CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 15-1-2020 02:46 PM | Show all posts
Wah ada cerita baru. Thanks Dani.
Selamat tahun baru 2020 semuaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2020 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
izinkan saya sponsor 4 cerita dalam thread ni ya TT.

Kisah Pelik Tentang James "Mike" DeBardeleben



Pada awal 1980-an, terdapat satu Badan Rahsia yang ditugaskan untuk menyiasat satu operasi palsu (berkenaan bil-bil palsu, invois palsu dan sebagainya), dikendalikan oleh seorang individu dan penyebaran lakaran wajah suspek rancak diedarkan di kedai-kedai sekitar bandar tersebut.

Secara kebetulan, ketika pegawai-pegawai tersebut sedang asyik mengedar risalah-risalah dan lakaran suspek di sebuah restoran, salah seorang di antara mereka perasan tentang tindak tanduk seorang lelaki yang mencurigakan. Lelaki itu didapati menghulurkan bil palsu pada kaunter kononnya untuk membuat pembayaran.

Menyedari tingkah lakunya diperhatikan, lelaki tersebut melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai Badan Rahsia tadi. Lelaki itu diheret hingga ke keretanya dan apa yang memeranjatkan, dia telah mendedahkan beberapa perkara yang membuatkan pegawai-pegawai itu terkesima. Ini secara tidak langsung menjadikan jenayah yang dilakukannya sangat serius.

Pegawai-pegawai badan rahsia itu telah menemui sebuah beg bagasi yang dipenuhi dengan beribu-ribu wang palsu, video-video lucah, pelbagai jenis dadah, plat-plat kereta yang disyaki dicuri, lencana polis palsu, lampu-lampu yang digunakan oleh polis dan pelbagai barangan yang dibeli dengan wang tunai palsu. Siasatan lanjut membawa mereka berdasarkan penemuan nama-nama palsu yang digunakan OKT ke sebuah apartmen.

Pegawai-pegawai tersebut termangu-mangu dan sedikit kecewa apabila bukti yang diharapkan langsung tiada kena mengena dengan kes yang mereka siasat. Di dalam apartmen tersebut terdapat sebuah penjara mini yang dilengkapi dengan alatan penyeksaan. Selain itu, mereka telah menemukan lebih banyak wang tunai, gari, lencana-lencana polis, nama dan beberapa alamat wanita dan pelbagai kegiatan seksual dan penculikan.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga menemukan collar chocker, dildo, KY Jelly, tali-tali kasut dan pita-pita (vhs) tentang penyeksaan seksual terhadap wanita-wanita yang tidak dikenali. Pita-pita itu memaparkan seorang wanita yang diseksa dengan alat sulit dan duburnya dirodok dengan besi panas sehinggakan wanita itu merayu untuk ditamatkan nyawanya.

Kes ini telah diambil alih oleh pihak polis di bandar itu. Pihak polis telah mengenal pasti lelaki tersebut sebagai James Mitchell DeBardeleben II yang mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes penipuan, liwat, penculikan dan cubaan membunuh.

James Mitchell DeBardeleben II


Profil James kemudiannya dikemaskini hasil siasatan polis daripada seorang suspek baru, iaitu pembantunya. Suspek terlibat dengan pelbagai jenayah iaitu merogol, pembunuh bersiri dan seksual sadistik. James juga dipercayai menculik beberapa orang wanita dan menjadikan mereka sebagai tahanan, merogol, menculik dan meliwat mereka tanpa belas kasihan. Kemudian ada di antara mereka ditinggalkan di sebuah tempat asing dan ada juga yang dibunuh dengan kejam. Antara modus operandi James dan pembantunya, mereka berusaha untuk menyamar sebagai anggota polis bagi memancing mangsa.

Beberapa orang bekas isterinya juga hadir bertemu ejen yang menyiasat akan kes ini. Rata-rata mereka menyatakan pelbagai bentuk perbuatan seksual ganas dan pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan kepada mangsa oleh James. Pun begitu, ternyata rekod laporan yang mencetuskan penyiasatan yang lebih serius terhadap kes ini adalah dengan penyaluran maklumat daripada isteri keempatnya, wanita tersebut yang menjadi sumber rujukan James untuk menyiapkan skrip penyeksaan gilanya.

James "Mike" DeBardeleben telah disabitkan atas pelbagai tuduhan penculikan, rogol dan penipuan tetapi terlepas daripada tuduhan membunuh. Dia dijatuhi hukuman penjara lebih 300 tahun dan hukuman yang panjang ini sebagai alasan untuk mengelakkan beberapa buah negara yang ingin campur tangan dalam kes tersebut.

James tidak pernah mengakui sebarang jenayah yang dilakukan sepanjang hidupnya dan pada tahun 2011, penjenayah sadistik bangsat ini telah meninggal dunia pada usia 74 tahun. Motif sebenar jenayah terancang yang dilakukan oleh James tidak diketahui sehingga hari ni namun pihak berkuasa tempatan mengesyaki dia pernah membunuh mangsa-mangsanya dengan keadaan yang sadis sayangnya mereka tiada bukti kukuh untuk menyabitkan kesalahan itu terhadap James.



Fakta Sisipan


James DeBardeleben dilahirkan pada 20 Mac 1940 di Little Rock, Arkansas.

Hidupnya sekeluarga berpindah randah disebabkan bapanya seorang Navy di Amerika Syarikat.

Pernah tinggal di Texas, Kentucky dan Jerman.

Pada usia 16 tahun, dia secara fizikal menyerang ibunya, Mary Lou.

Tidak lama selepas itu, dia kemudiannya ditangkap atas beberapa jenayah serius, termasuk kecurian, liwat, penculikan, dan cubaan membunuh.

