CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 17

Cucu Bekas Timbalan PM Tun Dr Ismail Sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia

[Copy link]
Post time 8-9-2016 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto: https://anshora.com/



Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atas pendirian sendiri.


Apabila ditanya samada penyertaannya disokong oleh ahli keluarga, Tariq berkata selain isterinya menyokong keputusannya, boleh dikatakan kebanyakan ahli keluarga tidak setuju dengan keputusannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


"Ibu bapa saya sedang berfikir tentang hal ini, kakak saya minta saya berhati-hati dan bapa saudara saya (bekas ahli Umno, Taufiq Ismail) mungkin tidak menyukainya."


Tun Dr Ismail yang merupakan datuk kepada Tariq dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1970 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.


Beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian akibat serangan jantung.


Mengenai sebab-sebab beliau ingin menyertai Bersatu, Tariq berkata ia adalah satu-satunya parti terbaik yang menunjukkan kemajuan pada masa ini.


"Semuanya kerana perkembangannya. Saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dalam Umno kerana mereka kini hilang arah. Mereka merosot."


Walau bagaimana pun, tegas Tariq, beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap kepimpinan Umno sekarang.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok Tariq??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 11:14 AM | Show all posts
buat je la dik non, jgn nnt kene sita rete benda kau pusing line pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 11:46 AM | Show all posts
Tak ada impak sangat kot.
Generasi sekarang tidak begitu mengenali atuk Tariq.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 8-9-2016 11:46 AM
Tak ada impak sangat kot.
Generasi sekarang tidak begitu mengenali atuk Tariq.

Bagaimana rakyat malaysia sekarang semua lupa bagaimana berjayanya pembangunan ekonomi yg pesat dan dihormati dunia semasa tun dan anwar tadbir malaysia.... apatah lagi nak ingat datuk tariq si tun ismail ni...

Akak jamin semua rakyat hanya mengenali tun dr ismail kerana nama taman perumahan dan nama jalan tertentu jer.. tapi tak tahu kerjanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 12:38 PM | Show all posts
vandergooh replied at 8-9-2016 12:29 PM
Bagaimana rakyat malaysia sekarang semua lupa bagaimana berjayanya pembangunan ekonomi yg pesat da ...

Lainlah jika Tariq anak cucu PM/TPM sekarang kan.Ataupun yang sebelum sekarang.
Tapi tetap juga tak ada kesan.
Orang sekarang bijak memilih.
Setakat menumpang populariti/pengaruh keturunan sebelumnya,
Tapi diri sendiri pun kualiti tak ada,
Berangan aje kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2016 02:09 PM | Show all posts
nama parti tersgtla pprt.sesuai la dgn ideologi veri the 80an tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:14 PM | Show all posts
mata dia ada iras zizan nin yg bwk watak atuknya dlm filem tanda putera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Who??

Ada impact ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:37 PM | Show all posts
Tak jadi kudis pon... Hahahaa...

#DAPig sayang Madet
#WaSokongPAS
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 8-9-2016 12:38 PM
Lainlah jika Tariq anak cucu PM/TPM sekarang kan.Ataupun yang sebelum sekarang.
Tapi tetap juga t ...

Tul dik... tgk saja nik aziz dan nik abduh... bapaknya dihormati kawan dan lawan.... anaknya si nik.abduh.. alahai.... ada ker cadang naikkan mutu pengadil bolasepak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 8-9-2016 02:09 PM
nama parti tersgtla pprt.sesuai la dgn ideologi veri the 80an tu....

Sesuai lah untuk ahli2 umno yg mostly dlm tu acik2 pprt dan acik2 felda seperti @Modngengade yang tak tahu nak pangkah BN atau x untuk next pru.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sy nmpk dia hensem gak la
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 11:17 PM | Show all posts
gigih jual nam atuk..bapak dia pun sama..asik la hulu hilir my late father 24-7.. bosan yg amat..i nak jadi politician sbb glamour n duit je
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aku igt farid kamil jadi gemuk tadi. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:21 AM | Show all posts

nama bapa heol ni Ismail juga ka?...ker ikut style kokeshen pakai family name in this case 'Ismail'...hamboi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2016 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
jetrofa replied at 9-9-2016 10:21 AM
nama bapa heol ni Ismail juga ka?...ker ikut style kokeshen pakai family name in this case 'Ismail ...

Nasib x guna Tariq TTDI  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 10:48 AM | Show all posts



Tariq TTDI...

Iol syak haruslah heol bermastautin kat sinun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.150997 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list