Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selamat menjalani rawatan angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura, Khamis lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Ibrahim dirujuk bagi rawatan di Singapura, pagi semalam selepas mengadu sakit dada ketika beriadah.
Katanya, keadaan Sultan Ibrahim ketika ini adalah stabil dan baik.
"Baginda dibenarkan kembali ke Johor pagi tadi dan sedang berehat di Istana Pasir Pelangi.
Baginda dinasihatkan oleh kumpulan pakar perubatan untuk mendapatkan rehat secukupnya, termasuk mengelak dari melakukan perjalanan jauh," katanya dalam satu kenyataan malam kelmarin.
Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan baginda atas perhatian baik mereka terhadap Sultan Ibrahim.- CARI
You can buy jet...you can practically buy many other the world can offer...and what many can only dream in their life....but why can't you provide expertise In the medical fields to be stationed in your state for your people?
walaupun ai tak suka tmj (harap tak kena tangkap macam peyno) tapi ai suka sultan johor ni. he is a real person, kalau keluar melawat kawasan pun tak lupa singgah n tegur rakyat marhaen.. ada sekali tu ai tengok video dia nak keluar istana naik motor kapcai dia, nampak ada acik2 marhaen bawak anak2 kat luar istana, sultan ni siap uturn n pergi kat acik2 tu untuk berbual2.. .. pastu cool dia singgah rumah rakyat marhaen kat kampung2 sambil minum teh o.. dan dia juga tak penah keluarkan statement kurang bijak n ayat2 sombong macam tmj..semoga SI diberi kesihatan yg baik sentiasa.