Pelakon sasa, The Rock atau Dwayne Johnson telah menduduki tangga pertama sebagai aktor menerima bayaran tertinggi bagi tahun 2016, memetik laporan Forbes.
Dengan memperoleh pendapatan sehingga USD$64.5 juta bersamaan RM262 juta, ia selepas muncul dengan beberapa filem besar tahun lalu dan tahun ini.
Antara faktor utama bayaran tinggi yang diterima Dwayne adalah dengan penampilan sebagai Hobbs dalam filem Fast 8. Selain itu, baru-baru ini dia juga telah muncul sebagai watak utama dalam filem Central Inteligence.
Tempat kedua turut membuatkan ramai terkejut kerana ia bukan didapati di kalangan bintang asal Hollywood iaitu Jackie Chan.
Pelakon lagenda itu menerima bayaran USD$61 juta bersamaan RM248 juta, sekaligus menewaskan ramai nama besar di Hollywood.
Tempat ketiga adalah milik pelakon Matt Damon dengan memperoleh pendapatan USD$55 juta atau RM224 juta.
Foto: Carian google
Seterusnya, Tom Cruise di tangga ke-4 dengan USD$53 juta bersamaan RM216 juta dan juga Johnny Depp di posisi ke-5 dengan pendapatan USD48 juta bersamaan RM195 juta. - CARI