boleh membentuk sendiri Lego yang penuh kasih sayang dan ucapan bersemangat di dalam rumah secara daya kreativiti sendiri dan kirimkan dengan guna pos laju atau hantar sendiri kepada individu berikut sebelum 29 September ini.


Orang Yang Dihubungi: Wan Shahriza Wan Ab.Rahman
Alamat : Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Jalan Tok Sira, 25025 Kuantan
Nombor untuk dihubungi : 019-9323361 ( hanya Whatsapp sahaja)




Orang Yang dihubungi: Dr Azma Binti Ab Hamid
Alamat : 103, Seri Permata Condo, SEction 9, Shah Alam.
Nombor untuk dihubungi: 012-2156201




Orang Yang dihubungi: Mary Anne
Nombor untuk dihubungi: 010-3684993




Menurut status terbaru di facebook Mary Anne, panggilan telefonnya berbunyi sepanjang masa tanpa berhenti, respon orang ramai sangat menggalakkan!


" Inikah yang dimaksudkan Satu Malaysia?"


Tambahnya, ada pihak yang tidak dikenali sanggup memberinya wang tunai untuk disumbangkan kepada Danish sekeluarga tanpa mengira bangsa dan latar belakang, hanya kerana kasih sayang, harapan dan doa.


Mary Anne turut maklumkan, dirinya bersama dua orang lagi pengelola projek ini sebenarnya tidak kenal antara satu sama lain, tetapi mereka bertiga mempunyai kesanggupan dan pengalaman. Anak bagi ketiga-tiga mereka semuanya menghidap penyakit kanser, antaranya anak Wan Shahriza  telah meninggal dunia, manakala anaknya dan anak Maz Waheed menghidap Leukemia, kini mereka sedang giat menghadapinya.


Mary Anne yakin apabila kita semua bersatu padu, keajaiban akan berlaku. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2016 11:22 AM | Show all posts
semoga adik ni hepi di hujung usianya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengalir air mata
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 03:29 PM | Show all posts
Allahuakbar....selalu baca kat fb psl bdk2 kanser, mesti sedih....

huhuhuh...baca lagi kat forum pon sedih juga....berat sungguh dugaan buat mu adik danish
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga adik n keluarga tabah menghadapi ujian,..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ya allah kau permudahkanlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dpermudahkan segala2 nya buat Adik Danish...Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Besar sungguh dugaan yg dihadapi oleh adik ni.. Sabar sungguh dia lalui ujian dari Allah..
Semoga semua urusan adik dipermudahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 11:01 AM | Show all posts
Sedihnya..buat adik Danish semoga diringankan bebanan yang ditanggung..tak tergambar perasaan ibunya bila tau anaknya boleh pergi bila2 masa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 01:08 PM | Show all posts
Jom lah kita sama2 sumbangkan kiub2 lego, klu takderpon, kita beli jer...apalah sgt duit jika ianya mengembirakan seseorg. Wat adik danish dan keluarga, bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 06:33 AM | Show all posts
kesiannya adik nie. kuat semangatnya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 06:34 AM | Show all posts
at least tercapai impian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:11 AM | Show all posts

sedih.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 12:27 PM | Show all posts
terharu sbb ade yg sudi menghepikan beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyaaa... semoga banyak ganjaran utk org yg happykan adik ni... semoga kuat semangat wahai adik dan keluarga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.589312 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list