Salah satu lokasi yang tidak dilepaskan jika anda berkunjung ke Kuching, Sarawak.
Mungkin ramai yang tidak menyangka terdapat kawasan tanah tinggi persis di Cameron Highlands di sini. Dikenali dengan nama Borneo Highlands Resort, kawasan ini terletak di kawasan tanah tinggi, 1,000 meter dari aras laut.
Apa yang menarik sudah tentu suhunya yang sejuk iaitu antara 18 hingga 28 darjah celcius, selain pemandangan menghijau dipenuhi dengan sayur-sayuran, buahan dan juga pokok herba.
Kawasan ini sangat eksklusif membolehkan anda dan keluarga menikmati keindahan alam semula jadi dan juga udara segar tanpa gangguan.
Terdapat lebih kurang 30 rumah penginapan dan juga 10 bilik di kabin yang memastikan pengunjung menikmati waktu indah di sini dengan tenang sekali, tanpa pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa.
Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berbasikal, berjalan di kawasan hutan, memanjat gunung, berkebun, melawat kawasan air terjun dan sebagainya.
dah pnh pegi sini mmg best..
sejuk.. dan diantara tarikan yang aku suka Kalimantan view..
kalo xder awan, cuaca bgs kta boleh tengok Kalimantan, Indonesia.