CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2854|Reply: 7

Bersantai & Makan Di Junction@ 11, Shah Alam Dengan Konsep Terbuka

[Copy link]
Post time 21-9-2016 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kadang-kadang fikir nak makan di mana lebih parah daripada buat perkara lain. Betul tak?

Untuk mendapatkan semua makanan di tempat yang sama, selesa, tenang dan cantik, sememangnya sukar. Namun, jangan risau semuanya ada di Junction@ 11 di Seksyen 11, Shah Alam.

Sebuah tempat makan ala medan selera yang cantik, tenang, bersih dan ada kelas tersendiri.




Junction@ 11 sebenarnya ialah bekas stesen minyak yang diubah suai menjadi sebuah restoran makanan barat dan dilengkapi dengan gerai makanan di sekelilingnya.

Berkonsep terbuka, Junction@ 11 yang terletak berhampiran Dewan Jenjarom, Seksyen 11, menawarkan pelbagai menu, daripada masakan tempatan hingga barat.

Restoran Deli & Drinks yang menjadi tunggak utama Junction@ 11, menggunakan konsep ala hipster yang menenangkan.

Deli & Drinks menawarkan menu makanan barat seperti chicken chop, roast chicken, lamb grill, lasagna, fish and chips, meatball pasta, butter prawn pasta dan aneka jenis minuman termasuk jus buah.

Pemilik restoran itu, Mohd. Shah Ibrahim, 54, ialah bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang telah berkhidmat selama 20 tahun dengan syarikat penerbangan milik negara itu.

Sebab itulah faktor kebersihan, kualiti dan persembahan makanan serta kepuasan pengunjung diutamakan.

Antara gerai yang popular dan sering mendapat sambutan ialah Port Bujang yang menawarkan ayam dan kambing panggang, pelbagai jenis burger dan hotdog serta kentang goreng.




Selain itu, pengusaha char kuew tiau yang terkenal di Seksyen 13 turut membuka gerai di Junction@ 11.
Info Junction@ 11

Lokasi : Lot B, Jalan Wau 11/1, Seksyen 11, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : 6 petang hingga 12 tengah malam. Tutup Isnin.
Menu istimewa : Makanan barat, laksa, char kuew tiau dan nasi Arab.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 11:58 AM | Show all posts
Mesti penuh dengan uni students
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 12:45 PM | Show all posts
SAT NI nak pi la. Kalau tak,  Nasik Ayam Pak Mal + sup kaki pun buleh.  Fuhh panas berpeloh2. Tuu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 12:47 PM | Show all posts
bolehla cuba kalau tersesat kat shah alam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 01:45 PM | Show all posts
tak sedap bagi kaknab....kaknab rasa ada yg lebih sedap dan berbaloi dari sini...kaknab g hari tu so so je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 02:45 PM | Show all posts
murah harga dia...boleh cuba nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2016 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah lepas raya tu ada night bazar kat seksyen 20 area suri puteri apartment.. Tapi tak lama kena sita dengan MBSA.. Tapak takde lesen ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:33 PM | Show all posts
macam best je. kena try ni haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.161208 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list