Berlaku lagi pengeboman di Selatan Thailand pagi tadi.
Kali ini terjadi di luar sekolah yang bertempat di daerah Tak Bai, Narathiwat sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun antara yang terkorban dalam insiden letupan tersebut.
Menurut pihak berkuasa Thailand, bom itu dipercayai disembunyikan di dalam tangki minyak sebuah motosikal dan diletupkan ketika murid dan guru berbaris pada awal pagi untuk masuk ke sekolah yang terletak di daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.
Menurut seorang anggota polis di Tak Bai, "Dua orang yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak tadika dan seorang dewasa yang mungkin bapanya."
Seorang pekerja hospital mengesahkan angka kematian dan menambah bahawa 10 orang dewasa lain turut cedera dalam letupan itu, termasuk orang awam dan empat pegawai polis.
Talian telefon ke kawasan pedalaman telah dipotong pasukan keselamatan ekoran tindakan pemberontak yang sering menggunakan isyarat selular untuk meletupkan bom.- CARI
Nak bom, pergi ke tempat yang berkaitan.
Bukan ke sekolah, pasar, senang cerita tempat awam, jangan!
Nak berperang pun kena ikut peraturan.
Nak berbunuhan pun kena ikut peraturan juga.
Tak faham?
jahatnya.. jgn serang tempat tak sepatutnya! skolah kot.. moto sape yg dekat kwsn sklh tu? siannya budak dan ayah dia..(tak kira la org dewasa tu ayah dia ke tak, katanya maybe ayah dia)