View: 9427|Reply: 51
|
Gadis Luah Perasaan, Rakan Sekerja Gaji Lebih Besar Tapi Kerja Tak Seberapa
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
Setiap tempat kerja mempunyai budaya yang berbeza dengan bermacam-macam gaya dan cerita. Tentu saja anda sendiri pernah mengalami situasi dimana berlakunya ketidakpuasan hati ditempat kerja sama ada dengan pihak pengurusan dan juga rakan sekerja.
Bila bercerita tentang rakan sekerja, bermacam jenis perangai yang mungkin anda pernah jumpa. Ada yang jenis fokus bekerja tapi tidak boleh ditegur, ada juga yang malas dan hanya sedikit membuat kerja, namun gaji melebihi anda yang buat bermacam-macam kerja. Lebih menyakitkan jika ada rakan sekerja jenis kaki "report" dan suka "kipas" boss untuk kepentingan diri.
Perkara-perkara diatas sudah tentu membuatkan anda akan hilang fokus dan tiada mood untuk bekerja.
Masalah yang dihadapi oleh gadis ini adalah salah satu contoh ketidakpuasan hati dengan rakan sekerja. Nak tahu apakah masalah beliau, mari kita baca luahan hatinya yang dikongsikan di IIUM Confessions
Gambar sekadar hiasan
Assalamualaikum. Harap2 confession aku lepas la untuk admin approve. Thanks in advance. Aku perempuan. Kerja sektor swasta dan umur 25 (lagi 2bulan.cewah). Aku makan gaji dekat tempat kerja sekarang dah hampir 3 tahun. Semua ok je awalnya. Sampai la adik bos aku grad (oversea).
Aku namakan adik bos aku ni sebagai A. A grad dengan jayanya tanpa repeat paper ke ape tp malangnya course yg dia ambil dulu, kurang peluang kerja kt negeri aku ni. So, ‘terserap’ la dia sebagai rakan sekerja aku. Seminggu sebelum dia fly balik malaysia, partner dekat tempat kerja aku, si S terpaksa cuti tanpa gaji sebab mak dia kena stroke. Tempat kerja aku tak ramai pekerja. 5 orang je termasuk aku tapi ada shift2 tertentu. Setiap shift 3 pekerja. Tapi sorang khas untuk profesion dia je. Means aku dan sorang lagi bahagian uruskan pelanggan, akaun, stok dan kelangsungan operasi.
The first month aku boleh terima kalau A masih malu or teragak2 nk buat ape2. Sebab kerja aku kerja yg sentiasa berdepan dgn org ramai. Call yg boleh kata dlm 6kali sejam. Oke takpe kitorang ajar satu2. Punch card tiap pagi pukul 8.15. Tapi best nya dia, card pon takde. Okey positif mungkin waktu percubaan kot. So tiap kali aku partner dengan dia, confirm kerja berdouble triple. Tak double triple kot. Semua aku kena buat. Dari handle customer. Lari pick up call. Pack barang customer order. Settle akaun tiap 2 jam (sebab amount masuk bukan sikit2. So kena update tiap masa).. rushing jgn cakap la. Sampai pernah sekali aku kena jangkitan kuman sebab tahan kencing. Aduhh seksa.
A start kerja 16 julai. Aku ingat tarikh dia mula2 masuk. Kiranya untuk julai dia kerja just 14 hari. Habis julai, gaji masuk. Aku TERintai slip gaji dia. Sumpah bukan jelous ke ape tp gaji dia 2kali ganda dari kami yg siap buat OT ni. Mane tak terkejut. Tp since dia adik bos, ape boleh buat. Senyum jela. Bab gaji ni tak melarat pon sebab asal dpt hak aku, cukup la kan. Yg melaratnya, attitude dia. Skrg dah september. Tp sikit pon takde perubahan dari segi prestasi kerja dia. Angkat call pon taknak. Alasan? Taktahu nk jawab soalan customer. Pack order pon tak. Alasan? Takut silap item. Dealing customer lagi la taknak. Sebab nanti tergagap2. Ya Allah. Kerja kt situ bukannya berat. Tp bila semua benda sorang manusia je kena handle, for sure la penat kan?
Lagi parah time cuti aidiladha baru2 ni. Kerja mcm biasa cuma cuti raya 1 dan 2. Masuk raya ke 3 dah shift mcm biasa. Pagi tu turn aku dengan si A. Aku sampai tempat kerja sharp pukul 8. Kemas2, basuh itu ini. Tgk jam dah 8.45. Tapi still A tak muncul. Menyirap jugak sebab perut aku meragam (kenduri banyak semalam tu). Nak ke toilet mmg tak dapat sbb tak ade orang nk jaga kaunter. Takkan nk tinggal kosong camtu je kan? Last2 terpaksa la aku tarik pintu dan kunci kejap sebab tak mampu lagi dah nk tahan. 11.00 pg dah. Takde muncul lagi. Sharp 11.15 A sampai. Dengan muka tak bersalahnya. Terus ke pantri dan makan laksa pineng. Siap scroll ig n fb lagi. Aku serious bengang giler dah. Tp apakan daya..