Apabila usianya mencecah 17 tahun, dia ditangkap kerana memandu melulu dan diusir dari sekolah menengah.

James pernah menyertai Angkatan Udara, tetapi diheret ke mahkamah tentera pada tahun berikutnya atas beberapa kesalahan ketika dia dalam 2 bulan perkhidmatan, dipenjara dan dikenakan denda sebanyak 155 dolar.

Tidak lama selepas itu James ditamatkan perkhidmatannya serta merta oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pernah membuat rayuan untuk kembali le sekolah menengah namun, dibuang selepas dua bulan.<<< terejal hanat ni ya.

DeBardeleben bertemu dengan Wanda Faye Davis. Dia mula memikat Wanda dan kedua-duanya berkahwin pada September 1964.

Wanda memuji-muji James, dia seorang yang romantik, berkarisma, kemas dan manis berbicara.

James memujuk Wanda untuk mengambil gambar bogelnya dengan aksi-aksi seks BDSM (Bondage/ Discipline / Dominance / Submission / Sadism / Masochism).

James mengugut Wanda untuk bekerjasama dengannya sebagai rakan jenayah. Wanda isteri keempatnya itu terpaksa akur kerana takut dengan tindakan James yang brutal, ganas dan tidak berperikemanusiaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Magdalena Solis Si Dewi Inca Moden



Pada akhir 1962 dan awal 1963, penyangak Santos dan Cayetano Hernandez (bersaudara), tiba di kampung kecil yang dikenali sebagai Yerba Buena.

Pada ketika itu Yerba Buena dihuni oleh lima puluh penduduk yang miskin dan kebanyakannya buta huruf, buta seni, buta perut, buta hati dan seumpamanya.
Sebagai sebahagian daripada penipuan, penyangak bersaudara itu telah mengisytiharkan diri mereka sebagai nabi dan para wali daripada "tuhan-tuhan Inca yang maha kuasa dan diasingkan" di hadapan umum. Penduduk kampung itu tidak pernah mempersoalkan mereka, malah mereka menyambut penyangak-penyangak tersebut dengan tangan terbuka, terutama apabila mereka dijanjikan ganjaran emas dan harta karun jika mereka taat, menyembah dan memberikan perkhidmatan seksual kepada Santos dan Hernandez. Maka mazhab baru telah diperkenalkan di Yerba Buena!

Penyangak bersaudara itu mendakwa harta karun Inca kononnya disimpan di dalam sebuah gua berdekatan desa Yerba Buena. Maka berpusu-pusulah penduduk-penduduk kampung dongok ini ke gua tersebut. Mereka terlebih dahulu diberikan dadah dan setibanya di dalam gua, Hernandez Bersaudara mengambil kesempatan dengan menjalankan pesta seks beramai-ramai, mereka dijadikan hamba seks sementelah pula dalam keadaan khayal. Malangnya, penduduk-penduduk kampung masih belum mendapat ganjaran harta karun yang dijanjikan. Mereka sudah mula rasa curiga dengan Hernandez Bersaudara ....

Dua penyangak itu gusar akan rancangan jahat mereka terdedah lantas mereka mencipta idea baru dengan bergegas ke Monterrey untuk mencari seorang pelacur sebagai watak baru dalam "cerita" kotor mereka. Di Monterrey mereka bertemu dengan Magdalena Solis bersama abangnya, mereka bersetuju dengan pelawaan Hernandez Bersaudara dan bersama-sama menuju ke Yerba Buena semula.

Semasa salah satu ritual gua dijalankan, menggunakan skrin asap, Hernandez Bersaudara memperkenalkan Solis sebagai penjelmaan semula dewi Inca. Di bawah pengaruhnya, ritual-ritual itu menjadi lebih parah dan sesat kerana Solis menjadi ekstrem dengan pengambilan darah dan sadomasisme (kecenderungan psikologi atau amalan seksual yang dicirikan oleh sadism dan masochism).

Bunuh Dengan Penyeksaan


Magdalena akhirnya mengambil alih kepimpinan dalam gerakan ini. Ini adalah permulaan tragis yang sebenar bakal menimpa penduduk kampung tersebut . Dua penduduk kampung, yang gusar dengan penderaan seksual, mencuri-curi keluar meninggalkan Yerba Buena namun perbuatan mereka telah dihidu terlebih dahulu oleh Solis dan Henandez Bersaudara. Maka mereka dibawa kepada "High Priest" (Solis) untuk diadili. Hukuman Solis adalah jelas dan mudah : Mereka dihukum mati !!!

Selepas berlakunya pembunuhan pertama tersebut, jenayah kultus itu semakin berkembang dan menjadi lebih ganas. Bosan dengan ritual seks beramai-ramai, Solis menggila dengan menuntut pengorbanan nyawa manusia. Dia mencipta satu "Upacara Berdarah" iaitu ahli-ahli kultus yang tidak bersetuju dengan ritual dan amalan mereka akan dipukul dengan kejam, dibakar, dicacatkan anggota badan dan direjam kerikil-kerikil tajam oleh ahli kultus yang lain tanpa belas ehsan.

Darah-darah mereka yang telah mati akibat diseksa dengan teruk ditadah dengan cawan yang dicampur dengan darah ayam (ritual juga termasuk pengorbanan haiwan dan penggunaan narkotik seperti ganja dan peyote). Solis memulakan upacara itu dengan meneguk secawan darah yang terhidang di hadapannya kemudian dia menyerahkan kepada pembantunya (Hernandez Bersaudara dan Eleazar Solis) dan begitu juga dengan ahli-ahli kultus. Ritual karut ini kononnya sebagai kuasa tambahan yang akan hadir pada tubuh badan mereka secara semula jadi.

