View: 2662|Reply: 15
|
Tenangnya Bercuti Di Batu Batu Resort Mewah Pulau Tengah Mersing, Sangat Cantik!
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Masih banyak rupanya tempat yang cantik dan tenang di Malaysia. Namun, tidak ramai yang mengetahui dan menikmati keindahan disebaliknya. Bukankah itu dinamakan rugi?
Seakan tersembunyi, umpama ‘lonely planet’ dengan gaya hidup mewah, di Pulau Tengah Mersing ini ada rahsia resort terbaik yang mungkin anda mahu cuba. Ia dinamakan sebagai Batu Batu Resort Mewah di Pulau Tengah Mersing yang menjadi idaman percutian orang Eropah dan pelancong luar negara yang lain.
Batu Batu merupakan lokasi percutian mewah untuk anda cuba dengan pengalaman penginapan berkonsepkan alam semulajadi, pemandangan pulau dan laut yang sangat cantik, aktiviti laut yang menakjubkan serta suasana yang tenteram dan damai.
Terletak tidak jauh dari lokasi Pulau Rawa Mersing, hanya sekitar 15 minit perjalanan dengan Bot dari Jeti Pulau Rawa atau sekitar 30 minit perjalanan dari Jeti Mersing, anda akan melihat pulau kecil yang begitu cantik, hijau dan biru saling berganti hingga memukau mata sesiapa sahaja.
Binaan jeti yang sangat kemas, jambatan menuju ke resort Batu Batu, pusat aktiviti sukan air di Pulau Tengah dan juga laluan ke Pusat Pemuliharaan Penyu di sini memang dijaga sebaiknya.
Batu Batu Resort di Pulau Tengah ini hanya mempunyai 20 villa yang mempunyai satu bilik tidur (one bedroom) dan 2 villa yang mempunyai 2 bilik tidur (two bedrooms). Tempat memang terhad, oleh itu tempahan awal untuk menginap di sini adalah dialu-alukan untuk mengelakkan anda dari terlepas pelunag bermalam di sini.
Waktu cuti anda akan betul-betul berkualiti dan ‘priceless’ untuk selama anda bercuti di Batu Batu Resort di Pulau Tengah Mersing ini. - CARI
Sumber : Mr Jocko & Backpakerz
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya.. berapa rate dia?
Dah boleh menabung ni |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 tgk kat pic mmg cantek bila g sana xde la cantek sgt hurmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bersih dan kebiru-biruan lautnya |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa nya pulau2 mcm ni rate 1 mlm mesti mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm mahal, paling murah RM2,014 untuk dua malam.
Bawah pulau tu ada Pulau babi Besar, kita ke situ je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Waahhh!!Cantik yer pantai... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe cantik bolehlah pergi nanti
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|