Kenyang perut suka hati la kan? Tp tak. Dia dengan selamba nya ke bilik rehat lepas makan. Aku ingatkan nk betulkan tudung ke ape. Tp lepas sejam lebih tak muncul2. Tergerak hati nak intai. Ya Allah. Indah dibuai mimpi rupanya. Siap berselimut. Bantal kiri kanan. Jujur cakap, aku ternangis time tu. Sebab sakit hati yg amat. Aku breakfast pon belum. Dari 8.15 customer ada dalam 6 orang. Tiap sorang order item paling sikit rm250. Bayangkan.. terkejar sana sini. Nk jaga akaun lagi. Perut berdondang sayang ni jgn kira la kan. Tp dia? Dah boleh jd second boss dah.
Aku cuba fikir positif. Mungkin dia penat beraya kot. Tp the next day sampai la hari ni, the same thing dia buat. Yg lain nya menu breakfast dia je. Tiap hari sampai around 10-11am. Makan. Then mimpi. Lunch hour keluar lunch. Masuk balik main phone. Siap bergayut lagi mak kauuu. Mane tak sakit hati ni. Tp kami2 takut nak bersuara since dia adik bos. Sebab bos sendiri pon takde nk tegur ke apa walaupon dia nampak ape yg berlaku tiap hari. Nampak mcm mane org seorang buat kerja mcm lipas kudung sampai basah ketiak. Sampai berpeluh walaupon beraircond.
Tu belum bab ambil duit sale beli topap. Beli jajan. Aku jugak yg huru hara nak explain dekat bos. Nak adjust rekod akaun. Ohhh lupa. Si A ni suka layan kdrama. Aku tak kisah since aku pun layan. Tp silapnya dia khatam koleksi2 dia tu dekat tempat kerja. Sound boleh tahan la smpai pernah customer tanya “haii dik. Konsert kpop ke dalam tu?”. Tergagap aku nak jawab. Aku dengan santunnye mintak dia rendahkan volume. Tahu dia reply ape? “Kalau dengar slow2 baik mute kan terus”. Expression dia tu ya Allah. Istighfar jgn cakap la. Bimbang jugak terexceed limit sabar ni.
Banyak lagi sebenarnya kelakuan cemerlang graduan oversea ni buat. Aku cuma tulis yg terjadi depan mata aku. Aku bukan nak kritik graduan2 ke ape. Cuma si A ni tak melambangkan pun pemegang ijazah U terkemuka london bridge is falling down tu.
In case kau baca kan confession ni duhai A. Aku tak mintak banyak. Cuma kita sama2 pekerja walaupun kau degree oversea. Aku degree malaysia je. Biar lah adil. Ye kau adik bos. Tp tetap tanggungjawab kau dan aku sama. Kalau kita sama2 kerja, takde nye hard feelings antara kami2 dgn kau. Aku hormat kau. Sbb since upsr sampai spm bahkan upkk sekalipun kau sentiasa straight A. Kau cerdik. Tolongla jgn buat kecerdikan kau tu tertutup sbb attitude kau. Mmg kau adik bos. Tp selagi kau tak kerja based on ur degree, kau tetap pekerja selevel kami.
Tu je nak confess. Maaflah kalau ayat berterabur ke. Typo ke. Doakan hati aku dan partner2 lain sentiasa sado selama A masih tak dpt kerja lagi.
Thankyou guys. Havva good days ahead. Assalamualaikum..– Dayana
Pernah tak anda mengalami situasi lebih kurang sama dengan gadis ini dan apakah nasihat anda untuk orang yang mengalami masalah seperti ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la tu. Office i pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
Dah company keluarga dia. dari dia bg saja duit baik suruh adik datang kerja kat opis. berlambak la orang yang hire keluarga gaji lg lebih dari org lain. meh kerja kerajaan gaji ikut tangga gaji takde lebih takde kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Fokus jelah dgn keje
tak pyh nak pening pikir lantak dia la
anggap jelah dia tukang sapu sampah ke
tukang wat kopi ade ke takde same jer
dah dia adik bos nak wat guano |
|
|
|
|
|
|
|
Fokus jelah dgn keje
tak pyh nak pening pikir lantak dia la
anggap jelah dia tukang sapu sampah ke
tukang wat kopi ade ke takde same jer
dah dia adik bos nak wat guano |
|
|
|
|
|
|
|
dik ko ckp ko x terjejas dgn gaji adik bos tu
tp sebenarnye ko terkesan kan?
bkn ke normal je kalau family bisnes mcmni
lgpn iols suspek bos dia tu mmg saje suruh adik dia dtg keje..dr duk melanguk kt umah dtg opis gaji pn dpt..adik nye yg diva tu of course x nak..mgkn dia malas la nk keje kt tmpt abg/kakak dia x kelas la graduate dr london bridge falling down keje kt tmpt mcmtu
tp sbb abg/kakak dia insist sgt dia pn setuju tp dgn syarat bg gaji sekian2..
