CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5092|Reply: 33

Anak Menangis Je Terus Bagi Main Gajet, Ini Akibatnya Selepas 4 Tahun

[Copy link]
Post time 19-9-2016 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Memberi anak-anak yang masih kecil bermain telefon pintar, ipad, tab dan apa sahaja gajet di usia terlalu muda adalah satu tindakan yang sangat salah.


Ibu bapa di zaman sekarang mungkin lebih gemar jika anak-anak bermain gajet berbanding mainan lain kerana rumah akan lebih kemas dan tidak bersepah dengan lambakan mainan anak-anak.


Selain itu, anak-anak akan lebih "terkawal" dan hanya duduk setempat mengadap gajet hingga berjam-jam atau sampai terlelap. Jadi ibu bapa akan merasa lebih tenang kerana tidak terganggu dengan teriakan anak-anak.


Namun, tahukah anda sebenarnya perbuatan itu telah membahayakan kesihatan dan perkembangan otak anak anda sendiri? Baca kisah dibawah ini jika anda gemar melakukan perkara yang sama iaitu gemar memberi anak bermain gajet hanya untuk menyenangkan anda.







Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gadget merupakan barang yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya. Ibunya pun senang, kerana tidak perlu membelikan barang mainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya.


Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.


1.Kaku dengan persekitaran
2.Tidak pandai berkawan
3.Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
4.Kurangnya respon bercakap


Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah, anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) hingga berumur 3 tahun.


Khawatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.


Doktor Sahkan punca anaknya kurang bercakap kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak menggenal perkataan ketika bercakap.


Tentu. gadget lah penyebabnya, semenjak dari pada itu, si ibu mulai kurangkan penggunaan gadjet di rumah, katanya Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang yang berada dekat dengannya, dia susah makan, susah tidur.


Naluri seorang ibu mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dan akhirnya memberikan Gadjed semula pada anaknya. Hampir setahun berlalu anaknya yang kini berusia 4 tahun di masukkan kehospital kerana mengalami kondisi Speech delay.


Menurut doktor Shafraan sekarang dalam kondisi Speech delay atau keterlambatan bercakap yang kini berusia 4 tahun 2 bulan. Speech delay adalah bahasa yang di gunakan berkait masalah terlambatnya perkembangan otak dan bahasa pada anak.


Menurut penelitian hanya 5 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah ini, sebabnya adalah kurangnya perkomunikasian antara keluarga serta anak yang selalu berkurung di dalam rumah dan kurang memiliki hubungan dengan dunia luar.


Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar, baru saya sedar saya lah punca” Shafraan jadi begini sebab saya, Saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan, rengekannya, Saya tidak mahu melihat rumah bersepah kerana mainannya. Saya tidak mahu susah dan tidak mahu penat menjaganya itulah kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak satu itu.


Katanya setelah berbincang dengan suami, mereka sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapi Wicara yang di anjurkan doktor dimana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila terapi dilakukan dengan rutin dan di tambah latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi.


Berapa tahun lamanya pun saya tidak kisah, kalaulah waktu boleh di putar kembali, tentu saya akan lebih banyak mengahabiskan masa mengajarnya bercakap dan bermain. katanya.


Bagaimanapun update terkini Ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahwa anaknya itu sudah mulai bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antara yang sudah mula jelas namun belum semua.


Alhamdulillah kini anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon doakan semoga Shafraan segera sembuh, tulisnya lagi.


Bermula saat ini, kurangkan memberi anak-anak anda bermain gajet. Biarkan mereka menangis asalkan mereka membesar dengan cara yang betul. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa sebarkan pada keluarga serta rakan-rakan. - CARI.






Sumber - eberita.org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 02:53 PM | Show all posts
tu la mak bapak zaman la ni..

aku tengok kt kedai makan bg je kat anak2 main telepon

aku mmg menentang anak2 aku di berikan gedget sbb2 seperti berikut la

sian budak2

biaq la budak2 tu nk qeyau pun, biar depa nages, jgn kita nages

pastu buh fesbbuk kata anak spech delay

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 02:57 PM | Show all posts
Kak.Nah.Bosan replied at 19-9-2016 02:53 PM
zaman dulu main tarik upih, mandi sungai, mancing, berkubang dalam paya.. baru la anak2 jadi orang s ...

Best kan dulu2....rindu zaman dulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:33 PM | Show all posts
very true   
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 03:43 PM | Show all posts
adik aku dlu xde plak dimanjakan gajet, tp dia mmg jnis pendiam n xbergaul, jnis cool je, tp panas baran skit
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:25 PM | Show all posts
Banyak yang tak baik kalau dah terlebih guna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2016 04:34 PM | Show all posts
zaman skang sape berani biar anak2 main mcm dulu2 di luar rumah??.. nanti pe2 jadi kat anak dah mak bapak plak masuk jail sebab cuai ikut undang2... persekitaran zaman skang xmembantu byk sgt kes culik n sbgnya...
tp mak bapak lak control la skit ank2 main gajet tu.. time mkn bg le mkn.. bagi main ikut jadual.. xleh nak nafi dlm gajet tu byk app yg leh bantu didik n ajar anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
macam main layang layang.. bila terbang tinggi  sikit kita tarik la balik.  with my kids,  kadang2 bagi. kadang2 sorok. mana nak pantau sangat kan kalau dah tab tu kat tgn depa. aritu bagi kejap utk dia rujuk apps dictionary. now teacher ajar guna kamus tebal, kami pun tarik balik tab tu.. apa pun dengan pantauan, tab ni membantu juga utk perkembangan children. ada anak2 yg can start reading as early as 1 yr old. by 3yo dah boleh baca buku ladybird all by themself...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bobo_beck replied at 19-9-2016 04:34 PM
zaman skang sape berani biar anak2 main mcm dulu2 di luar rumah??.. nanti pe2 jadi kat anak dah mak  ...

