Oleh Izzah Abbasy
Ramai para wanita sudah mengetahui mengamalkan sapuan ais atau air batu pada kulit wajah mampu menyerikan dan menyegarkan wajah yang kusam selain mencantikkan wajah.
Tapi kali ini nak kongsikan dengan anda bahawa ais bunga atau ais yang mengandungi bunga di dalamnya sangat bagus untuk permukaan kulit dan ia dapat melembapkan kulit secara berkesan jika diamalkan selalu.
Berikut khasiat penting jika anda menggunakan kiub ais bunga pada kulit wajah!
Khasiat ais bunga :
1. Boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit muka dan akan kelihatan bercahaya secara semulajadi.
2. Membantu mengurangkan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat.
3. Boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata.
4. Boleh kecilkan pori-pori sebelum memakai mekap.
5. Menghalang kedutan wajah.
Cara nak buat kiub ais bunga ini mudah sahaja. Sama seperti membuat kiub ais di rumah. Bezanya anda perlu letakkan bahan seperti air mawar, rose essential oil, kelopak bunga dan air yang telah dididih selama 2 hingga 3 minit. Selamat mencuba. - CARI
|