Ritual ini berlangsung selama enam minggu secara berterusan pada tahun 1963, satu tempoh di mana 4 orang telah mati dibunuh dengan kaedah yang kejam. Sehinggalah ritual terakhir mereka iaitu melapah dada ahli-ahli kultus hidup-hidup lalu hati mereka dikeluarkan !!!

Rentetan Pendakwaan dan Perbicaraan


Pada bulan Mei 1963 apabila seorang penduduk tempatan berusia 14 tahun, Sebastian Guerrero, secara kebetulan menyaksikan salah satu upacara yang sedang berlangsung. Dia ketakutan.

Sebastian berlari lebih dari 25 km menuju bandar Villa Gran dan mencari balai polis terdekat.

Keesokan harinya, seorang pegawai penyiasat (Luis Martinez) menghantarnya pulang ke Yerba Buena dan pada masa yang sama Luis menyiasat kultus yang diterjemahkan oleh Sebastian sebagai Vampire. Dan ...

Itu adalah hari terakhir Sebastian Guerrero dan Luis Martinez dilihat hidup !!!

Pada 31 Mei 1963, polis dan segerombolan tentera dikerah untuk operasi di Yerba Buena itu. Eleazar dan Magdalena Solis ditangkap di sebuah ladang di bandar itu, mereka didapati memiliki sejumlah besar dadah jenis ganja. Santos Hernandez pula ditembak oleh peluru polis dalam operasi penangkapan ini. Manakala Cayetano Hernandez dibunuh oleh salah seorang ahli kultus, yang digelar Yesus Rubio dalam krisis perebutan pangkat High Priest sebagai perlindungan mutlak daripada terkena Upacara Berdarah yang dijalankan oleh Solis, Si Dewi Inca.

Dalam siasatan berikutnya, pihak berkuasa mendapati penemuan mayat-mayat Sebastian Guerrero dan Luis Martinez di mana badan mereka diukir simbol-simbol ritual dengan menggunakan pisau belati. Mayat-mayat mereka dijumpai di sebuah ladang di mana saudara-saudara Solis ditangkap (mereka telah menghapuskan hati Sebastian dan Luis mengikut upacara pengorbanan Aztec). Polis juga menemukan mayat ahli-ahli kultus yang telah dicerai-ceraikan anggota badan mereka di sekitar gua-gua di kampung itu.

Magdalena dan Eleazar Solis dijatuhi hukuman 50 tahun penjara kerana kononnya mereka hanya terlibat dalam dua pembunuhan (Sebastian dan Luis), pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan penyertaan mereka dalam enam lagi siri pembunuhan kerana semua anggota kultus yang ditahan enggan memberi keterangan terperinci.

Ramai anggota kultus ditembak dalam operasi tersebut, mereka bersenjata dan dengan keras mereka mengekang pihak polis dan tentera daripada menerobos ke dalam gua. Ahli-ahli kultus yang ditahan dihukum penjara selama 30 tahun atas enam pertuduhan membunuh dalam bentuk "pembunuhan secara berkumpulan".

Selang beberapa tahun kejadian yang menimpa Yerba Buena itu, beberapa bekas ahli-ahli kultus mula berani bercerita tentang kultus dan penindasan yang mereka lalui dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Amelia Dyer Si "Pemakan Bayi"



Pada Januari 1896 Evelina Marmon melahirkan bayi perempuan di sebuah asrama tempat tinggalnya di Cheltenham, England. Bayi itu hasil hubungan terlarang. Evelina yang berusia 25 tahun ketika itu hanyalah bekerja sebagai seorang pelayan bar. Walaupun menyayangi bayi itu, dia tau sangat sukar untuk dia membesarkan anaknya seorang diri. Apatah lagi zaman itu, wanita yang hamil tanpa berkahwin akan dicemuh dan dipulaukan.

Mahu tidak mahu Evelina terpaksa menyerahkan bayinya yang diberi nama Doris Marmon kepada orang lain. Kebetulan ketika itu dia terlihat iklan di dada akhbar. Pengiklan bernama Mrs. Harding mengiklankan khidmatnya menjaga anak-anak luar nikah atau yang tidak bernasib baik. Pada zaman itu, banyak perkhidmatan sebegini disediakan. Mereka menawarkan jagaan untuk bayi-bayi luar nikah atau yang tidak bernasib baik dengan kadar bayaran tertentu.

Tanpa berlengah, Evelina menghubungi Mrs. Harding dan membuat satu tawaran. Dia bercadang untuk meninggalkan Doris kepada wanita itu buat sementara waktu. Apabila dia sudah stabil, dia akan mengambil kembali anaknya itu, begitulah rancangan Evelina. Satu pertemuan diatur dan Mrs. Harding datang ke Cheltenham. Evelina agak terkejut kerana wanita itu sebenarnya agak berusia daripada jangkaannya. Pun begitu, melihat kemesraan Mrs. Harding dengan bayi kecil, Evelina terpaksa melepaskan Doris yang berusia empat bulan ke tangannya untuk dijaga dengan bayaran 10 pound. Evelina tekad dengan keputusannya dan sampai satu masa dia akan mengambil semula Doris. Namun satu perkara yang dia tidak tahu, saat dia menyerahkan Doris ke tangan wanita tua itu bersama sekotak pakaian bayi, itulah kali terakhir dia melihat anaknya bernafas !!!

Siapa Mrs. Harding?


Nama sebenarnya adalah Amelia Elizabeth Dyer, lahir pada tahun 1837. Beliau seorang bekas jururawat , pernah berkahwin namun berpisah dan punya dua orang anak. Amelia terkenal sebagai pembunuh bersiri profilik dalam sejarah era Victoria Britain. Beliau mengiklankan khidmat mengambil anak angkat untuk bayi-bayi yang tidak mahu dijaga ibu mereka dengan bayaran tertentu. Sayangnya, bayi-bayi yang diambilnya bukanlah untuk dijaga tetapi dibunuh dengan kejam !!!

