Kereta terbang yang muncul dalam kisah Harry Porter rupa-rupanya ada kebenarannya.
Baru-baru ini, sekumpulan ahli bomba dari Jerman dikatakan telah meletak hos pemadam api pada sebuah kereta merah, sebelum bertindak membuka semula hos air tersebut.
sumber foto: www.dailymail.co.uk
Hos pemadam api yang berkuasa tinggi serta-merta memancut air yang kuat sehingga pada mulanya kereta merah tersebut terangkat naik di sebelah bahagian, kemudian seluruh kereta dilambung naik, kelihatan seperti kereta yang boleh diterbangkan di langit, amat menakjubkan.
Kumpulan ahli bomba itu turut kelihatan membuat kawalan yang sedaya upaya ke atas tali yang disambungkan pada kereta tersebut supaya boleh menarik semula kereta itu kembali ke atas jalan.
sumber foto: www.dailymail.co.uk
Video tersebut setelah dimuat naik di laman media sosial, berjaya menarik perhatian pelbagai pihak. Rata-rata memuji kumpulan ahli bomba berkenaan pandai mengimbangi tekanan tugasan menyelamat yang dihadapi semasa kebakaran berlaku dengan melakukan aktiviti yang menghiburkan diri dan masyarakat. - CARI
Post time 13-9-2016 08:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau. Ust kat sini mampus lah abam bomba semua kena hamun. Salah guna harta kerajaan katanya... Padahal perkara spt .i adalah proses meningkatkan skill dan kemahiran pengawalan juga. Dalam masa sama....