Proses mencari baju impian anda boleh memberi tekanan kepada diri anda, kerana anda kemungkinan akan mencuba atau memiliki sesuatu baju yang mahal dalam hidup anda. Maka, proses itu akan menjadi rumit dan mengerikan. Selain itu, dengan semua mata yang akan melihat anda, apatah lagi foto akan menjadi kenangan selama-lamanya, sudah tentu anda mahu kelihatan sempurna pada majlis perkahwinan anda. Tetapi apakah makna sempurna bagi anda? adakah pakaian terbaik anda bermaksud pakaian yang membolehkan pergerakan yang cukup. Berikut adalah part 2 panduan utama untuk mencari pakaian impian anda.
Membuat urusan seluruh hari Ia agak menghairankan untuk mencuba satu baju perkahwinan memakan masa yang lama, apatah lagi untuk mencuba tiga atau empat baju perkahwinan, dan anda pasti tidak mahu bergegas untuk membuat keputusan. Maka, anda harus membuat perancangan yang bijak semasa membuat temujanji anda.
Pilih pembantu anda dengan bijak Ya, anda sayang ibu anda, kakak anda, kakak ipar anda, dan enam bridesmaids anda tetapi jika anda pernah mengalami dimana untuk sukarnya mendapatkan persetujuan mengenai di mana untuk pergi makan malam, anda boleh dapat bayangkan juga betapa sukarnya untuk mencari kata sepakat mengenai baju perkahwinan anda. Maka, kurangkan kuantiti pembantu anda dan bawalah pembantu yang bijak dan sangat memahami tentang diri anda.
Pilih gaya anda Pilihan bentuk ideal baju pengantin anda kebiasaanya berdasarkan gaya yang anda suka, tempat dan suasana perkahwinan anda, dan juga baju yang sesuai dengan badan anda. Maka, ketahui gaya yang anda suka dan sesuai dengan badan anda, contohnya baju sarong adalah sesuai dengan jenis badan yang tinggi, baju ballgown besar terbaik kepada bakal pengantin yang mempunyai rangka yang kecil molek.
Beri perhatian kepada jenis kain Selain gaya, warna dan aksesori pakaian, pilihan kain juga akan membuat perbezaan yang ketara kepada bagaimana baju pengantin akan kelihatan. Untuk memilih pakaian yang lebih berat dan bahan yang lebih berstruktur, anda boleh memilih kain seperti sutera shantung, taffeta atau guipure lace. Kain jenis ini akan menolong anda menampakkan lagi bentuk badan anda yang ramping.
Memakai kasut tumit tinggi ketika temujanji Kebiasaanya butik pengantin mempunyai kasut tumit tinggi yang anda boleh meminjam, tetapi jika anda bersedia dan membawanya sendiri itu adalah idea yang lebih baik. Ini kerana, pakaian pengantin yang kelihatan akan berbeza jika anda memakai dengan kasut tumit tinggi. Maka, anda perlu bersedia dengan membawa tumit ketinggian yang sama dengan anda rancang untuk memakai pada hari perkahwinan anda.
Bawa gambar contoh tempat perkahwinan Selain membawa contoh baju pengantin yang menarik dari majalah atau di Pinterest, anda juga boleh membawa gambar contoh majlis atau tempat majlis perkahwinan anda. Dengan melihat suasana tempat majlis anda, ia boleh membantu perunding baju pengantin anda untuk memilih baju pengantin yang sesuai dengan lokasi anda.
Percaya pada perunding anda Memilih baju pengantin berbeza dengan membeli-belah untuk baju biasa, dimana anda tidak benar-benar tahu apa yang baju pengantin kelihatan pada badan anda sehingga anda mencuba pakaian itu. Maka, anda perlulah terbuka jika perunding pakaian anda menjanjikan ia akan kelihatan baik sebelum anda mencubanya.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|