Apa Jadi Dengan Doris Marmon?


Amelia dengan berpura-pura menggunakan nama samaran Mrs. Harding menaiki kereta api membawa Doris ke Paddington , London. Dia kemudian menuju ke sebuah rumah bernombor 76 di Mayor Road. Di muka pintu seorang wanita muda berusia 23 tahun sedang menunggu. Wanita itu bernama Polly, anak Amelia. Setibanya di dalam rumahnya itu, Amelia segera mencapai segulung pita fabrik putih yang sering digunakan dalam pembuatan baju. Pita itu kemudiannya dilingkarkan ke leher Doris dua kali. Lalu ia diketatkan dengan kuat dan disimpul mati. Doris, bayi perempuan yang berusia itu hanya mampu terbeliak, tercungap nafasnya sehingga mukanya kemerahan dan selang beberapa minit kemudian bayi itu terkulai layu. Mati.

Kedua-dua beranak itu kemudian membungkus mayat Doris di dalam kain. Dan keesokan harinya pada 1 April 1896, Amelia keluar semula untuk menjalankan operasi jahatnya dan pulang ke rumah seperti kebiasaannya. Kali ini dengan membawa bayi yang berusia 13 bulan, Harry Simmons. Prosesnya sama seperti semalam, tetapi kali ini Amelia kehabisan tali pita. Lalu dia menanggalkan pita yang masih terlekat di leher mayat Doris, lantas digunakan untuk menjerut leher Harry pula.

Keesokannya, 2 April, Amelia membungkus kedua-dua mayat bayi itu ke dalam sebuah beg yang turut diisi batu sebagai pemberat. Amelia menuju ke sebuah empangan di Reading, lalu mencampakkan beg tersebut ke sungai Thames, sungai utama yang mengalir di Selatan England. <<< qu xia di yu chee bye ta maaa de pukitiau lu~

Ketika melakukan perbuatan kejam itu, Amelia belum sedar kegiatannya sudah mula terbongkar. Pada 30 Mac sebuah bungkusan aneh telah ditemukan di sungai Thames. Ia berisi mayat bayi perempuan yang kemudian dikenal pasti sebagai Helena Fry. Siasatan polis membawa mereka ke rumah Amelia dan akhirnya menahan wanita itu pada 4 April. Hasil siasatan mendapati wanita ini telah lama melakukan jenayah ini dan sering berpindah randah. Malah dianggarkan Amelia telah membunuh lebih 400 bayi sepanjang lebih kurang sedekad dia menjalankan kegiatan ini.

Dalam bulan April itu juga, enam lagi mayat lain ditemui di sungai tersebut, termasuk dua mayat terakhir yang dibunuhnya iaitu Doris Marmon dan Harry Simmons. Bayi-bayi yang ditemui semuanya masih mempunyai pita putih yang mengikat leher mereka, yang disebut Amelia sebagai 'tanda pengenalannya'. Daripada penemuan mayat tersebut itu juga, polis menghubungi Evelina Marmon untuk pengecaman mayat Doris. Luluh hati ibu muda itu apabila melihat bayi yang baru ditinggalkannya selama 11 hari kembi kepadanya berupa mayat yang sudah kembung.

Mahkamah tidak mengambil masa yang lama untuk mendakwa Amelia. Juri hanya mengambil masa selama empat setengah minit untuk mendapati Amelia bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Sepanjang menunggy tarikh dan akan digantung di penjara, Amelia sempat menulis amtara jenayah yang dilakukannya dalam beberapa buah buku. Dia akui turut menggunakan Kordial Godfrey atau nama lainnya Mother's Friend untuk membunuh. Bayi yang minum kordial ini akan menjadi senyap dan perlahan-lahan mati !!!

Pada 10 jun 1896, Amelia Dyer digantung hingga mati.

Fakta Sisipan


Satu-satunya sebab untuk Amelia melepaskan diri adalah dengan penahanan beliau sebanyak dua kali di rumah sakit jiwa di Bristol.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwa berhujah dengan jayanya bahawa ketidakstabilan mentalnya telah menjadi sutu alasan untuk mengelakkan dia daripada dihukum mati.

Dyer digantung oleh James Billington di Penjara Newgate pada hari Rabu, 10 Jun 1896. Ketika ditanya kata-kata akhir kepada Amelia, dia hanya mampu berkata, "Saya tidak perlu mengatakan apa-apa," sebelum dibawa ke tempat hukuman gantung pada pukul 9 pagi.

Terdapat banyak bukti lain yang berkaitan yang dijumpai di dalam rumah Amelia, termasuk pita putih, tiket pajak gadai untuk pakaian kanak-kanak, resit untuk iklan dan surat daripada ibu-ibu yang bertanyakan kesejahteraan anak-anak mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2020 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuhan Paranormal Charles Walton


Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lower Quinton di Warwickshire, England. Dia didapati dibunuh pada malam Valentine, 14 Februari 1945 dalam keadaan agak misteri di sebuah ladang kecil yang dikenali sebagai The Firs, yang terletak di lereng Meon Hill.

Seorang ketua Inspektor tempatan, Robert Fabian ditugaskan untuk memimpin siasatan kematian Walton. Pun begitu, siasatan itu melalui jalan buntu apabila Robert dan pasukannya gagal mengumpulkan bukti yang mencukupi sekaligus pembunuh Walton tidak dapat dikenal pasti.

