CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 2

Kerjasama Serantau Sindiket Kereta Curi, Tipiskan Peluang Dapatkan Semula Kereta

[Copy link]
Post time 26-9-2016 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: www.mstar.com.my



Memetik laporan Bernama, sindiket kereta curi di Malaysia bukan sahaja menjual kereta yang yang dicuri di pasaran gelap Thailand malah turut menyeludupnya untuk dijual di pasaran gelap negara di Indo-China seperti Myanmar, Laos dan Kemboja.


Kesemua sindiket di setiap negara yang terbabit dipercayai mempunyai jaringan kerjasama yang erat sehingga pihak berkuasa berdepan cabaran untuk menangani jenayah rentas sempadan itu.


Difahamkan modus operandi sindiket berkenaan, apabila kereta curi Malaysia itu tiba di negara seperti Myanmar, Laos dan Kemboja maka peluang untuk menemuinya semula adalah amat tipis.


Menurut sumber keselamatan, cara paling terkini dan popular untuk menjual atau “melupus” kereta curi Malaysia di Thailand adalah menerusi laman web menjual kereta.


“Trend terkini adalah untuk menjualnya secara online sahaja.”




sumber foto: www.deepsouthwatch.org



Malay Mail Online melaporkan, awal bulan ini pihak polis Thai menyerahkan 22 kereta curi Malaysia bernilai RM2.2 juta yang ditemukan di negara ini kepada polis Malaysia.


Jika tidak dijual di pasaran gelap di Thailand, terdapat juga kemungkinan kereta curi Malaysia itu yang telah diturunkan di pelabuhan di Thailand, diseludup ke negara sekitar menggunakan jalan darat.


Tahun lepas, pihak berkuasa Thailand berjaya merampas 18 kereta mewah dipercayai menjadi mangsa kepada sindiket curi kereta Malaysia di pelabuhan Laem Chabang.


Menurut sumber, 18 kereta mewah yang ditemukan itu adalah sebahagian daripada 43 kereta mewah Malaysia yang dibawa masuk ke Thailand menggunakan kapal kontena dari pelabuhan di Singapura.- CARI


sumber foto: www.malaysiagazette.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 03:26 PM | Show all posts
Kereta mlysia dibawa ke negara lain, negara lain bawa kereta ke mlysia.. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kontena mcm mana dia check
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TABAHLAH matkpop
KILL_NANCYTABAHLAH matkpop
Views : 16655 Replies : 181
BODOHNYA KAU GEMUK
KurexBODOHNYA KAU GEMUK
Views : 8873 Replies : 62
Trend Orang Melayu Tak Mahu Mengaku Melayu, Kutuk Melayu
Malaysia.DoomTrend Orang Melayu Tak Mahu Mengaku Mela
Views : 7190 Replies : 39
REALITI
KurexREALITI
Views : 1799 Replies : 4
Kenangan Teraya korang . Tak kira sedih atau lucu.
gigahertzKenangan Teraya korang . Tak kira sedih
Views : 2242 Replies : 12
Merdeka lebih Awal dari Korea Tapi Highway Third World Country
Malaysia.DoomMerdeka lebih Awal dari Korea Tapi Highw
Views : 2179 Replies : 18
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019
FoxeySelamat Hari Raya Aidilfitri 2019
Views : 5294 Replies : 20
Lagu Raya Fave Korang
FoxeyLagu Raya Fave Korang
Views : 17684 Replies : 206
Kisah/Pengalaman Gembira, Sedih, Marah, Suka Hati dll masa Puasa
CatpawKisah/Pengalaman Gembira, Sedih, Marah,
Views : 5543 Replies : 22
BODOHNYA KAMU.. BANGANGNYA KAMU..
KurexBODOHNYA KAMU.. BANGANGNYA KAMU..
Views : 4732 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050685 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list