CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8405|Reply: 68

Redha menang 3 anugerah di Rusia

[Copy link]
Post time 13-9-2016 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Redha Menang Tiga Anugerah Di Festival Filem Rusia
PETALING JAYA: Filem Redha arahan Tunku Mona Riza sekali lagi mencipta sejarah apabila memenangi tiga anugerah di Festival Filem Antarabangsa Kazan yang berlangsung di Kazan, Rusia pada Isnin.
   


Naskah berkenaan meraih dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pengkritik Filem Rusia dan Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi.

Redha turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh tiga peneraju utama karya tersebut iaitu Nam Ron, Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef.

Pada Julai lalu, Redha yang mengangkat kisah tentang kanak-kanak autisme turut memenangi dua anugerah di Festival Filem Filipina 2016 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Filem itu meraih anugerah dalam kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan aktres Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri.

Isteri kepada pelakon Namrom ini dipilih memenangi anugerah tersebut berdasarkan watak seorang ibu yang penyayang dalam menghadapi pelbagai cabaran membesarkan anaknya yang menghidap autisme.

Anugerah Khas Juri diterima oleh Tunku Mona yang berjaya mengetengahkan emosi dalam filem tersebut sehingga sampai kepada penonton.

Redha telah ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia pada 14 April 2016 lalu dan diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd.

Filem ini turut menampilkan barisan artis Namron, Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak-kanak autisme, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.

Dalam perkembangan sama, Redha turut tersenarai sebagai calon bagi Anugerah Merit di Festival Filem Kesedaran Los Angeles 2016 yang akan berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober depan.

- mStar Online


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 12:33 PM | Show all posts
tahniah..semoga masyarakat Malaysia akan menyokong filem berat/kemsayarakatan/kemanusiaan.
Tahun 90 kebawah banyak je filem kemanusiaan.masyarakat dibintangi oleh artis terkenal tapi sejak 2000an..dunia perfileman dikuasai MIG maka banyak tol filem sampah yang dilakonkan oleh pelakon2 yang takde gred langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 12:35 PM | Show all posts
Tahniah...
terbaik film ni...

sempat tak untuk hantar ke pencalonan OSCAR 2017..



* nape tak hantar filem yang baru2 ni menang FFM filem munafik atau mat motor ke pertandingan di russia
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu waktu redha tayang kat sini iols tak sempat tengok. Pegi cinema tengok ade pukul 630 pm je. Tak dapat tengok takut tak sempat maghrib. Rasanya dia tayang seminggu ke dua minggu je kan. Sedih betul
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 12:42 PM | Show all posts
festival filem macam ni normally movie dorang by invitation, bukannye sebab malaysia hantar ke bende...silap2 geng2 dorang jugak yang promote to be invited utk screening kat festival2 kat luar sana..

oscars tu tak payah la cite.. malaysia tak willing lagi nak keluarkan duit tu appoint distributors kat US sana... filem luar negeri ke America ni lain, kite membayar utk di siarkan bukan dibayar utk disiarkan.. unless kalau malaysia ni mmg powerhouse country yang produce film2 berkualitu macam europe, japan ke iran ke, then the story changes.

Anyway tahniah redha.. ni la cite yang aku rasa, tak pernah nak buat controversi macam cite Pekak Badak tu.. tak payah nak rogol2 bagi tayang bebende tak helok utk orang, tapi still orang acknowledged.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Redha , mengharumkan nama negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2016 02:30 PM | Show all posts
TAHNIAH SIS...
ADE KENA MNGENA DGN MNE2 KERABAT KE DIA NI
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:33 PM | Show all posts
tahniah buat Redha dan teamnya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 02:36 PM | Show all posts
Sepintas lalu baca tajuk benang, ai tot Mat redho. Maapkan ai


Apa pun, tahniah REDHA. Mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..tp akubxtgk lg film ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 02:44 PM | Show all posts
espri6006 replied at 13-9-2016 12:33 PM
tahniah..semoga masyarakat Malaysia akan menyokong filem berat/kemsayarakatan/kemanusiaan.
Tahun 90 ...

Sedihkan filem mcm sampah n di lakonkan pelakon sampah selalu menang anugerah.. filem bagus mcm redha & pekak tak pernah dapat anugerah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:31 PM | Show all posts
tahniah kak mona!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:35 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 13-9-2016 12:42 PM
festival filem macam ni normally movie dorang by invitation, bukannye sebab malaysia hantar ke bende ...

Filem Filipina baru baru dapat anugerah kat venice filem ...

dan dah masuk pencalonan awal OSCAR 2017...tak tahu sangkut ke tidak OSCAR 2017


tahniah Filipina...

negara hura hara pun mampu buat filem bagus
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah....iol pun belum tengok,kejap sangat tayangan kat cinema sini
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:38 PM | Show all posts
bangga membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:38 PM | Show all posts
harap harap next year 2018 adalah filem MALAYSIA sangkut kat OSCAR 2018

OSCAR 2017 filipina dah tersenarai calon awal..



AND THE PREDICTED NOMINEES ARE
“The Salesman” – IRAN
“Toni Erdmann” – GERMANY*
“Between Sea and Land” – COLOMBIA
“From Afar” – VENEZUELA*
“Elle” – FRANCE

OTHER TOP-TIER CONTENDERS
“Junction 48” – ISRAEL
“The Lure” – POLAND
“Sand Storm” – ISRAEL
“Ma’Rosa” – PHILIPPINES
“Barakah Meets Barakah” – SAUDI ARABIA*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2016 03:43 PM | Show all posts
tahniah.
mujur masih ade filem malaysia yg takde kaitan dgn rempit or hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 03:59 PM | Show all posts
tahniah. semoga ramai lg produser yg akan menerbitkan filem2 yg bermutu.
dah boring dgn filem2 sampah mig dan yg sewaktu dgn nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 04:04 PM | Show all posts
wow tahniah redha! baru macam nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2016 04:17 PM | Show all posts
min pun tk sempat nk tgk redha ari tu... minat ngan nadya nisaa.. lama dh ig dia tk update, since keguguran ari tu... apa kabar la agaknya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.119203 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list