Kes ini telah mendapat perhatian yang sangat besar pada umum kerana ada yang percaya kematian Walton berkait rapat dengan ritual sihir "korban darah" dan Walton juga disyaki sebagai salah seorang ahli sihir di daerah itu. Walaubagaimanapun, diketahui bahawa suspek utama dalam kes ini adalah pengurus ladang The Firs, seorang lelaki yang bernama Alfred John Potter di mana tempat Walton bekerja pada hari dia meninggal dunia. Secara tidak langsung kes pembunuhan ini adalah pembunuhan tertua dalam rekod perbendaharaan Warwickshire dinihari.

Pada 14 Februari 1945 Walton meninggalkan rumahnya bersama perkakas tani, serampang tanah dan sebilah sabit kembar - sabit bermata dua dengan kelebihan pemegang lurus dan mata bilah yang tajam serta dua bilahnya cekung ke kiri dan ke kanan. Dia dilihat kali terakhir oleh dua orang saksi yang telah melintasi ladang untuk ke gereja antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi. Ini adalah penemuan terakhir Walton didapati masih hidup yang sempat direkodkan.

Walton dijangka pulang ke rumah pada pukul 4 petang. Namun ketika isterinya, Edith tiba ke rumah pada kira-kira pukul 6 petang, dia dapati Walton masih belum pulang. Tabiat Walton yang terkadang menjengah pub untuk minum selepas bekerja tidak sedikit pun menenangkan kegusaran hati Edith ketika itu.

Edith bergegas berjumpa dengan jirannya, seorang pekerja pertanian yang dikenali sebagai Harry Beasley menetap di 16 Lower Quinton. Mereka pergi bersama-sama ke ladang The Firs lantas bertanyakan akan hal ini kepada Alfred Potter. Potter mendakwa melihat Walton kali terakhir memotong pagar hidup di bukit yang berhampiran. Ketiga-tiga mereka berangkat ke arah tempat terakhir Walton dilihat dan malangnya Walton telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa.

Pemandangan di tempat kejadian ketika itu sangat mengejutkan mereka bertiga. Kepalanya dihentak dengan tongkatnya sendiri. Sabit berkembar yang dibawanya untuk kerja-kerja pemotongan terbenam di lehernya. Serampang tanah pula terpacak ke lehernya hingga mata serampang itu cecah ke tanah. Melihat keadaan suami yang disayangi dalam keadaan mengerikan, Edith pengsan ....

Fakta pertama yang aneh mengenai kes ini adalah persamaan kes pembunuhan Ann Tennant yang berusia lapan puluh tahun, seorang penduduk di Long Compton, kira-kira lima belas batu dari Lower Quinton. Tujuh puluh tahun sebelum kejadian ini, pada tahun 1875, Ann telah dibunuh dengan serampang tanah oleh seorang yang bernama James Heywood, atas dasar bahawa dia adalah penyihir yang memiliki kemampuan paranormal. Semakan rekod lampau mendapati bahawa kaedah pembunuhan Ann adalah sama dengan kes Walton ini.

Fakta aneh kedua, Detektif Superintendan Alex Spooner, Ketua Warwickshire CID, dikatakan telah menarik perhatian penyiasat pada sebuah buku yang ditulis pada tahun 1840 tetapi diterbitkan pada tahun 1929 berjudul Folklore, Old Customs and Superstitions in Shakespeare Land, yang ditulis oleh Rev James Harvey Bloom, Rector of Whitchurch.

Buku itu menceritakan tentang kejadian paranormal di mana, pada tahun 1885, seorang lelaki tukang bajak yang bernama Charles Walton telah bertemu dengan hantu anjing hitam ketika perjalanan pulang dari kerja beberapa malam berturut-turut. Ketika itu, anjing tersebut telah ditemani oleh seorang wanita yang tidak berkepala. Dan pada malam itu juga Walton telah dikejutkan dengan kematian kakaknya secara tiba-tiba. Bagaimana nama dan cerita tentang Charles Walton ditulis dengan tepat di dalam buku tersebut?

Fakta aneh yang ketiga ialah apabila Ann Tennant dibunuh dengan cara yang sama seperti Charles Walton, pada tahun 1875.

Pada 15 September 1875, kira-kira jam 8 malam, Ann Tennant meninggalkan rumahnya di Long Compton untuk membeli sebuku roti. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan beberapa pekerja-pekerja yang pulang daripada penuaian benih di ladang. Salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki tempatan, James Heywood, yang telah mengenali keluarga Ann selama bertahun-tahun lamanya. Heywood adalah seorang pemuda yang bodoh alang dan dikenali oleh penduduk setempat sebagai "lelaki lurus bendul". Namun pada tarikh itu, kelakuan Heywood sangat ekstrem dan ganjil, ada yang mengatakan puncanya disebabkan dia telah minum beberapa gelas cider. Tanpa amaran Heywood menyerang Ann Tennant dengan serampang tanahnya, dibenamkan mata serampang itu ke leher, kaki dan kepala Ann.

Seorang petani tempatan bernama Taylor mendengar kekecohan yang berlaku lantas segera berlari mendapatkan Ann. Dia menghalang Heywood daripada meloloskan diri sehinggalah seorang konstabel tiba di tempat kejadian. Jasad Ann serta merta dibawa ke rumah anak perempuannya namun meninggal dunia akibat kecederaan serius (kepala dan leher) sekitar pukul 11.15 malam itu.

Heywood mendakwa Ann adalah salah seorang ahli sihir dan dia berkeras mengatakan terdapat ahli sihir lain di Long Compton di mana dia berniat untuk berurusan dengan mereka melalui cara yang sama. Pun begitu, Heywood didapati tidak bersalah atas dasar penyakit mental yang dialaminya dan dia menghabiskan sisa hidupnya di rumah sakit jiwa Broadmoor. Heywood telah meninggal dunia ketika berusia 58 tahun iaitu pada tahun 1890.

