CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2194|Reply: 5

Jom Meronda 'Cuci Mata' Dengan Beca Elektrik Pertama Di Perak

[Copy link]
Post time 21-9-2016 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Seronok kalau dapat pusing-pusing kota raya dengan beca. Tetapi kebanyakan beca kini tidak mendapat pilihan pelanggan kerana keadaan beca itu sendiri dan ia dikatakan tidak lagi relevan.  


Oleh disebabkan itu, perkhidmatan beca elektrik diperkenalkan di Ipoh sebagai tarikan pelancongan terbaharu sempena Tahun Melawat Perak 2017.






Exco Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata kali terakhir perkhidmatan beca ada di Ipoh adalah pada 2005 dan kali ini beca yang disediakan adalah unik kerana ia telah dimodenkan.


Ketika ini kebanyakan hotel turut memberikan perkhidmatan itu secara percuma sekiranya menginap di hotel tersebut.


Perkhidmatan beca itu disediakan oleh M Bike Sdn Bhd kepada pengunjung yang ingin bersiar di lokasi menarik di sekitar bandaraya Ipoh.


Perkhidmatan yang telah bermula pada 1 September lalu itu memperkenalkan tiga pakej iaitu satu perjalanan, laluan warisan dan sewa khas.






Bagi pakej satu perjalanan, pengunjung akan menaiki beca dari satu lokasi ke satu lokasi lain dengan bayaran RM6 manakala laluan warisan yang berharga RM30 akan melalui 26 lokasi pelancongan di Ipoh selama 45 minit.


Pakej sewa khas pula akan membawa pengunjung ke mana-mana destinasi dengan jarak 10 kilometer hingga 15 kilometer dengan kadar bayaran RM50.






Perkhidmatan dari pukul 9 pagi hingga 12 malam setiap hari itu, bermula dari tiga lokasi iaitu Kinta Riverfront, Stesen Keretapi Ipoh dan Restoran Plan B. - CARI



Sumber : Astro Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel beca nya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 12:31 PM | Show all posts
Macam beca kat overc pasti menarik pelancong untuk mencubanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 01:30 PM | Show all posts
menarik ni, boleh cuba nanti.
agak2 berapa berat max boleh naik beca tu? mcm kecik haluih je beca nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2016 02:20 PM | Show all posts
bila je nk pegi... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2016 04:17 PM | Show all posts
wahh best ni. kena singgah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.950921 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list