View: 6838|Reply: 41
|
'Di Sinilah Rumah Saya Membesar Dulu, Buat Apa Nak Malu'
[Copy link]
|
|
Kadang kala dengan mengingati semula kesusahan yang dilalui pada zaman lalu, boleh menyedarkan diri kita tentang betapa bertuahnya kita hari ini.
Kata orang, jangan sesekali lupakan asal usul kita walau setinggi mana kita telah kecapi. Tidak kiralah asal usul sebagai orang susah, senang dan sebagainya.
Itu merupakan salah satu bukti seseorang itu mempunyai jati diri yang tinggi, tidak mudah berubah meskipun pelbagai dugaan yang telah dilaluinya.
Antara ciri lain mereka yang memiliki jati diri tinggi termasuklah mengetahui 'siapa dirinya, dari mana datangnya dia, dan ke mana tujuan selepas ini'.
Penulis tertarik dengan perkongsian seorang netizen ini. Tanpa rasa segan dan malu, dia menunjukkan rumah yang didiami keluarganya suatu masa dahulu.
Meskipun pada waktu dia masih di bangku sekolah, dia berasa malu dengan kediamannya yang tidak cantik dan dilihat kurang berbanding jiran lain, namun kini ia menjadi satu sejarah dirinya yang sangat dihargai.
"Kita takkan boleh ubah kehidupan lampau atau asal-usul kita. Mak ayah kita mungkin miskin, tetapi anda boleh mengubahnya. Mak ayah saya sekarang dah nak masuk 60-an."
"Masa kecik dulu saya malu dengan kawan-kawan saya. Rumah diorang besar-besar. Deret rumah kami ni hanya rumah kami sahaja yg pagar kecik. Rumah lain pagar besar, boleh park kereta kat dalam. Time raya memang saya takkan ajak kawan-kawan datang. Diorang nak datang pun saya bagi macam2 alasan."
Begitulah antara yang dinukilkan oleh netizen ini. Selain itu, dia sentiasa mengingatkan agar mengutamakan ibu bapa dalam kehidupan ini untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berjaya.
Baca perkongsian ini. Sangat memberi inspirasi kepada semua.
-CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Inspirational! |
|
|
|
|
|
|
|
rumah ni dua bilik tido satu bilik air. saiz rumah 18x60 |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi astero tetaplah ada. Sewa astero koman2 rm 50 X 12 = 600 setahun dah boleh cat rumah dan buat pagar cantik. Tapi itulah org kita, biar rumah mcm reban tp hiburan tetap diutamakan. Org yg bener2 susah ddk kg rumah lg teruk senget benget bocor sana sini benar2 x mampu pun x rasa malu. Sebenarnya apa yg dikemaluankan. X fahamla |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le tu tak lupa asal usul dengan itu tak mudah lupa diri dan jadi semangat untuk memajukan diri dan keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
rumah tak mewah takpe,janji bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Ni rumah kluster xpun rumah murah..dulu masa kecik aku pun besar kat umah murah jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan Spidey pun tinggal di Sri Muda, Shah Alam.
Kalau tak salah, dia pun tinggal di area sama dengan penulis sebab rumah hampir sama. Cuma gate dia tak sekecil ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Actually Taman Sri Muda, Shah Alam ini agak pesat membangun dan sangat meriah pada awal pembangunannya pada awal 1990an. Tetapi tetiba ada berlakunya banjir besar di sana, ramai penduduk menjual hartanah mereka.
Pada lewat 1990an, tempat itu menjadi tumpuan pekerja asing sehingga satu ketika Sri Muda digelar sebagai bandar Bangla. Kadar jenayah juga tersangat tinggi.
Penduduk di sana ramai yang berpindah ke tempat berdekatan lain seperti di Kota Kemuning, kawasan Shah Alam lain, Subang Jaya, Bandar Sunway dan bandar Klang.
Seriously, Sri Muda bukan tempat yang sesuai untuk korang pergi seorang diri pada waktu malam. Sana ramai gangster tahi kucing. (You've been warned!!) |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah ni value dia sekarang ada tak dalam 200k?
Kalau seksyen 19, jejak 300k utk rumah kos rendah. Sri muda mungkin rendah lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
tudia rumput... nak ternak ular ke |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 23-9-2016 02:36 PM
Ni rumah kluster xpun rumah murah..dulu masa kecik aku pun besar kat umah murah jugak..
berapa bilik tido bilik air? |
|
|
|
|
|
|
|
fishcracker replied at 23-9-2016 10:14 PM
rumah tak mewah takpe,janji bersih
betul i respect klau org miskin tp dalam rumah dan persekitaran rumah terjaga. ini ada yg buang sampah merata sekeliling rumah dan toilet pun kotor |
|
|
|
|
|
|
|
Master khalid ni sekarang jutawan forex. banyak yg berubah dan dia berusaha keras untuk berubah, dia juga banyak membantu orang yg kat luar sana untuk berubah dari segi kewangan. bagi yg nak cuba belajar tentang forex cuba beli buku Teknik Forex Sebenar beliau. the best ebook tentang forex yg pernah ada di pasaran. try it. |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 23-9-2016 05:13 PM
Tapi astero tetaplah ada. Sewa astero koman2 rm 50 X 12 = 600 setahun dah boleh cat rumah dan buat ...
Itu penyewa sekarang lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Masta forex ni khalid hamid |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pakat2 wat cter sedih zmn susah jom. Lps tu jd viral.
|
|
|
|
|
|
|
|
2 bilik lah..dapur kecik ..tempat basuh baju betemu1 jamban 1 bilik mandi..bilik air simen bijik2 kasar tu..buat tenyeh tumit..licin tumit..
|
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 24-9-2016 01:26 PM
2 bilik lah..dapur kecik ..tempat basuh baju betemu1 jamban 1 bilik mandi..bilik air simen bijik2 ...
bilik dia besar kan? dinding bilik pakai plywood? |
|
|
|
|
|
|
| |
|