Malah selepas kejadian itu berlalu (kematian Walton), penghuni Quinton mendakwa bahawa kemunculan hantu anjing hitam di kawasan penempatan tersebut adalah satu petanda kematian. Dikatakan juga, sejurus selepas pembunuhan Walton, seekor anjing hitam ditemui tergantung di sebatang pokok berhampiran dengan tempat kejadian, manakala salah seorang polis yang menyiasat akan kes ini, menulis mengenai pertemuannya dengan seekor anjing hitam yang berkeliaran pada waktu senja di Meon Hill. Anjing hitam itu melewatinya dan tidak lama kemudian dia bertemu seorang budak lelaki yang berjalan ke arah yang sama. Lalu dia bertanyakan kepada budak lelaki itu samada dia sedang mencari anjingnya atau sebaliknya, mengejutkan ketika Fabian menyebutkan warna haiwan itu, wajah budak lelaki tersebut berubah pucat dan dia segera melarikan diri ke arah bertentangan.

Fakta Sisipan


Semasa pihak polis tiba di kediaman Walton untuk menjalankan siasatan secara terperinci, mereka mendapati di belakang kediaman tersebut punya sebuah taman yang dipenuhi katak Natterjack nan besar. Khabar angin mengatakan bahawa Walton, 75, sedang membiakkan makhluk itu untuk tujuan yang jahat. Katak Natterjack atau dikenali sebagai Katak Yang Berjalan adalah figura yang masyhur dalam sejarah sihir Inggeris. Sebenarnya, pada abad keenam belas katak-katak itu juga dikumpulkan dan dibakar sebagai "familiars of witches" dan "emissaries of the Evil One".

Wilayah Cotswolds, dan wilayah Warwickshire khususnya, telah dipenuhi dengan kepercayaan supernatural yang kuat sejak azali lagi. Di sebalik landskap dan topografi yang indah serata terkandung tanah tanih yang subur, wilayah-wilayah ini tidak dapat lari daripada kisah-kisah yang melibatkan ahli sihir, penunggang kuda tanpa kepala, roh wanita berbaju putih, kemunculan anjing hitam yang misteri dan kewujudan pelbagai entiti syaitan. Ia juga merupakan kawasan di mana kepercayaan dan tradisi orang terdahulu yang telah lama dibuang di tempat lain di Britain namun masih bersisa di sini.

Meon Hill, sebuah bukit bulat di pinggir rabung Cotswold, terletak di kawasan yang dipenuhi dengan hamburan Neolitik dan Zaman Gangsa serta peninggalan sisa-sisa budaya dari Zaman Besi dan Rom. Dari zaman penghuninya yang masih berfikiran purba, dan sepanjang zaman itu, seluruh kawasan tersebut telah dikaitkan dengan kuasa-kuasa jahat, supernatural - di mana burung-burung di situ tidak pernah berkicauan dan ada yang menggelarkan Meon Hill sebagai pintu masuk ke neraka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2020 07:38 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:51 AM
Pembunuhan Paranormal Charles Walton

Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lo ...

Wahhh!! sampai empat cerita tajaan encik Kill. Thank you, thank you!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 21-1-2020 07:38 AM
Wahhh!! sampai empat cerita tajaan encik Kill. Thank you, thank you!

sama2 dani.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 09:30 AM | Show all posts
yesss citer baru lagi..  diorg punya ajaran ayah pin lagi teruk dari kita kan rupanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 01:25 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:51 AM
Pembunuhan Paranormal Charles Walton

Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lo ...

tq Mr Kill..asikkk membacanya..hulurlah..lagii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:23 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:47 AM
izinkan saya sponsor 4 cerita dalam thread ni ya TT.

Kisah Pelik Tentang James "Mike" DeBardelebe ...

Kes ni yang berkaitan dengn bil bil palsu tu mengingatkan saya tentang movie Catch Me If You Can.

Memang licik.

Tapi James ni memang penjenayah tegar ya. Hukuman oenjara 300 tahun tu masih tak memadai. Patut dihukum bunuh saja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:30 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:49 AM
Magdalena Solis Si Dewi Inca Moden

Fuh! Macam horror thriller movie!

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:40 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:51 AM
Pembunuhan Paranormal Charles Walton

Charles Walton berasal daripada sebuah perkampungan kecil Lo ...

Jap, kiranya Charles Walton dan Ann Tennant tu pernah wujud masa tahun 1875?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 07:14 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-1-2020 04:50 AM
Amelia Dyer Si "emakan Bayi"

Kalau ikut kes ni, Amelia (kemain cantik namanya, perangai hazabedah) ni macam pembunuh psiko. Tak nampak apa apa motif pun. Dah la bunuh baby
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-1-2020 11:40 PM
Jap, kiranya Charles Walton dan Ann Tennant tu pernah wujud masa tahun 1875?

eh tak.charles tu mati lain tahun.cuma pasal dia ni dah diramal dalam buku tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 23-1-2020 07:14 AM
Kalau ikut kes ni, Amelia (kemain cantik namanya, perangai hazabedah) ni macam pembunuh psiko. Tak ...

haha.ipo puas saya godek2 dalam tenet tak jumpa motif dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 22-1-2020 01:25 PM
tq Mr Kill..asikkk membacanya..hulurlah..lagii

sama2 baya.ada kelapangan saya share lagi insya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 23-1-2020 02:09 PM

dani cerita2 tu saya taip sekali jalan je dari pembacaan saya.kalau ada typo tu sorry lah ya.memang saya tak check pun.pandai2 lah korang teka perkataan dia.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2020 12:27 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 23-1-2020 02:07 PM
dani cerita2 tu saya taip sekali jalan je dari pembacaan saya.kalau ada typo tu sorry lah ya.memang  ...

no worries. ai paham jah isi cerita   KILL sumbangkan 4 cerita pun ai dah happy sgt.
typo tu biasa. ai pun sama, kekadang tersilap taip nama, tersilap translate hahaha. yg penting mesej cerita sampai kat pembaca


anyways thanks again. lain kali kalau ada masa share lah lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sempena CNY ni saya sponsor 2 cerita lagi dalam thread masyhur ni .