iolss yakin abg/kakak dia bkn nk urgent staff utk jlnkn operation..kewujudan adik dia setakat 'keje" bkn melanguk kt umah
so korang yg bkn ada darah daging boss ni x yah la nk dengki ngn budak ni..mmg kewujudan dia x mmbantu pn..so dr htr email nk suruh dia bc tp htr kt page viral baik la ko sendiri htr email kt budak tu bgtau apa x puas hati...
senang dik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sis sejes kat bos pasang cctv. |
|
|
|
|
|
|
|
khen....
tak payah la nak dengki2 kan orang tu dpt gaji lebih walopun usaha tak sama...dah kompeni tu abg/kakak dia punya, kira family bisnes lah tu....
yang kita nie takder kene mengena dgn bos, no string attach, pepandai lah nak idup....carik pengalaman, rajin2 lah apply tmpt keje lain....biar ajer adik bos mereput kat situ...
kalo bos value adik dia lebih dari orang lain yang ada potensi nak majukan bisnes...let it be...
buat apa nak susah2kan diri bantu bisnes orang?
|
|
|
|
|
|
|
|
mana2 pun mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
|
btl tu kaka
kalau yg mmg family bisness mmg dh well established ni mmg anak2 beranak goyang kaki jah...masuk keje sbb kene paksa je..bkn nk keje sgt.. lgpn dorang mmg mampu bg gaji kt anak beranak berapa2 pn..
utk org asing mcmni x yah stress2..kalau x suka cari keje tmpt lain..lgpn muda lg..buat apa nk kene pikir masalah company org lain smpai kene jangkitan kuman sbb tahan kencing dik? x berbaloi
sllu company yg struggle tu la baru paksa anak beranak keje btl2..gaji pn x berapa bayar sbb tgh struggle... mmg mcm tu la lumrah nye..nth2 adik boss dia mmg ada share dlm company tu...budak yg mengadu ni muda lg br 25 dia kurang arif agaknye dunia pekerjaan sbenarnye mcmne
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik Dayana,
Baik letak jawatan...cari kerja lain. Biar bisnes keluarga A tu stuck ke apa ke. Kalau boleh, ajak semua staf berhenti serentak. Baru puas hati.
Sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
IIUM confessions ni sesape boleh post ek? Not necesarily its students? |
|
|
|
|
|
|
|
Family business melayu memang kebanyakan begini. Ahli keluarga rasa entitled to the business tanpa buat apa/or amik duit. Tidak tahu 'business'. Line family/business blurred. Kalau tak de sikap professional janganlah get involve dalam business antara ahli keluarga which kebanyakan family melayu begitu. Anyway dari ko luahkan kat media sosial lebih baik ko luahkan pada boss. Dari ko bercakap pasal adik tak guna dia tu. Cakap terus terang apa masalah ko. Fokus masalah sendiri. Tak cukup tangan etc bagai. Gaji tu hak bos nak bagi berapa. Yang ko go intai slip gaji orang pun dah kira ko tak amanah. Kalau bos kata eh dia (adik) tu kan ada kenapa tak cukup lagi tangan membantu. Keep on saying tak cukup. Jangan bad mouth other people. Leave it to the boss utk siasat. Pasal dia amik duit, bagi tahu jujur je dengan bos. Kenapa nak berselindung cover line??? Buatnya dia tapau ko balik kata ko yg amik duit tu, ko pulak masuk ke dalam. Kalau dah banyak sangat masalah, ko berhenti kerja cakap je saya tak boleh kerja dalam syarikat yg tidak professional. Aku pernah dengar masalah sebegini tapi bukan family kompeni. Tapi syarikat overseas bawak masuk barang craft. Budak muda tu sound hr tentang budaya kerja melayu yg jadi masalah kat syarikat craft tu. Malu je dengar. Umur baru 18-19. Tapi tegas. Respect. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu suruh bos kedekut tu beli peti besi yang ada ruang masuk envelope tu. Sale complete masuk duit dalam envelope or sampul kepil dengan invoice jolok masuk dalam peti besi tu. Cuma bos ko je boleh bukak. Takde masalah adik dia nak copet duit beli top up/jajan. Huru hara akaun bila tak balance aku paham sangat. Lainlah lah bos bodoh tu nak top up balik:zz. Takde sop operation tunggang langgang. Typical business melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mane2 pun ade je situasi camni. Bkn family bisnes pun kadang tu. Org camni kewujudan dia cuma tambah beban keje, tambah masalah, n tukang sibuk. But still, dialah pekerja contoh paling comel paling segala. Xde kejela kita nak mengadu domba kat bos yg buat lembu kenyang ngan perangai org camni. Last choice, cari jela peluang kt tempat lain. Bumi Allah ni luas. Gaji n pangkat x tinggi pun xpe, janji hati senang. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kata company melayu, company cina anak beranak pun ada yg mcmtu....dtg keje, kejenye slash buah je, takde kena mengena dgn jawatannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|