View: 4613|Reply: 24
|
Suami Berbulan Madu Dengan Hanya Bawa Gambar Isteri, Bukan Orangnya?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kalau pasangan tiba-tiba tidak dapat melancong bersama untuk tujuan berbulan madu, adakah anda akan batalkan perjalanan tersebut atau ubah perancangan iaitu melancong seorang diri.
Di New Deihi, India terdapat sepasang suami isteri telah berdepan masalah yang cukup malang berikutan si isteri mendapati buku pasportnya hilang sehari sebelum bertolak, suaminya mengambil keputusan pergi juga seorang diri.
Bagaimana pun, dia membawa sekali gambar isterinya untuk menemaninya, mujur kisah suami isteri ini diakhiri dengan penuh romantik dan sempurna.
Faizan Patel yang bertugas sebagai seorang jurukamera, berkahwin dengan isterinya, Sana pada Disember lalu. Mereka merancang untuk berbulan madu ke Greece dan Itali selam dua minggu, tetapi malangnya beberapa hari sebelum bertolak, Shana kehilangan buku pasportnya, malah perjalanan yang telah ditempah turut tidak boleh dipulangkan duit yang telah dibayar.
Justeru itu, setelah mereka berdua berbincang, akhirnya mengambil keputusan biar Patel pergi berbulan madu seorang diri.
sumber foto: http://edition.cnn.com/
Bagi membolehkan mereka berdua memperolehi sedikit keriangan di sebalik kekecewaan, Patel membawa bersama gambar isterinya untuk pergi melancong dan meletakkan gambar isterinya di tempat duduk dalam keretapi, sambil menghiburkan diri dengan mengambil gambar bersama gambar isterinya.
Tanpa disangka-sangkakan, gambar tersebut tersebar meluas di media sosial, sehinggakan menteri luar negara di India yang bernama Sushma Swaraj,
setelah mengetahui masalah mereka hadapi, beliau memaklumkan di media sosial dengan menyatakan, "suruh isteri anda menghubungi saya, saya beri jaminan dia akan dapat duduk di sebelah awak."
Pihak berkuasa segera menyediakan buku pasport yang baru khas untuk Sana, sementara menunggu visa untuk negara Itali disiapkan, Sana berusaha pergi Itali berjumpa suaminya di Itali sebelum tempoh cuti yang diminta habis.
Akhirnya pada Jumaat lalu, Sana sempat tiba di Dafoluolun, Itali dan bertemu dengan suaminya dan mengambil gambar bersama isterinya yang benar-benar berada di sisinya, bukannya gambar.- CARI
sumber berita: edition.cnn.com |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...sweetnya...nasib jugak dia pegi je..klu both cancel n meratap senyap2 kat rmh kompom menyesal.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya menteri diorg...
pro active...
- smoga menteri2 di malaysia pun begini jua...
|
|
|
|
|
|
|
|
Happy ending le kiranya ni |
|
|
|
|
|
|
|
happy for them |
|
|
|
|
|
|
|
ungtung laaa.... btw wife dia cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
Untung la menteri da masa melayan |
|
|
|
|
|
|
|
wah .. sweetnya si suami buat begitu . Faith in humanity restored. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai, kesiannya. dua2 tersiksa bila passport tak ada.
nasib baik tuah bersama mereka akhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
idea lemau untuk dapat perhatian viral.
sebelum ni couple dari india juga berhadapan masalah honeymoon gini dan dah viral.
syukurlah duduk di malaysia, passport siap dalam sehari |
|
|
|
|
|
|
|
sweet.. |
|
|
|
|
|
|
|
sweet laa |
|
|
|
|
|
|
|
sho shweet
|
|
|
|
|
|
|
| |
|