Matthew Chase


Seorang pemuda yang mengeluarkan beratus-ratus dolar dengan kad ATMnya, kemudian dia hilang secara tiba-tiba.

Matthew Chase


Pada 8 Jun 1988, di Los Angeles, Matthew Chase, 22 tahun pulang daripada makan malam bersama rakan sebiliknya, Teresa Dahl. Malam itu, Chase teringat bahawa dia perlu mendepositkan cek gajinya. Teresa memberikan kebenaran kepada Matt untuk menggunakan kereta dan meminta Matt membelikannya beberapa pek makanan kucing ketika kembali nanti.

" Sepatutnya Matt hanya mengambil masa kira-kira 10 ke 15 minit untuk selesaikan hal di bank. Bank itu tidak jauh daripada kediaman kami kira-kira dua blok dari sini. Dan sebelum ni Matt hanya berjalan kaki untuk ke sana. Dan petang itu Matt memandu kereta saya, saya rasa 15 minit sudah mencukupi untuk itu ", kata Teresa.

Namun pada keesokan harinya, Matt masih belum jua pulang ke rumah. Teresa dan rakan sebilik mereka yang lain, Steve, telah membuat satu panggilan di bank tersebut. Mereka menyamar sebagai Matt. Mereka ingin mengetahui adakah Matt menggunakan kad banknya malam tadi. Bank memberitau Matt telah mengeluarkan wangnya beberapa kali. Teresa dan Steve tidak sedap hati lalu mereka membuat laporan polis. Scott Burkhart dari Jabatan Polis Los Angeles adalah penyiasat utama mengenai kes itu :

" Kes ini memerlukan siasatan yang mendalam. Dan ia mungkin juga tidak berakhir dengan satu berita baik seperti yang diharapkan. Apabila kami menyemak rekod bank, ia menunjukkan Matt berjaya mendepositkan cek gajinya dan mengeluarkan wang tunai, selepas itu kembali ke cawangan yang sama kira-kira 30 minit kemudian, dan cuba mengeluarkan 280 dolar -- dia sendiri tahu amaun itu besar dari jumlah wang tunai yang diterima setiap hari. Jadi kami merumuskan satu teori dalam kes ini, samada Matt dipaksa untuk mengeluarkan sejumlah wang di ATM atau sebagai isyarat kepada bank ke komputer sebagai meminta pertolongan ", jelas Scott.

Adakah Matt dipaksa untuk membuat pengeluaran wang?


Rakaman CCTV Bank


Pada malam yang sama, dua lagi cubaan dibuat untuk mengeluarkan sejumlah wang tunai. Yang pertama ialah 200 dolar. Urusan itu ditolak kerana baki yang tidak mencukupi. Seminit kemudian, 100 dolar pula diminta. Oleh kerana cek gaji Matt belum diproses sepenuhnya ke akaun, urusan ini juga ditolak. Hanya sebelas minit kemudian, kad itu digunakan di cawangan lain di kawasan kejiranan yang berbeza. Sekali lagi, pengeluaran itu tidak berjaya. Pun begitu menurut Burkhart, kali ini CCTV menunjukkan seorang lelaki pelik berdiri di bahu kanan Matt :

"Dari penelitian imej CCTV, individu yang berdiri di sebelah Matt agak pendek, kurus dan secara keseluruhannya, dia tidak sepatutnya berdiri sebegitu hampir dengan Matt. Tiada siapa yang akan membiarkan seseorang berdiri dekat dengannya semasa mereka menggunakan mesin ATM di mana mereka dapat melihat nombor PIN ", ujar Scott.

Lakaran pertama wajah suspek


" Kami mengesyaki bahawa Matt mungkin telah diculik oleh lelaki tersebut, semasa dia melakukan transaksi yang pertama. Penjenayah tersebut mungkin berlakon mengatakan Matt tersalah tekan butang amaun dengan harapan dapat menarik perhatian Matt. Selepas itu, sepanjang sehari setengah terdapat 5 percubaan transaksi. Ketika itu semua gaji Matt telah habis dikeluarkan, dengan pengeluaran sebanyak 400 dolar. Akhirnya kad itu dirampas mesin. Kad tersebut kami ambil dan buat siasatan malangnya tiada apa-apa penemuan atau kesan cap jari yang dijumpai. Kami percaya kad itu dibersihkan selepas digunakan atau penjenayah itu menggunakan sarung tangan ", jelas Scott.

Lakaran kedua wajah suspek


Adakah bandana ini milik penculik Matt?


Apabila mendengar kehilangan anaknya, ibu dan ayah Matt meninggalkan Oregon untuk mencari anak lelaki mereka dan kereta yang dipandunya ke bank pada malam itu. Menurut bapa Matt, Frank Chase, mereka pada mulanya berharap :

" Pada mulanya kami fikir, kami berjaya menemukan tempat di mana Matt disorok, malangnya selepas 3 malam pencarian, kami menemui jalan buntu, kami menjadi sangat kecewa ", ujar Frank.

