CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 0

Parti Pribumi Bersatu M'sia Diluluskan Dengan Singkatan Nama PPBM- Zahid

[Copy link]
Post time 8-9-2016 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: dinmerican.files.wordpress.com





Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM bukan sepertimana yang disebut iaitu BERSATU.


Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, nama singkatan PPBM diluluskan selepas rundingan dilakukan di antara parti itu dan ROS. "Bersatu (singkatan nama parti) tidak boleh digunakan kerana ada enam parti politik di negara ini yang menggunakan perkataan itu (dalam nama parti mereka).


Tambah beliau kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.


"Berdasarkan perlembagaan parti itu, pengerusi berperanan mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi, manakala presiden mempengerusikan mesyuarat majlis presiden," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.- CARI




sumber berita : Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054992 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list