Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencantikkan rambut terutamanya menggunakan bahan alami.
Namun, bagaimana pula bila membuat teknik mengkeritingkan rambut dengan menggunakan bahan yang secara terang-terangan merupakan makanan?
Memang sukar dipercayai bukan? Namun itulah yang dilakukan seorang Youtube vlogger, Bunny Meyer,31 bila memakai snek berperisa keju sebagai alat mengkeritingkan rambutnya!
Bunny yang memuat naik tutorial di laman Youtube sememangnya terkenal gemar menggunakan cara pelik dan unik untuk rawatan rambutnya.
Kali ini, dia menggunakan snek berperisa keju itu dan agaknya bagaimana hasil rambutnya nanti?
Selepas menggulung rambut dengan snek tersebut, Bunny membiarkan sehingga 30 minit dan hasilnya sungguh mengejutkan!Persis rawatan rambut di salon! Keriting sempurna bagai menggunakan alat pengkeriting rambut yang sebenar.
Meskipun caranya agak menjengkelkan namun video tutorial tersebut mendapat sambutan hangat. Sehingga kini, terdapat lebih 1 juta kali tontonan ya!