Polis tidak menemui apa-apa setakat ini. Mungkin ketika ini Matt dicederakan atau diseksa mungkin lebih buruk lagi, dibunuh !!! Tidak terkecuali, rakan sebilik Matt, Steve Dahl, mula mengedarkan gambarnya kepada penduduk tempatan atas misi menyelamat :

" Saya bertanyakan beberapa orang di sana, dan beberapa orang sukarelawan yang bekerja di tengah malam. Mereka memberi respon bahawa mereka pernah melihat Matt beberapa kali makan di sini. Mereka menggambarkan rupa dan bentuk fizikal Matt dengan tepat. Dan ini sesuatu yang positif buat kami, kami fikir pencarian kami semakin dekat dengan Matt ketika itu ", jelas Steve.

Pada 27 Jun, hampir tiga minggu selepas kehilangan Matt, kereta yang dipandunya akhirnya ditemui. Menurut Scott Burkhart, kereta tersebut dijumpai berada berdekatan dengan tempat Matt hilang :

"Apabila kami menemukan kereta tersebut, kami terus membuat pengecaman nombor plat .... Ya ini adalah kereta milik Teresa. Lalu kami membuat pemeriksaan tinggalan cap jari di seluruh bahagian kereta itu. Namun tiada penemuan cap jari direkodkan ", jelas Scott.

Pun begitu, polis hanya mendapat satu petunjuk di dalam kereta iaitu sehelai bandana biru. Bandana itu bukan milik Matt atau Teresa. Penyiasat percaya bahawa bandana biru mungkin milik si penculik.

Tiga bulan selepas kehilangannya, mayat Matt Chase ditemui di sebuah jurang berdekatan Pasadena. Terdapat beberapa kedan tembakan pada tubuh Matt. Pada 2018, LAPD menutup kes Matthew. Seorang ahli keluarga Matt memberikan kenyataan bahawa, mereka sangat yakin pembunuh Matthew adalah David "Bear" Meza, yang meninggal dunia sejurus mayat Matthew ditemukan. Walaupun masih terdapat kemungkinan bahawa jenayah ini bukan hanya Meza sahaja yang terlibat, namun keluarga itu akur tentang penutupan kes Matt oleh pihak berkuasa.

Korang boleh layan gambar kes Matt ni kat sini :



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes Okamoto Yang Memeningkan


Pada 1 Mei 2006, lima mayat ditemui oleh ibu kepada Yamauchi di sebuah pangsapuri satu bilik di Hiratsuka, kawasan Kanagawa. Mayat pertama yang ditemui ialah Minehiro Yamauchi yang berusia 35 tahun. Yamauchi didapati tergantung daripada bukaan loteng dan mayat kedua, kakak sepupunya, Rikako Okamoto, ditemui terbaring di atas futon (tilam toto). Dua mayat bayi dan seorang anak kecil dibalut dengan plastik hitam serta diletakkan di dalam dua buah kotak kadbod secara berasingan . Ketika itu polis tidak mengetahui siapakah identiti tiga anak tersebut, mereka berpendapat bahawa Yamauchi terlebih dahulu membunuh Okamoto lantas membunuh diri. Bagaimanapun, ibu kepada Okamoto, Chizuko, juga disyaki dan ditahan dua hari selepas mayat-mayat itu dijumpai.

Dari bilik forensik, polis mendapati Rikako, 19 tahun, telah dibunuh pada 12 Oktober 2005 iaitu sejam selepas dia mengadu tentang hubungan dingin dia dan ibunya di blognya sendiri. " Semuanya tak kena pada tahun ni, adaaaaa je salah, aku bosanlahh !!! ", tulisnya. Sebelum ini Rikako menulis di blognya tentang ibunya yang "bersikap pelik". Di bilik soal siasat pula, Chizuko mendakwa bahawa Yamauchi membunuh Rikako dan ketiga anak itu, kemudian mengantung dirinya sendiri.

Pun begitu, akhirnya Chizuko mengaku telah mencekik Rikako sendiri namun dia berkeras tidak mengetahui apa-apa tentang kematian Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu. Polis mengesyaki anak lelaki itu mungkin anak lelaki Chizuko iaitu Toshihide yang dilaporkan hilang pada 1984 dan ketika peristiwa tersebut dia baru menjangkau usia enam tahun. Sejak itu, Toshihide tidak pernah dijumpai manakala Chizuko menegaskan bahawa anaknya itu diculik oleh agen rahsia Korea Utara dan pihak berkuasa tidak membantu dalam pencarian anaknya dahulu.

Chizuko memberitahu juga pihak polis bahawa dia ingin membunuh diri sejurus membunuh anaknya. Sebelum itu, pada akhir 1990 an (selepas kehilangan Toshihide), Chizuko mula meminjam wang tunai daripada rakan-rakan kononnya ingin menyelesaikan sewa rumahnya yang tertunggak selama dua tahun dan kemudian dia berpindah ke hiratsuka bersama Rikako.

Pada 23 Disember 2007, Chizuko dihukum penjara selama 12 tahun untuk pembunuhan Rikako. Polis tidak cukup bukti untuk menyabitkan kesalahan membunuh Yamauchi dan ketiga-tiga anak itu ke atas Chizuko Okamoto. Yamauchi dipercayai mati pada Mac 2006. Sehingga kini ketiga-tiga anak tersebut masih belum dikenalpasti identitinya.

Jadi persoalannya di sini ....

Macam mana Yamauchi dan Chizuko boleh tinggal dalam rumah yang ada mayat selama 4 bulan? Tak busuk ke? Kejiranan tak bau ke? Betul ke statement Chizuko kat polis tu? Macam tak boleh pakai je .... Mayat Rikako Okamoto atas futon kot, tanpa ditutup apa2 pun .... Anak kau pernah kena culik dengan ejen korea utara???? Ke kau yang bunuh dia sebab kau sakit mental, sorok mayat anak kau pehtu kau create cerita untuk kau hebahkan pada jiran sambil membawang polis tak membantu dalam pencarian anak kau. Dua bayi tu siapa punya pulak? Pening peninggg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 1.221320 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list