CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2097|Reply: 13

[Tempatan] Visa haji artis dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi, tiada kaitan kuota TH

[Copy link]
Post time 7-9-2016 09:38 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Visa haji yang diterima seorang artis wanita dikeluarkan se­cara terus oleh Ke­dutaan Arab Saudi dan tiada kaitan dengan kuota haji rasmi negara yang diperuntukkan kepada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).


Tabung Haji menjelaskan, pemberian visa haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi yang diuruskan melalui kedutaan ­negara tersebut.

Menurut Tabung Haji, pemberian visa haji secara langsung kepada mana-mana pihak adalah bergantung pada budi bicara kedutaan Arab Saudi.

“Tabung Haji sentiasa meng­amalkan sistem pendaftaran terbuka yang telus dan tiada pilih kasih dalam penentuan giliran.

“Proses penentuan tarikh bagi seseorang jemaah haji negara adalah tertakluk kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan,” kata Ta­bung Haji dalam kenya­taan di sini hari ini.

Pelakon Noor Neelofa Mohd. Nor, 27, berlepas dari La­pangan Terbang An­tarabangsa Kuala Lum­pur (KLIA) untuk menunaikan iba­dah haji di Mekah semalam.

Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa dijadualkan berlepas ke Mekah bersama ibu bapanya semalam selepas sebulan mendaftar untuk menunaikan ibadah haji.

Tabung Haji juga berharap isu tersebut tidak disensasikan kerana panggilan ke Tanah Suci Mekah adalah mengikut daya usaha seseorang serta ketentuan Allah SWT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketentuan allah swt kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur lah...jd artis pn darjat lbih gtuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 09:56 AM | Show all posts
abangbikerz replied at 7-9-2016 09:39 AM
Ketentuan allah swt kahkahkahkah

betul la statement TH tu..

hang lupa quote yg ni

"adalah mengikut daya usaha seseorang ..."
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga neelofa mendoakan yg baik-baik sajo kpd haters beliyau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 10:15 AM | Show all posts
abangbikerz replied at 7-9-2016 09:39 AM
Ketentuan allah swt kahkahkahkah

pengutip apple burjaya dah tak purcaya tuhan ka....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2016 10:40 AM | Show all posts
hek elehhh...

bukan ade kuoto khas ke utk menteri2 or mana2 vip or vvip? kan? kan?? so, x mustahil la si lopak ni dpt dari kuota mana2.

pakcik makcik yg dah bkurun tgu turn x dpt. lopak ni dia register bila? masa lahir umur sehari? kenapa x bg kat makcik pakcik tua dulu?

#lagibanyaksembanglagibanyakbautaik
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
biarlah dia...dh rezeki,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2016 11:17 AM | Show all posts
tak abes2 lagi ke citer pasal kuota haji ni??

brape banyak kali nk bagitau, visa haji neelofa ni visa persendirian (furada)
patutnye berterima kasihlah kat neelofa sebab tak kacau pun kuota haji TH
sudah2 lah tu bersangka buruk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 7-9-2016 09:56 AM
betul la statement TH tu..

hang lupa quote yg ni

Jawapan yg palingggg tepat ialah berapa banyak duit ko boleh tabur kat pak arab tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:55 AM | Show all posts
edoraixora replied at 7-9-2016 11:17 AM
tak abes2 lagi ke citer pasal kuota haji ni??

brape banyak kali nk bagitau, visa haji neelofa ni  ...

salah tu..neelofa tak pergi haji furada.. tapi dia pergi dgn th travel,pakej almaas 2 yg harganya RM217,000 seorang..sorg lg selebriti wanita yg pergi sekali dgn neelofa adalah vie shantie khan..boleh tgk gambar kot dkt ig vie..

beruntung beliau dpt dan mampu tunai haji usia muda..
tp tak best kalau th travel tipu kata visa direct dr arab saudi,sedangkan pakej almaas tu adalah visa pakej swasta tabung haji kot..jgn menipu boleh tak.aku allergic sikit kalau big organization menipu semata2 nak coverline.tak kisah pun neelofa pegi pakej mahal sbb dia mampu rezeki dia lah,tp bila th tipu,sakit hati pulak aku baca..hakikatnya,kalau seorang itu mampu byr rm100k ke atas,there is no such thing as menunggu giliran..terus terang kan senang..kami rakyat marhaen paham yg th kena jual pakej mahal utk dpt untung cover cost muassasah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 12:03 PM | Show all posts
kita yang tak mampu tak payah nak sibuk laa....kan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan...yang penting ibadah kita ngan Allah jangan putus...Allahumma aamiin...betulkan jika ambo tersilap...tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 01:33 PM | Show all posts
ada duit semua boleh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa la kita nk pertikaikan lg... kalau mmg dah mampu mmg dpt pergi dgn izin Allah ..betul la atas daya usaha.. lebih baik kaji diri sendiri yg x lepas lg buat haji . Baik bersihkan hati sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065053 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list