Kisah mengenai big foot sebenarnya telah lama wujud dan kebanyakan penemuan itu berlaku di Amerika Utara ketika musim sejuk.
Bagaimana pun, ianya menjadi popular pada kurun ke-21 selepas ramai pemburu mendakwa telah menemukan makhluk tersebut.
Rakaman berdurasi lebih satu minit itu menunjukkan terdapat ‘objek’ yang tidak dikenal pasti seakan-akan bersembunyi di kawasan belukar hutan di pergunungan Caerphilly berhampiran Cardiff.
Bagi meyakinkan orang ramai, Jason Parsons seorang pemburu berumur 40 tahun berasal dari Cardiff bertindak menggerak-gerakkan penunjuk anak panah pada skrin mengenai lokasi makhluk dipercayai bigfoot itu sedang bersembunyi dalam rakaman tersebut.
“Saya terkejut selepas melihat ada susuk seperti gorila dalam rakaman itu.”
Selepas menganalisis rakaman itu, dia terus membawanya kepada Kumpulan Penyelidikan Bigfoot British yang turut kagum dengan hasil kerja Parsons.
Menurut pengasas bersama kumpulan itu, Adam Bird, golongan skeptikal mungkin menganggap imej yang dirakam oleh Parsons itu hanya orang biasa.
“Tapi, adakah orang biasa itu akan berada di tengah-tengah hutan berseorangan, bergayut dan cuba menolak sebatang pokok? Fikir secara logik."
“Oleh itu, kami percaya Jason Parsons telah berjaya merakam satu imej yang memberi makna mendalam terhadap penyelidikan kami.”- CARI
Adeh.. umah UK pun sama je dengan melayu..
semalam kuar gambo Melayu dengan penampakan di kubur lama bagai..
Ummah Uk plak dengan penampakan big foot pulak..
big foot ni mmg wujud....cume diorg obsess nak membuktikannye..... masalahnye ...diorg spesis yg menyorok....die akan lari kalo dengar bunyi manusia....kamon...ilmu manusia ni umpama setitik air di lautan je.....
biar je la bigfoot tu dok aman dlm hutan....karang dh jumpe sebok nak g tangkap la ape la....nak buat kajian konon....pastu bende tu pupus...baru la sebok nak pulihara balik....
sometimes secret should remain secret.....tak perlu nak gali2 bagai.....biar je mereka aman dgn dunia mereka .....
dan sebab ape aku dengan yakin aku kate bigfoot ni wujud? sebab abah pernah tertembak sekor...mcm planet of the apes tu.....
kadang2 mawas ni keluar juga dari hutan .. mak aku cite zaman dia kecik2 dulu ada orang nampak dah.. sorang pemandu teksi ni balik malam2.. sampai kat rumah tu dia lap2 teksi dia.. sekali mawas ni datang dekat dia.. dah la besar badan berbulu mata merah.. lepas tu taktau apa jadi.. mungkin mawas tu lari balik masuk hutan