|
Edited by monyet_2015 at 6-9-2016 05:06 AM
Erti Insan Kamil adalah manusia sempurna. ia adalah hati yg sanggup dan yang paling siap dan paling bersedia untuk menerima tajalli sifat sifat tuhan yg tak mampu di tanggung oleh mana-mana makhluk di alam semesta ini. inilah maksudnya manusia adalah sebaik-baik kejadian.. ia adalah pertemuan di antara ketuhanan dan kehambaan. Pada Insan Kamil berkumpulnya seluruh pengetahuan tentang hakikat ketuhanan dan pengetahuan tentang kejadian makhluk. Insan Kamil mengenal Tuhan dalam aspek tanzih dan tasybih. Insan Kamil memperoleh maklumat Hakikat Muhammad secara lengkap dan sempurna. Insan Kamil yang memiliki ilmu hakikat dan makrifat yang sempurna. Insan Kamil yang mempunyai pengenalan yang sempurna tentang Tuhan. Insan Kamil juga mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang siapa sebenarnya tuhan.
Seluruh alam semesta ‘terkandung’ dalam hati Insan Kamil. Hati yang terbuka kepada Hakikat Insan. Insan Kamil menyaksikan seluruh alam semesta berada dalam hatinya. Si hamba menyaksikan ilmu pengetahuan tentang ketuhanan datang secara terus ke dalam hatinya.
Pembukaan kepada Hakikat Insan Kamil membuat hati si hamba menyaksikan alam semesta disempadani oleh dirinya dan pada masa yang sama dia menyaksikan ‘Allah’ bersemayam dalam hatinya. Inilah peringkat yang paling tinggi bahayanya dalam semua peringkat pengalaman kerohanian. Ketuhanan dan kehambaan muncul pada hati yang sama, pada perasaan yang sama dan pada masa yang sama.
H ati si hamba tidak lagi melihat perbedaan di antara hamba dengan Tuhan, dirinya dengan Tuhan. Keadaan seperti ini tidak muncul sewaktu menyaksikan Hakikat-hakikat yang lain termasuklah Hakikat Muhammad kerana pada ketika itu makhluk dan dirinya tidak berada dalam kesadaran, pada peringkat ini hamba tersebut sedar sepenuhnya. Ia boleh menjadi Tuhan dan hamba pada masa yang sama.perkataannya boleh jadi perkataan tuhan atau boleh jadi perkataan hamba. Si hamba hanya menyaksikan Allah s.w.t semata-mata, tidak pada dirinya dan makhluk lainnya. Dia hanya menyaksikan satu wujud yaitu wujud Allah s.w.t, wujud yang lain tidak ada dalam perhatiannya
Bagi para sufi, insan kamil adalah lokus penampakan (tajalli) diri Tuhan paling sempurna, meliputi nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Allah SWT memilih manusia sebagai makhluk yang memiliki keunggulan (tafadhul) atau ahsani taqwim (ciptaan paling sempurna) ia boleh di katakan sebagai "gambaran tuhan di muka bumi"
Suasana hati yang bergabung dengan Hakikat Insan Kamil mungkin membuat seseorang melaungkan “Ana al-Haq!?. Aku adalah Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko pi citer pasal Farid Kamil sudah laaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangcute at 6-9-2016 10:10 AM
Jika kita rajin tadabbur Al-Quran, insan kamil ini rata2nya ditarjih pada ayat fussilat pada makna (kebatilan). Jika dibacakan 3 ayat terakhir surah yg dimaksudkan, majoriti tidak menggunakan konsep petunjuk makhluk dan petunjukNya sehingga mereka menyangka pada perkataan "kami" itu merujuk 2 entiti yg sama merujuk kpd Allah dan juga makhluk sedangkan makhluk yg bernama manusia "diberi pilihan" samaada mengikut kebenaran (Alquran) dan bukan pula bermaksud "diri sendiri kebenaran".
Setiap ilham yg diperolehi memerlukan seseorg yg dikenal "insan kamil" memahami konsep petunjuk makhluk dan petunjukNya. Pada 4 ayat terakhir surah itu juga, Allah swt menjelaskan makna kami yg mana merujuk kpd ilhamNya dan akibat dari pilihan ilham itu digunakan semata2 dihati tidak mahu beriman kpd Allah.
Kosa kata kami ini merujuk kpd 2 kondisi iaitu keberadaan makhluk dan kehendak Allah atas pilihan makhluk. Dan mustahil bagi "insan kamil" mengucapkan "dirinya Al-Haq" melainkan dirinya BELUM diberi kefahaman Al-Quran olehNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abangcute at 6-9-2016 10:24 AM
Ada yg bertanya, apakah ketetapan Allah itu makhluk?