Sy berani..tawakkal je la..tp sebelum tawakkal da buat precautions..main kat luar xde la jauh mana.masih dengar kalau menjerit ke..apa ke...sy usaha x ganti kasut, beg tgn, xde make up, xde beli tudung lebih rm25..smata2 nak beli umah bawah..

Bukan nak kata umah flat atau kondo x bagus..cuma sy ni malas teman anak g taman.

Umah bawah sekarang ada la laman depan umah..so sy bg anak2 ay tgkap rama2, simpan dlm botol..tangkap belalang, pepatung..bagi diorang turun longkang tgkap berudu guna tapis teh..

Sbb nak isi masa diorang. Xde gajet langsung..cuma masa raya kalau bercampur dgn spupu..jakun la..melekat kat bahu spupu tu tgok diorang main game..

Masa tu..sedih ada..sbb nmpak anak mcm menumpang sgt gajet org.

Marah ada sbb bdk2 tu mnyebabkan anak2 jd mcm jakun menghimpit je..

Marah dgn mak pak bdk tu pun ada..nak je ckp "bleh x ko jgn bg tablet kat anak ko dpn anak aku.." huhu

Sebab 1st raya kot..bawa tablet atas meja mkn pg2 lg..lps org balik smayang raya..

Adoi..nak bg gajet pun tgok2 la masa sama..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:25 PM | Show all posts
Edited by ahnafnia at 19-9-2016 10:27 PM
ninnakarinna replied at 19-9-2016 06:44 PM
Sy berani..tawakkal je la..tp sebelum tawakkal da buat precautions..main kat luar xde la jauh mana ...

kita sama
kalau cuti menempel kat sepupu mcm tak pernah jumpa



  • bagi anak main tapi limit .. sehari sejam jer saya ckp macam yaya (boboiboy )


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ahnafnia replied at 19-9-2016 10:25 PM
kita sama
kalau cuti menempel kat sepupu mcm tak pernah jumpa


Mcm tu xpe..sy pun bg jgk diorang tgok cartoon n lagu kat ytube guna smartfon sy la..japgi kang buta it plak anak2.. At least dia tau la perkembangan..cuma x nak bg addicted..

Anak buah sy addicted smpai kak sy kalah la..ksian nmpk mcm kena buli dgn anak..huhu..

Kalau kat korea..bdk2 yg addicted game atau internet dia ada kem pemulihan..kat malaysia ni japgi ada la tu. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols anaknya pandai bercakap sbb tgk youtube yg interactive ... Kat fon pun download pink fong punye apps. Bgs utk anak3.. Iols nnt pun ingt nk jugak download app tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:09 PM | Show all posts
ninnakarinna replied at 19-9-2016 10:39 PM
Mcm tu xpe..sy pun bg jgk diorang tgok cartoon n lagu kat ytube guna smartfon sy la..japgi kang bu ...

mmg kena jugak bagi sbb teknologi ni utk zaman diorang .... tapi kena ada limit
kena pantau ..


tak boleh guna alasan bg diorang main gadget ni sbb taknak kacau kita keje


mcm iols byk bagi syarat nak main tu ..
bukan main bagi jer walaupun satu jam tetap ada syarat2




Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ahnafnia replied at 19-9-2016 11:09 PM
mmg kena jugak bagi sbb teknologi ni utk zaman diorang .... tapi kena ada limit
kena pantau ..
...

Mcm ni bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2016 11:15 PM | Show all posts
weng...................

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 09:16 AM | Show all posts
parents pemalas yg mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2016 09:16 AM | Show all posts
kena bg limit... mula2 mmg susah nk seperate bdk2 dgn gadget but must be firm and slowly mereka bole biasakan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Yup..sebagai cikgu..dah nmpk banyak kesan gajet ni pd bdk2 skolah..yg remaja layan game smpai 3 pg..bila bgtau parents dia..siap bleh jwb lg..sy mampu bg apa yg dia nak..adoi..tau la keje engineer bagus..bukan cikgu cabuk kan..tp anak tu nak spm..

Boleh dibiar anak tu main game sampai x dtg skola..kalau dtg skola pun tido..sbb ngantuk dr mlm main game je
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 09:59 AM | Show all posts
bukan x boleh bagi main lgsg gadjet ni tapi kena pepandai kontrol.. aku bg anak aku main time cuti blk kg je... tu pun x caj bateri dah lps gadjet tu abis bateri.. time nak blk umah sendiri, aku tinggal gadjet tu kat kg... memula mmg diorg mintak nak bw balik, tp aku mmg x bagi... tambah plak mck diorg yg garang tu pun mintak nak simpankan gadjet tu lagi la diorg x berani nak mintak sgt.. semua pasrah je serah gadjet kat mck
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2016 10:28 AM | Show all posts
jgn kata budak2 or kanak2.. yg org tua pun aku tgk kaku dah memasing. x reti bgaul ngn sesapa. duk meja mkn sibuk ngn fon. bila bercakap, mata ngadap fon. seolah2 kalau stop seminit main fon tu, mati gamaknya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 2.145789 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list