View: 2738|Reply: 6
|
FFM 28 : Munafik Merangkul Lima trofi, Termasuk Filem Terbaik Nasional
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://assets.nst.com.my
Tahniah buat filem terbitan Skop Productions, Munafik kerana berjaya mendominasi kemenangan pada kemuncak Fesrival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) dengan merangkul lima trofi, termasuk Filem Terbaik Nasional.
Pada acara yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi, Munafik cemerlang menerusi kejayaan peribadi Syamsul Yusof apabila dijulang sebagai Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik. Bintang utamanya, Nabila Huda pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik selain membawa pulang trofi Penataan Bunyi Terbaik.
Sementara itu, filem arahan, Shanhjey Kumar Perumal iaitu Jagat diangkat sebagai Filem Terbaik Malaysia. Shanjhey turut memenangi trofi Pengarah Baharu Terbaik.
Polis Evo yang meraih sembilan pencalonan pula melangkah bergaya dengan empat kemenangan menerusi kejayaan Hushairi Hussain yang diumumkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Haris Hue Abdullah (Sinematografi Terbaik).
Polis Evo juga diangkat sebagai Filem Box Office selain memenangi Anugerah Khas Juri - Filem Yang Berupaya Mengangkat Nilai Produksi dan Komersial Yang Tinggi.- CARI
sumber berita : Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
congrats to all the winners
aii tak tgk lagik citer nih...mmg tk tgk le citer mcm nih sbb sorang2 kat umah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kpd pemenang
Abil ko mmg layak (cam abil baca je komen aku ni ) |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la walaupun iols tak habis tengok Munafik nih.. tak sampai setengah jam, terus tutup tv. Bukannya takut, tapi DNA Yusof Haslam masih tebal dalam film tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|