Jika kita fahami dasar Qada dan Qadar, kita akan dapati, luh mahfus itu makhluk, malaikat itu makhluk dan perantaraan kalamNya itu memerlukan makhluk utk dinamakan ketetapanNya. Ruang makhluk ini diciptakanNya sebenarnya SUDAH LAMA Allah jelaskan, cumanya "yg menjelaskan itu hak Allah kpd sesiapa yg Dia kehendaki". Jika kamu rasa "kata2 saya ini tak betul", terpulanglah kpd kefahaman anda dalam memahami PetunjukNya kerana setiap manusia diberi pilihan olehNya.
Sebenarnya, kita semua belum "diilhamkanNya" ilmu yg JELAS lagi MENJELASKAN. Kerana itulah, ramai yg lost bila membicarakan tajuk "Insan kamil" kerana mereka menyangka itulah kebenaran dari sisiNya sedangkan hakiktnya JAUH menyimpang dari petunjukNya. Semoga kita doakan para guru2 yg terdahulu diampunkanNya kerana "tiada manusia yg beriman kpd Allah yg tak buat kesilapan/kesalahan". Kita hanyalah manusia yg belajar dari kesilapan. Tidaklah setiap kesilapan guru itu patut dicemuh, akan tetapi bersyukurlah kpd Allah yg menghantar guru2 utk memperbetulkan kita. Ucaplah Inna lillahi wa inna ilaihirajiun" |
|
|
|
|
|
|
|
Saya berharap, apa yg saya nyatakan ini menjadikan diri kita "insan kamil" yg lebih menghargai ruang yg diberikanNya utk kembali kpd petunjuk Alquran dan Sunnah dalam erti kata yg sebenar2nya.
Tak usahlah kita "menyalahkan org2 yg terdahulu" yg berusaha utk memberi kefahaman kpd kita (meskipun tersasar dari dasar tauhid yg sebenar), akan tetapi bersyukurlah kpd Allah atas ilmuNya agar kita memperbaiki diri demi meraih Redha Allah.
Yang buruk itu dari saya kerana kerap menyakitkan hati anda semua, yang baik itu hak milik Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan : Siapakah yang akan bantu kita masuk ke syurga?
Jawapan : Allah! |
|
|
|
|
|
|
|
Ops terlupa. Saya tak der tauliah dari Pemerintah. Maka boleh abaikan "perkara baru yg saya nyatakan ini" jika rasa2 merosakkan iman. Boleh rujuk mereka2 yg ditauliahkan oleh Pemerintah "meskipun mereka tak pernah tahu hal ini".
Insya'allah, Allah bersama2 org yg kembali kpd PetunjukNya. |
|
|
|
|
|
|
|
monyet_2015 replied at 6-9-2016 08:00 AM
Erti Insan Kamil adalah manusia sempurna. ia adalah hati yg sanggup dan yang paling siap dan ...
Nyet, jgn marah yer dgn komen saya dipage ini.
Nyet dgn agama nyet, saya dgn agama saya.
"Tiada alasan, tapi penyelesaian" |
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sebab TT menyebut satu nama besar dalam Ilmu Tasawwuf..iaitu seorang Ulama besar yg hidup diabad ke 3 hijrah..iaitu Syekh Abu mansur Al Halaj..Izinkan Uncle menambah sikit..supaya perkara yg tercatat dlm lipatan sejarah ini tidak disalah tafsirkan.
PERTAMA Uncle nak tegaskan..Insan yg tertinggi..Al Insan Al Kamil yg pasti adalah Nabi Muhammad s.a.w!
Tasawwuf tertinggi..adalah sepertimana yg tersebut dalam hadith jibrail.
Bagi cerita yg "terpalit darah"..Syekh mansur Al Halaj...kita kena faham..apa yg dimaksudkan Dzuk..apa dia Satahah...
Jadi..atas sebab Dzuk dan Satahah...Abu mansur Al Halaj dihukum bunuh.
Dan yg turut terlibat dalam menjalankan hukuman terhadap beliau adalah Ulama besar Tasawwuf juga iaitu Syekh Junaid Al Baghdadi.
Yg mana Syekh Junaid telah secara terang terang ..menunjukkan beliau menghukum sebagai "HUKUMAN AHLI SYARIAT" dan bukan mengambil kira Ilmu Tasawwuf ...dengan cara menukar pakaian. Kemudian baru beliau menjalankan hukuman.
Syekh Halaj juga faham..beliau memang melakukan "kesalahan" sebab "secara zahir"..mengucapkan 'Ana al Haq" adalah salah. Maksudnya...beliau sebenarnya bersalah secara hukum Syariat.
Kerana itu..sekiranya sesiapa pun yg hidup dimuka bumi ni..hiduplah dgn Syariat.
Yg meninggalkan dunia...baru boleh lepas drp syariat.
( ini lah maksud tafsiran..Bila sudah "sampai" kpd Tuhan..semua hukum syariat terangkat...maknanya..bila dah MATI...lah tu..
selagi hidup..beramal syariat lah kita semua
Tidak ada "sampai" selagi kita masih bernafas!.. )
|
|
|
|
|
|
|
|
Balasan dunia tak ada erti bila dibanding balasan Akhirat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|