bagi pandangan aku surah al mulk adalah suatu surah yang membahaskan kebesaran pemerintahan dia yang maha tinggi.
ia bersifat terlalu pemurah ,sebagaimana firman dia "lihatlah burung burung yang terbang diangkasa,bagaimana dia menahan burung burung tersebut dari jatuh"
kesemua makhluk,tumbuh tumbuhan,planet bintang bintang sehingga ke manusia,tidak ia ciptakan hanya main main atau kosong sebaliknya kesemuanya ada hikmah yang tersendiri.
sebagaimana firmannya "yang menjadikan hidup dan mati,untuk dia menguji kepada kita yang berakal yang ia kurniakan kepada kita pendengaran,penglihatan serta hati samaada kita mensyukurinya atau sebaliknya"
firmannya lagi "maka lihatlah oleh mu langit langit yang tidak bertiang,tidak ada yang menahannya dai jatuh melainkan dia"...
aku memandang mesej dari surah al mulk ini,lebih kepada penekanan kepada ketundukan patuh kepada pemerintahannya....mala pertaka boleh berlaku dimana mana sahaja ...