Zahid berkata beliau yakin cadangan itu tidak mungkin diterima oleh parti-parti pembangkang.
BAGAN DATOH: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukanlah semudah yang disangkakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Walaupun sifat pemaaf itu harus ada pada seseorang yang berjiwa besar, yang dikatakan luka lama telah sembuh, tetapi mustahil tidak ada parut yang tertinggal.
"Jadi, atas parut itulah saya yakin cadangan berkenaan sukar diterima bagi menyatukan semua parti dalam satu wadah... ini kerana tokoh berkenaan juga menyebabkan parti-parti berkenaan masih berduka dan ada parut politik," katanya pada sidang media.
Menurutnya walaupun 'perkahwinan' politik bakal dijalinkan, ia hanyalah berbentuk sementara bagi mencapai tujuan pemimpin berkenaan.
"Janganlah ia dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk mencapai sesuatu tujuan kerana keikhlasan politik itu jelas dari tindakan yang dilakukannya.
"Ramai yang melihat tindakan tersebut semata-mata untuk mencapai tujuan seseorang dan diuruskan oleh orang lain, seolah-olah memperlihat adanya kesatuan dalam kalangan pimpinan parti berkenaan,"katanya.
Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan pada Isnin apabila buat pertama kali bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 18 tahun tidak bertemu. Pertemuan bersejarah itu berlaku apabila Dr Mahathir hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan permohonan injuksi sementara yang difailkan oleh Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara. - CARI
Post time 10-9-2016 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jangan hidup macam tak berTuhan.....jangan berangan menongkat langit macam diri tak kan mati...
Dan jangan ingat sejarah ditempat lain tak kan terjadi di tempat sendiri..
Mana dominan parti di Indonesia sekarang?? Mana Golkar?
Tu hanya sedikit contoh buat renungan. Kalau majoriti rakyat dah membenci...dan kalau Allah swt izinkan....tiada yg boleh menghalang kejatuhan UMNO nanti.
Bukan Mudah Tun Mahathir, Pembangkang Nak Tumbangkan BN saya setujukk tu Dato TPM kerana punca utama kejatuhan BN adalah menteri2 rakus dan politikus cam korang le...